Ingin beriklan? Sila klik di sini


Blogging dah mati …?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: March 5, 2008 online

dead2.jpg

Bangun pukul 11.00 pagi dengan titisan hujan di tepi tingkap rumah aku nie… fuhhh, sungguh aman rasanya. Yang paling best, bila angin yang meniup ke arah langsir tu agak kuat. Situasi ini memang mengingatkan aku kepada kenangan lalu sewaktu membawa freshies ke Pengkalan Balak untuk minggu orientasi 9 tahun lepas. Rasa macam tidur di tepi pantai pulak…

(Kenangan terpalit kembali, dengan diselangi muzik sentimental CD Kenny G…)
Sebagai ketua fasilitator, 2 buah bas yang dipenuhi dengan batch baru tidaklah merisaukan sangat kerana semua AJK yang berada di bawah aku sungguh berdedikasi. Kepada Azah, Dewi dan beberapa orang “wanita kuat” yang aku kenal, korang semua sentiasa dalam ingatan aku (walaupun korang semua dah kahwin). Kalau setakat koleksi gambar tu, jangan ceritalah… banyak lagi gambar yang aku masih lagi simpan dalam koleksi album aku.

Realiti sebenarnya sekarang ini:

Aku masih lagi ingin mengeluarkan pendapat aku setelah ramai yang mengatakan blogging sudah mati di PetalingStreet.org akhir-akhir ini. Mungkin ada antara korang juga yang pernah mengatakan blogging sudah mati. Tetapi pada aku, ramai lagi blogger di Malaysia ini yang masih lagi “blur” tentang “apakah blogging sebenarnya” ini. Kalau bukan kerana ramai di antara kita yang telah kemaruk dengan post berbayar, maka sudah tentulah istilah blogging is dead ataupun blogging dah mati tidak akan timbul sama sekali.

dead1.jpg

Blogging tidak akan mati cuma fungsi blog itu yang semakin bercambah. Jika dilihat kepada maksud blog itu sendiri, ianya adalah singkatan daripada Web log iaitu Website dan Log. Web log itu asalnya dua perkataan yang berbeza dan untuk menyenangkannya lagi, timbullah perkataan Blog. Mungkin korang ada definisi yang tersendiri tentang apa itu blog tapi bagi orang kampung seperti aku, blog sebenarnya tak ubah seperti online diari. Ini adalah kerana kita boleh meletakkan segala apa caca-marba, kunta kinte dan juga kusut masai yang ada dalam kepala hotak kita ke dalam blog. Hatta sakit perut hendak berak pun boleh dijadikan sebagai satu tajuk dan entri yang dahsyat. Cuma apa yang jelas dengan blog ialah kita sama sekali tidak perlukan pen mahupun buku untuk menulis… it’s all about ONLINE.

Bagi aku, tarikh 2hb Ogos 2005 adalah salah satu tarikh yang penting dalam hidup aku kerana pada hari itulah aku dengan rasminya bergelar blogger. Entri aku di blogspot pada waktu itu sungguh kelam kalibut. Dengan tahap English aku yang sungguh berada di tahap bahu jalan, aku tetap ingin memblogging kerana ingin me”rasa” apakah itu online diari.

Jadi mengapa dikatakan blogging sudah mati?

Ini hanyalah satu tafsiran bagi mereka yang merasakan telah hilang nikmat dan keseronokan memblog. Jikalau hanya memblog haanya untuk wang, naaaahhh… rasanya itu bukan tujuan asal blogging. Cuma terkadang apabila blog telah di revolutionkan dalam dunia internet yang sungguh pantas ini, maka tujuan dan kegunaan blog itu telah diupgrade dari semasa ke samasa tanpa kita sedari sehinggalah populariti (subscriber), glamour (A-list), maruah (Alexa rank) dan standard (pagerank) menjadi satu kayu pengukur kepada pemilik blog itu sendiri. Saling tak tumpah seperti apa yang kita lihat di dalam dunia sebenar….

End of Part 1.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 3 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. [...] Jadi sekali lagi aku ingin bertanya: Blogger jenis apa engkau ini? [...]

  2. Lia Qistina said:

    blogging masih belum mati.. di Malaysia, ia baru saja bermula!

    -Qistina-

  3. boss said:

    blogging belum mati lagi.. masih segar.. dan semakin segar.. bagi yang betul memahaminya..