Aku datang….
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: February 12, 2008 online
Rasanya tak terlambat lagi bagi aku untuk membuat satu blog dalam bahasa ibunda. Walaupun aku sudah mempunyai lebih dari 10 blog, tapi semuanya dalam bahasa Inggeris yang aku rasa taklah terasa sangat ke’inggerissan”-nya. Yelah, dah namanya English pasar, mana boleh datang kesempurnaannya di situ… pergi jalan-jalan = go walk-walk, boleh gitu?
Sebagai entri pembukaan, biarlah aku mengulas sedikit sebanyak apa yang aku rasa perlu supaya ada continuity untuk post yang kedua. Harap soalan ni boleh menghiburkan hati orang yang membacanya.
Soalan 1:
Kenapa mesti memblog, kenapa tidak berkebun atau bersiram bunga?
Senang jer.
Bagi orang selepas merdeka seperti aku ni, membaca, mengolah, menapis dan menulis adalah sesuatu anugerah yang terindah (Samsons?). Tiada sesiapa yang boleh marah dan mengherdik aku sebab ini adalah hak aku sebagai seorang blogger… blogger Malaysia. Aku juga merasakan yang ini adalah tempat yang paling best untuk melayan cetusan dan idea sendiri.
Soalan 2:
Apakah blogging sebenarnya?
Ermmm….. apa yang kau rasa bila ada orang bertanyakan hal yang seperti ini?
Mampukah kau jawab?
Mampukah kau mengeluarkan alasan dari sambungan berjuta neuron yang ada dalam kepala?
Atau sekadar “aku ada jawapan aku sendiri?”
Ker kau tak tahu nak jawab soalan ini?
Sudahlah, jangan hipokrit.
Kalau tak tahu, jawab tak tahu.
Bagi aku, blogging adalah gabungan rasa, idea, kepuasan dan minat. Itu ajer. Kalau nak ditambah, maybe duit dan glamour sepertinya layak untuk diperkatakan.
Tak susah kan?








Tahniah sebab dah ada blog bahasa melayu. Banggala dengan bangsa ibunda kita.:D
yup… aku rasa semua orang Melayu patut ada blog Melayu. tak gitu?
[...] pada aku, ramai lagi blogger di Malaysia ini yang masih lagi “blur” tentang “apakah blogging sebenarnya” ini. Kalau bukan kerana ramai di antara kita yang telah kemaruk dengan post berbayar, maka [...]
Diulas pada March 5th, 2008 at 8:51 pm[...] buat dalam satu masa. Secara jujur, aku akan blogging apabila aku rasakan ada benda yang menaikkan minat, rasa, idea, kepuasan dan juga $$ kepada sesuatu [...]
Diulas pada March 16th, 2008 at 8:01 pm[...] Aku juga memblogging bukan sekadar suka-suka, tapi aku blogging atas nama wang dan kerja. Aku tak hipokrit. Jadi kalau duit datang dulu, maka aku akan serius dengannya, bermakna kerja [...]
Diulas pada May 21st, 2008 at 10:53 am[...] kasih? Iya. Tabiat ini memang berlaku. Aku sendiri akui kerana aku juga mengamalkan sikap ataupun dasar pilih kasih. Adapun dasar pilih kasih [...]
Diulas pada August 22nd, 2008 at 1:47 amhuh lbh 10 blog!? kena belajar ni. patut lah maju. he3.
megats entri yang terkiniKena Tag, Kena Lah Jawab
10 blogs ker?
Lebih rasanya… ekekeke
[...] pengetahuan semua, blog ini telah membuat catatan pertamanya pada 12hb February 2008. Dengan catatan pertama yang bertajuk “Aku Datang” dan ditemani pula dengan gambar [...]
Diulas pada February 12th, 2009 at 2:23 pmsalam bro,
aku pun baru je buat blog dalam bahasa ibunda kita. itu pun baru 2 post. hehe.
kdg2 rasa kekok sket sbb dah terbiasa tulis blog ni dalam eng. lagipun dah lama x karang ayat panjang2. last sekali tu pun time SPM.
blog BM aku tu just mcm personal blog n nk bincang pasal webdesign/develope/IM. sebelum ni aku ada byk gak blog, tapi tak la sampai 10. ada dlm 6 je. itu pun dah tak sempat nak handle. klau ada projek, lg la takde masa.
apa2hal pun, selamat berblog.
sekian.
saya pun nak datang(berblog)..haha..
post pertame.. haha.. nice one
Oh…begini rupanya entri pertama ijad…hehe
Oh baru juga rupenyer…..
pencinta bahasa ibunda juga izad ni.tak sangka saya.jangan jadi orang putih sudahlah.hehehe….
hmm nostalgik.. entry ni.. yg first kan ni.. hehe dah dua tahun gak blog ni.. hebat!
p/s: lawak “pergi jalan-jalan = go walk-walk” hihihih
rohaizad Reply:
March 22nd, 2010 at 1:06 am
Ha’ah.. memang nostalgia
samdaddycool Reply:
April 19th, 2010 at 3:32 am
Aku pun saja walk-walk sini di awal pagi nan sepi.. tengok balik kenangan terindah bersama Rohaizad dot com..