Kain batik lepas untuk orang yang dah meninggal…..
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: February 21, 2008 online
Petang semalam aku rasa adalah satu petang yang lain dari yang lain.
Aku tidak tahu kenapa aku rasa petang tu sejuk semacam jer.
Kalau hendak dikatakan malamnya malam Lailatul Qadar, memanglah tak logik langsung sebab ini bukannya petang Ramadhan. Kalau hendak dikatakan petang tu ada kematian, memang sah tiada kematian di tempat aku melainkan katak dan tikus yang habis digilis oleh kereta nan berbaris pada waktu malam membeli burger di simpang jalan tu ha. Yang pasti, petang tu terasa amat dingin untuk aku melelapkan mata.
Jam sudah menunjukkan waktu 4 petang. Jam itu juga sedang mengatakan kepada aku:
“weyyy…. tidurlah, kang nanti kalau dah maghrib….ko dah tak boleh tidur. Malam nanti pulak, ko dah kena online…tidurlah sayang…!”
Jadi aku pun ambik port kat hall nun di bahagian depan rumah aku. Setelah aku memetik suis kipas siling pada kelajuan 3, aku yakin sangat yang tidur aku petang tu akan amatlah seronok. Cuaca pun sungguh memotivasikan aku untuk melepaskan penat mata ini. Setelah aku mencampakkan kusyen favorite aku ke atas lantai, maka aku pun membuat terjun tiruk dan juga kuak lentang supaya kepala aku betul-betul di atas kusyen itu.
Bammmm..!!!!!!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!




