Sedapnya duit blogging/internet.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: March 4, 2008 online
Walaupun blogging tidaklah sesedap kuih apam balik, epok-epok mahupun mee rebus, tapi kalau korang boleh buat duit dari internet macam yang selama ini aku buat (dan macam yang korang buat), then aku rasa mesti ada dikalangan ibu-ibu moden yang akan membuat satu kuih baru yang namanya kuih blogging. Tak mustahil kuih itu akan diletakkan sebaris dengan kuih-kuih yang lain. Ahaksss….!
Tapi apa yang aku nak beritahu ni sebenarnya adalah nikmat dari ilmu. Dalam kes ini, aku merujuk kepada ilmu IT. Ya, ilmu itu sendiri adalah satu “kuih” yang paling sedap. Sepertimana yang aku pernah ceritakan dalam entri yang sebelumnya, kalau korang rajin belajar… maka korang akan dapat satu nikmat yang korang sendiri tak pasti bila korang akan kecapi. Dan aku berani cakap yang kalau korang serius dengan dunia IT nie, maka dengan “SENANG” korang akan dapat mengalahkan gaji seorang Manager Bank. Aku tak taulah kenapa orang suka bandingkan gaji orang lain dengan Manager Bank, tapi aku harap korang dapat tangkap maksud aku.
Sedap ker duit blogging/internet nie?
Wahhh…
Mana ada duit yang tak sedap kan… cuma apa yang aku boleh katakan ialah aku berjaya sekarang hanya dengan 100% online dari rumah. Aku tak pernah bayangkan yang aku boleh menjadi seorang usahawan internet tetapi bila itu adalah rezeki kita, maka kita wajib memperkembangkan lagi ke tahap yang lebih tinggi. IzadBlogNetwork dot com adalah satu lagi daripada punca pendapatan terbaru aku. Tetapi, buat masa ini semua tempahan untuk web/blog telahpun ditutup sehinggalah minggu hadapan (dan mungkin lebih lama dari itu).
Wang dari internet adalah sesuatu yang halal. Kecualilah kalau korang yang menyongsangkannya. Malah, perniagaan internet adalah satu kurniaan daripada Tuhan yang tak terhingga. Aku pernah bekerja di Carrefour, Jaya Jusco, kuli, pemotong ikan, warung, promoter, waiter, salesman dan juga broker. Malah aku pernah bekerja sebagai pekerja kontrak hanya untuk dapatkan duit yang dinamakan GAJI. Tetapi aku tidak pernah mendapat GAJI yang sebegini “sedap” walaupun hanya beroperasi di rumah. Pendek kata, tidak perlu tambang bas, minyak motor-kereta, belanja makan, traffic jam dan juga herdikan dari seseorang yang dipanggil bos.
Sekarang aku adalah pekerja dan aku adalah bos.
Adakah korang juga sama seperti aku?








sebab sedaplah kita orang semua buat duit dari internet. Blogging pun best apa..banyak income masuk..
sebanyak mana tu agaknya?
perghhhhhh pasti sedap la kueh blog lepas neh kan
huarghh..huarghh..huarghh…
macam man ler rupanya kuih blog…?
adakah ada huruf “http://” di atasnya?
[...] Aku? Seperti yang aku katakan tadi, aku blogging untuk life aku sendiri dan jugak untuk life orang lain (blogging untuk duit). [...]
Diulas pada April 29th, 2008 at 9:15 pmsetuju duit blogging memang sedap (bagi yang dah dapat la.. yg belum usaha lagi..teruskan membaca). Ilmu IT mmg banyak.. pandai pilih ..pandai aplikasi.. mmg murah rezeki..
jalan-jalan cari maklumat dan sampai disini