Forex itu bebas…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Umum - Tarikh disiarkan: March 5, 2008 online

forex.jpg

Tepat pukul 1.00 pagi.
Orang dah mula nak masuk tido, aku masih lagi duduk minum di luar. Naaaahh.. ini baru namanya ngeteh kan..?
Cuaca malam nie pulak memang sejuk dan discussion aku dengan dua member baik aku setakat malam ini masih lagi buntu. Discussion malam nie striclty tiada kena mengena langsung dengan hal pilihanraya, Pak Lah, Maya Karin mahupun Fasha Sandha. Cuma perkataan yang kerap keluar dari mulut kami bertiga adalah forex!

Ya!
Forex.. forex.. forex
.

Inilah discussion aku bertiga malam nie dan kadang kala tu terselit juga nama Warren Buffet, George Soros dan tidak ketinggalan jugak beberapa nama perempuan iaitu Siti Zubaidah dan Aidah. Kalau korang nak tahu, 2 orang member discussion aku nie namanya Anuar dan Jamri…. bukan Jambu. Dua-dua nie kaum Adam dan mungkin sebab itu jugaklah nama perempuan seperti Siti Zibaidah dan Aidah nie boleh termasuk dalam discussion kitaorang… ermmm, dah namanya jantan .. nak buat macam mana ye tak?

Dipendekkan cerita:

Jamri asyik selalu bertanyakan pasal forex.
Anuar masih belum bersedia hendak membantu Jamri dalam hal forex-memforex nie. Walaupun dia tahu sedikit sebanyak mengenai forex nie dan dia pun trade sendiri, tapi masa dan commitment masih belum mengizinkan. Maklumlah, hanya menghitung hari hendak membina masjid, sebab tu busy banyak.
Aku?
Aku masih belum punya masa untuk belajar forex. Serious…. dan itulah yang aku katakan pada Jamri.

Ingat, Malaysia masih belum ada forex exchange.. yang ada hanyalah stock market (BSKL). Sebab tulah ramai yang main forex di internet. Bermain forex di internet sebenarnya lebih BEBAS. Korang yang main dengan duit korang sendiri secara online tanpa ada orang ketiga yang memegang duit korang. Mungkin korang rasa lebih secure tetapi itulah yang aku katakan tadi…. BEBAS. Cuma masalah di tempat aku sekarang nie adalah kekurangan master/ otai/ cikgu/ tokan forex. Kalau ada pun, masih tak terkesan lagi tutorial yang bakal diberikan. Ya… Johor Bahru memerlukan beberapa guru forex yang berpengalaman!!!!!

Aku juga tahu orang yang membuat duit beratus ribu + berjuta-juta ringgit hasil dari forex di Malaysia ini. Mereka juga BEBAS dan korang juga boleh membuat duit secara BEBAS seperti mereka. Dipendekkan cerita, aku juga masih lagi BEBAS untuk membuat duit hanya dari rumah. BEBAS seperti ikan duyung di laut…

psstt: ada sesiapa ker yang hendak belanja aku pergi tengok filem DUYUNG?


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... kalau ada masa, datanglah lagi.... .


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Jadilah yang pertama untuk mengulas entri ini!