Sibukkah menjadi seorang pelajar IPT?

Haaah…!
Ini satu topik yang amat menarik perhatian aku semasa aku membaca surat khabar Kosmo tadi. Agak menarik juga untuk aku letak sebagai tajuk bagi entri kali ini. Mungkin ramai yang sudah baca artikel ini di dalam surat khabar Kosmo ini tapi buat pengetahuan korang, aku sedikit pun tak baca artikel berkenaan. Ya… aku tidak baca artikel berkenaan dan terus membelek ke muka surat yang seterusnya.
Kenapa?
Kerana aku rasa apa yang akan disampaikan dalam artikel itu mungkin sama dan mungkin juga tidak dengan apa yang aku rasai semasa aku menuntut di Melaka dahulu. Sememangnya semua pelajar IPT pernah merasai apakah itu kehidupan di IPT. Dan aku tak dapat nafikan saat yang paling indah dalam kehidupan aku adalah ketika menjadi seorang pelajar IPT. Terlalu banyak yang masih terkenang dalam fikiran walaupun sudah hampir 10 tahun aku meninggalkan dunia IPT. Kalau korang sekarang ini masih menuntut di IPT, percayalah… korang masih belum tahu betapa manisnya nikmat hidup di IPT. Lebih-lebih bila engkau hidup di luar kampus (rumah sewa).

Hidup aku di Melaka tidak ubah seperti orang yang bekerja, cuma bezanya aku tidak bergaji dan aku tidak berpay-slip. Kerja aku hanyalah belajar dan selepas waktu belajar, aku tidak ubah seperti orang yang bekerja. Makan ke tidak, motor ada minyak ke tidak, jatuh ke dalam longkang ker mahupun kemalangan ker, semua aku tanggung sendiri bersama member rumah sewa aku. Memang sudah menjadi prinsip aku dan member rumah sewa aku supaya apa-apa perkara, jangan terus mengadu kepada orang tua melainkan jika tiada pilihan lain. Usaha sendiri dan satu-satunya perkara lain itu adalah DUIT. Itu sahaja.
Hidup sebagai seorang pelajar IPT 10 tahun lepas sebenarnya memang lah sibuk. Aku tak pasti korang macam mana tapi, bagi seorang pelajar yang pernah hampir-hampir gagal SPM seperti aku, IPT adalah platform terbaik untuk aku menunjukkan kemajuan diri aku. Aku langsung tidak pandang ke belakang kerana aku ingin sekali bersama-sama berjaya sepertimana member-member aku yang lain. Cuma aku terpaksa bekerja 2 kali ganda kerana bidang yang aku ambik berlainan sekali dengan science stream. Aku memilih bidang perniagaan dan korang sendiri boleh bayangkan bagaimana budak sains nak catch-up Account, Costing dan seumpamanya. Tak ker kelang-kelibut kepala hotak aku…?
Ditambah pula dengan business subject yang aku tak pernah bayangkan. Mau ajer aku terjun ke laut Klebang kadang-kadang. Tapi, berkat kesabaran dan juga semangat, akhirnnya aku berjaya melalui semua itu dengan sungguh CEMERLANG. Cuma kesibukan tu sememangnya tak dapat dielakkan. Kalau hendak difikirkan secara logik, hidup sebagai seorang pelajar IPT memang sibuk dan kalau korang kata “tidak sibuk”, maknanya korang sebenarnya tergolong dalam orang-orang yang malas, suka buat kerja last minute dan tiada time management. Wa’emah orang yang belajar bersungguh-sungguh dan punyai time management yang baik pun terasa sibuk, ini kan pula korang… ye tak?
Jangan nak menipulah…
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

March 4th, 2008 at 2:01 am
Mungkin aku dlm golongan ‘malas’ sebab tu aku rasa waktu aku belajar di IPT tak der sesibuk mana berbanding waktu aku bekerja sekarang ni. IPT sibuk waktu2 nak hantar assignment dan exam sahaja.. Pulak tu ada cuti 3 bulan. 3 bulan lepak2 tak fikir apa.. Sekarang ni, nak ambik cuti cuti seminggu straight pun kena berkira2 takut byk kerja yg pending.
March 4th, 2008 at 3:04 am
hah..hah…hah…
aku suka dengan engkau punya kejujuran. cuma aku rasa ramai yang masih lagi lakukan apa yang engkau lakukan dulu nie.. betul tak?
March 4th, 2008 at 3:47 am
[…] adalah satu “kuih” yang paling sedap. Sepertimana yang aku pernah ceritakan dalam entri yang sebelumnya, kalau korang rajin belajar… maka korang akan dapat satu nikmat yang korang sendiri tak pasti […]
March 5th, 2008 at 12:05 am
[…] membaca suratkhabar Kosmo, hari ini Metro pula menjadi santapan minda aku. Jikalau semalam topik Sibukkah menjadi seorang pelajar IPT? menjadi unjuran minda aku untuk menggapai ruang di blog ini, maka hari ini aku merasakan cuma ada […]
April 7th, 2008 at 9:47 am
[…] mati. Seperti mana orang lain, menjadi student IPT adalah satu kenangan yang paling manis sekali. Korang percayalah cakap aku. Kalau korang semua masih lagi menuntut di IPT, ambillah kesempatan untuk buat sesuatu yang korang […]
May 13th, 2008 at 7:57 pm
zaman study memang indah.lagi2 ms study kt u
mak ai mcm2 pglman.mcm2 hal.best sangat.syukur bukan smua dapat pglaman mcm 2.dah keje ni x sm lgsung dengan life kt kampus.
tapi itulah khidupan…..
pd adik2 yang baru kenal alam kampus,ada pluang jgn sia2kan.
adios
May 13th, 2008 at 8:17 pm
yup, betul tu ita. kalau dah jadi macam kita, dah tak de indahnya…