*** Posted in: Orang | February 21st, 2008 ***

Kain batik lepas untuk orang yang dah meninggal…..

kainbatik.jpg

Petang semalam aku rasa adalah satu petang yang lain dari yang lain.
Aku tidak tahu kenapa aku rasa petang tu sejuk semacam jer.
Kalau hendak dikatakan malamnya malam Lailatul Qadar, memanglah tak logik langsung sebab ini bukannya petang Ramadhan. Kalau hendak dikatakan petang tu ada kematian, memang sah tiada kematian di tempat aku melainkan katak dan tikus yang habis digilis oleh kereta nan berbaris pada waktu malam membeli burger di simpang jalan tu ha. Yang pasti, petang tu terasa amat dingin untuk aku melelapkan mata.

Jam sudah menunjukkan waktu 4 petang. Jam itu juga sedang mengatakan kepada aku:
“weyyy…. tidurlah, kang nanti kalau dah maghrib….ko dah tak boleh tidur. Malam nanti pulak, ko dah kena online…tidurlah sayang…!”

Jadi aku pun ambik port kat hall nun di bahagian depan rumah aku. Setelah aku memetik suis kipas siling pada kelajuan 3, aku yakin sangat yang tidur aku petang tu akan amatlah seronok. Cuaca pun sungguh memotivasikan aku untuk melepaskan penat mata ini. Setelah aku mencampakkan kusyen favorite aku ke atas lantai, maka aku pun membuat terjun tiruk dan juga kuak lentang supaya kepala aku betul-betul di atas kusyen itu.

Bammmm..!!!!!!


Sungguh tepat sekali target aku. Kepala aku betul-betul tersembam di atas kusyen tu…. heh..heh…heh… orang dah expertlah katakan (Perhatian!!! Anda dilarang sama sekali untuk meniru ataupun membuat aksi-aksi sebegini tanpa pantauan dari penjaga ataupun ibu bapa. Ini adalah aktiviti dan riadah bagi orang yang expert sahaja)

Setelah aku terbaring sambil melihat kipas siling tu berpusing, maka bersawailah mata aku nie sepertimana orang yang hendak dibedah oleh doktor di dalam bilik pembedahan. Seronoknya pada waktu itu. Tiba-tiba…. aku terdengar satu suara yang amat aku kenal…

Kak Yah..!.. ooo.. Kak yah~~~… Kak yah…..~~
Aku memang kenal dengan suara ni. Ni adalah suara Kak Ina Kemboja. Memang kak Ina ini adalah orang Kemboja (Cambodia) dan dia dah lama menjadi saudagar kain di kawasan aku. Mak aku pulak adalah salah satu regular customer dia. Memang dia suka pada mak aku sebab mak aku adalah satu-satunya customer dia yang bayar on-time. Tak pernah lewat bayar dan selalunya akan bayar lebih awal dari tarikh bayaran. Itu yang dia baik giler dengan mak aku.

Tapi, petang tu aku mengantuk sangat. Aku rasa macam nak swing jer Kak Ina ni dengan kain-kain dia sekali. Sebab kalau Kak Ina nie dah datang kat rumah aku, maka berduyun-duyun lagi jiran-meran aku yang akan duduk membuat pesta kain. Aku pulak memang takkan berganjak dari tempat tidur aku sebab itu memang perangai aku. So aku semakin merasakan yang petang itu akan menjadi satu petang yang spoilt bagi aku.

Apa yang aku akan buat?

Aku takkan buat apa-apa sebenarnya. Aku hormatkan mak aku dan jugak kengkawan dia. So apa yang berlaku, aku cuba juga untuk tidur walaupun tidur-tidur ayam. Sesekali, terdengar jugak orang melatah. Biasalah, dah ramai-ramai tu, memang ada yang akan di cucuk sana, di cucuk sini. Sampai satu ketika tu, aku pun bagilah signal… “dah banyak kain pun nak beli lagi ker.. ? sambil mata tertutup rapat..”

Dan terdengar satu suara lagi yang membalas…
“hai Izad, ni kain baru nie. Nama kain nie Thai Silk, berkilat-barat ngan tak berjahit lagi..”.
Aku pun terus menjawab “baguslah tu… boleh bawak pergi jalan-jalan.. macam kain batik lepas…”

Then lagi sorang pulak menyampuk:

“hissshhh… giler ker ko nie Izad?
Kain batik lepas tu untuk orang yang dah meninggal dunia…!”

Apalagi, makin rancak lah aku menjawab,
“Itulah orang Melayu, kenapa kalau orang meninggal mesti ditutup dengan kain batik?
Kenapa tidak dengan kain lain?
Kenapa nilai kain batik lepas di ’sama’kan dengan orang yang meninggal dunia?
Kalau mat saleh kat luar tue tahu yang kain batik tu untuk orang yang meninggal dunia, macam mana kita nak jual kain batik kita?
Kenapa orang yang meninggal dunia tu tidak di tutup dengan kain kilat-barat yang kak Ina jual tuh…?”

Tetiba jer, semua terdiam. Sementelah aku membebel sambil mataku terpejam, aku tersenyum sendirian dengan harapan mesej yang aku nak katakan pasal kain nie sampai ke minda diaorang.

Dussshhhh…!!!!!!

Hoiii…!!! nak tidur tu, tidurlah.. jangan banyak membebel…!!! sambil satu plastik kain dicampak atas kepala aku…!
Sakit siot…padan muka aku….


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


2 Responses to “Kain batik lepas untuk orang yang dah meninggal…..”

  1. titanNo Gravatar Says:

    ni cite apa nih weh..hehe..dari cite kain ke cite baling barang nih..

  2. adminNo Gravatar Says:

    kau tak tau?
    aku lagi tak tau ….wakakaka

Leave a Reply