*** Posted in: Berita, Orang | March 5th, 2008 ***

Apabila tangan sudah tiada…

tangan.jpg

Jikalau semalam aku membaca suratkhabar Kosmo, hari ini Metro pula menjadi santapan minda aku. Jikalau semalam topik Sibukkah menjadi seorang pelajar IPT? menjadi unjuran minda aku untuk menggapai ruang di blog ini, maka hari ini aku merasakan cuma ada satu sahaja berita yang menjadi pautan minda aku.

Aku sungguh terharu sekali dengan satu berita yang amat menyayat hati ini. Satu kisah yang amat menyentuh hati semua lelaki di Malaysia ini terutamanya kepada semua lelaki yang bergelar ayah.

Dalam kejadian 20 Februari lalu itu, tangan kiri Abdul Hadi Daud, 53, terpaksa dipotong di pergelangan tangan manakala tangan kiri dipotong di tapak tangan. Mangsa dari Kampung Kemahang, di sini, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang memasukkan kepingan getah seberat lima kilogram ke dalam mesin berkenaan sebelum tangannya turut tertarik sama.

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit kesakitan sebelum dapat menarik semula tangannya yang sudah terkulai dan hanya terlekat pada urat.

Hanya hati yang runtun sahaja dapat menyelami betapa seksanya jiwa seorang ayah apabila tangan yang menguli getah, tangan yang menahan rumahtangganya dari menyembah bumi, tangan yang digigit nyamuk semata-mata untuk menidurkan isterinya, tangan yang memikul beban dan tangan yang mengusap kepala anak-anaknya itu hilang dan kudung dalam sekelip mata.

“Lima anak saya masih belajar termasuk dua di institusi pengajian tinggi (IPT) manakala anak bongsu berusia lima tahun. Saya kini tidak mengetahui status saya termasuk sama ada layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).”

Tidak banyak yang aku boleh katakan di sini.
Cuma sekadar mengambil iktibar bagaimana susahnya bagi sesetengah orang untuk mencari rezeki. Dan apabila satu dugaan dari Tuhan itu datang, maka sentiasalah bersyukur terutamanya bagi yang tidak ditimpa bala. Seperti seorang blogger mahupun usahawan internet, kita juga menggunakan tangan untuk menyara hidup seharian. Jadi gunakanlah tangan itu dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk menaip perkataan naked, nude,free porn, dan juga perkataan xxxxxxx yang lain di column search itu. Kerana apabila tangan sudah tiada, barulah korang tahu nimat yang Tuhan berikan. Percayalah.

Bagi sesiapa yang ingin menderma kepada Pak Cik Abdul Hadi, silalah hubungi wartawan Harian Metro yang membuat liputan kejadian ini iaitu Adnan Mohamad di email beliau: am@hmetro.com.my.


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


Leave a Reply