Ingin beriklan? Sila klik di sini

Tips mudah untuk update blog.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: February 9, 2010 online

riang

Mungkin ini adalah tips yang paling pendek dan ringkas dalam blog ini. Walaupun begitu, mungkin tips ini juga dapat membantu mereka yang baru hendak berblogging.

Baiklah, sebenarnya ramai yang masih tidak tahu apa yang hendak di tulis sebaik sahaja mereka mempunyai blog. Kalau dahulu mereka belum ada blog, bermacam-macam perkara yang muncul di dalam kepala dan minda masing-masing untuk di tulis (kononnya).

Tapi setelah memiliki blog, timbul pula satu persoalan baru iaitu:

  • Nak tulis apa?
  • Boleh ke tulis topik ini?
  • Orang suka ke dengan apa yang akan ditulis?

Walaupun perkara ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah blogger, tetapi sebenarnya ia berlaku di seluruh dunia. Jadi kepada semua bloggers, apa yang perlu di lakukan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pelan-pelan kayuh…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: February 8, 2010 online

Dahulu seperti tidak percaya pada potensi blog dan blogging…. kadang-kadang teringat semangat yang ada suatu ketika dulu… dan sekarang senyuman itu telahpun terukir apabila melihat result dari apa yang dulunya pernah di rasakan mustahil untuk di kecapi

Kalau kita terus asyik mendengar kata-kata orang, semuanya tidak akan menjadi. Kalau dahulu kita tidak pernah beri peluang pada diri sendiri, jangan pernahlah bermimpi untuk semua ini dan kalau dulu sifat pemalas menguasai diri, kejayaan itu umpama jauh panggang dari api.

Kejayaan bukanlah datang dalam sehari dua. Yang penting, kita kena pelan-pelan kayuh. Cuma yang harus di berikan perhatian ialah jenis gear dalam kayuhan perlahan kita itu. Adakah kita menggunakan “gear yang rendah” atau “gear yang tinggi”….?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ada blog, boleh cerita… tidak ada blog, susah mau cerita.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 6, 2010 online

Masih ingat lagi dengan entri mengenai BuyBlogreviews kelmarin?
Dalam entri tersebut, ramai betul yang membuat BID untuk job yang telah “dilelong” oleh advertiser tersebut. Aku sendiripun BID job yang sama dengan harapan advertiser tersebut suka dengan blog travel yang aku ada.

Dan Subuh pagi ini, aku menerima satu email yang “cantik” dari advertiser tersebut:

buyblogreviews-deal

Pendek kata, in senarionya:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kata-kata orang dan kata hati sendiri.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: February 5, 2010 online


Untuk besarkan suara, sila klik pada ikon . Kemudian, tinggikan volume level dan klik pada button “X” untuk kembali ke artikel ini semula.

  • Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan itu betul.
  • Kadang-kadang kira rasa apa kita TIDAK lakukan itu juga betul.
  • Tapi adakah apa yang kita lakukan atau yang tidak kita lakukan itu BETUL pada pandangan mata orang lain?

Entahlah.
Kita tidak boleh puaskan hati semua orang di sekeliling kita. Dalam 100 orang yang kita bersangka baik dengan mereka, pastinya kita akan terluka dengan beberapa statement yang tidak kita sangka (datang dari mereka).

Kalau kita mendiamkan diri, pelbagai tuduhan dan tohmahan yang akan di lemparkan kepada kita. Yang sedihnya, bila ada orang menuduh kita kedekut ilmu.

Siap hantar mesej macam ni:
Kau ni nak ajar aku ke tak nak? Kalau tak nak, cakap jelah tak nak!”

Lemah betul bila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Dia yang nak belajar, kita pula yang di ugutnya. Siapa cikgu dan siapa yang memerlukan tunjuk ajar?

Kita bukan kedekut ilmu. Tapi kalau begitulah mesej yang di hantar, memang tidak akan terbuka hati kita untuk memberikan tunjuk ajar. Tawar hati.

Sedih difikirkan apabila ini berlaku kerana di buatnya kita ini seperti kuli. Siapa kita ? Siapa mereka? Dan adakah kita ini adik mereka yang boleh di herdik dan di soal tidak tentu pasal?

Dulu… bila kita senyap, orang kata kita kedekut. Tapi bila kita ingin memberitahu pada semua, orang kata kita menunjuk-nunjuk. Tak cukup dengan tu, ehhh… ada pula yang berkias-kias dengan kita.

Malah, kiasan mereka itu lebih tajam dari mata pisau:
“Orang kalau berilmu ini dia senyap je. Dia lebih suka mendiamkan diri. Tidak macam tong kosong. Takde kecoh-kecoh punya”

Agaknya itulah lumrah manusia, sudah betis.. inginkan paha. Tidak pernah puas dengan apa yang ada pada diri sendiri dan juga diri orang lain.

Cuma satu yang pasti, kita tidak akan ke mana kalau asyik mendengar kata-kata orang. Yang penting, dekatkan diri kita dengan mereka yang positif. Jika tiada orang positif di sekeliling kita, jadikan diri kita sendiri positif. Itu lebih baik.

Sebagai seorang blogger, aku sentiasa menjadikan blog ini sebagai rakan positif aku. Lagipun, komen-komen yang masuk ke blog ini juga boleh membantu aku untuk menjadi lebih positif:

semangat

(Komen positif ini di petik dari entri ini)

Akhir kata, pedulikan dengan kata-kata orang yang boleh menjejaskan semangat dan azam yang ada. Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan (tidak menipu). Kita mahu emak dan ayah kita merestui apa yang kita usahakan. Tidak lupa, tawakkal dan berdoa pada yang Esa.

p/s: Hidup perlu di teruskan.

Tuh dia…!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 4, 2010 online

buyblogreviews-50buyblogreviews-70


Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dan pemenangnya adalah…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: February 3, 2010 online

1. Pertandingan Review FuhyooFM sudahpun tamat dan pihak pengurusan FuhyooFM sudahpun menyenarai pendek pemenang yang bertuah. Pendek kata, pemenang telahpun dipilih :)

2. Senarai nama pemenang akan di umumkan pada hari Khamis minggu hadapan iaitu 11hb Februari 2010 selepas rancangan Dunia IE (Internet Enterpreneur). Untuk semua peserta yang telah menghantarkan penyertaan, jangan lupa untuk online pada hari tersebut (bermula jam 12.00 tengah hari). Nama pemenang juga akan di letakkan di blog rasmi FuhyooFM iaitu http://blog.fuhyoofm.com.

Pihak pengurusan juga kan menghubungi pemenang melalui telefon dan email. Dan dengar cerita, mungkin ada “bonus” untuk pemenang yang akan di berikan oleh pihak pengurusan. Sama-samalah kita nantikan :)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Rohaizad Dot Com is back!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: February 3, 2010 online

statistik rohaizad

Satu pembukaan tahun baru 2010 yang agak baik. Yang pasti, selepas ini akan ada lebih banyak entri yang best-best untuk semua pengunjung dan pembaca blog ini. Juga tips-tips blogging yang mungkin boleh membantu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Aku pernah menulis perihal niche blog network sebelum ini di sini. Dan hari ini aku ingin meneroka lagi semangat juang yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana kehidupan dari aktiviti bloggingnya.

Jika kamu ingin menjadi seorang full time blogger, kamu mestilah mempunyai sifat seperti seorang TUAN TANAH yang tahu menilai hartanah kamu untuk jangka masa yang panjang.

Niche blog network merupakan hartanah online yang harus di develop… sama seperti projek perumahan yang dibina oleh pemaju perumahan. Pada waktu mereka ingin meneroka sesebuah tanah, ianya sungguh kelihatan “messy” dan kotor.

Itu belum di campur dengan tekanan dan perancangan teliti yang harus di ikuti demi dateline yang harus di kejar. Semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.

* Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya