Kempen? dah le… hentikan…
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 7, 2008 online
Asyik bermandi embun jer aku sejak kebekangan ini.
Malam nie aku minum di Danga Bay dengan Anuar lagi. Tapi kali ini aku, Anuar dan Khairil. Nak kata lapar, tak lah lapar masa dalam kereta tadi.. tapi, bila sampai jer, aku terus ternoda dengan asap sate yang sememangnya menghalang laluan aku untuk ke meja. Apa lagi, terpaksalah aku order sate itu tanpa segan silu dan dengan keyakinan yang amat tinggi… maka 30 cucuk sate berjaya di order. Taklah banyak sangatkan? ekekeke…
So pada saat aku tiba di Danga Bay tadi, masih ada lebih kurang 40 minit lagi masa bagi semua parti untuk berkempen. Aku tak tau apakah dan bagaimanakah kempen yang dibuat di bahagian tengah dan utara Semenanjung Malaysia, tapi di JB nie suasana agak selamba kodok je. Nothing happen babeh kerana yang ada kedengaran di sini pada waktu nie adalah bebudak yang naik motor sampil membawa bendera. Tak taulah bendera apa…malam.. gelap…
Tiba di rumah:
Masa makin berlalu dan habis sudah semua air liur penceramah bertauliah dan tak bertauliah pada malam ini. Jikalau dibahagian utara dengan DAP nya, di Kelantan dengan PAS nya dan di beberapa tempat di Malaysia dengan Kepala Kerbau nya, maka aku di sini hanyalah sebagai manusia yang duduk di atas pagar. Dan yang menariknya, bukan aku sahaja yang berada di atas pagar pada waktu ini, tetapi SEMUA warganegara Malaysia pada ketika dan saat ini berada di kedudukan atas pagar!
Atas pagar?Biar betul ………!!!!
Ya… “atas pagar” dan “bagai lalang ditiup angin” adalah dua frasa yang membawa maksud yang berbeza. Atas pagar bukan bermaksud orang yang tiada pendirian, tetapi bagai lalang ditiup angin itulah orang yang tiada pendirian. Kita kena faham maksudnya barulah sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan jelas. Seperti yang aku katakan tadi, SEMUA warganegara Malaysia sekarang berada di atas pagar dalam menentukan parti manakah yang akan mendapat mandat untuk memerintah Malaysia sepenggal lagi. Esok adalah penentuannya dan korang yang baca artikel ini juga sekarang berada di atas pagar. Tiada sesiapapun yang berada di dalam ataupun di luar pagar kerana proses mengundi belum tiba (sekarang masih lagi 2.30 pagi -8hb mac 2008-).
Berkempen? Sudah ler tuhh.. hentikan je lah…
Pada ketika aku menulis artikel ini (di rumah 2.00 pagi) , waktu berkempen dengan rasminya sudah pun tamat.
Jadi kerajaan Malaysia sekarang ini bergantung 100% kepada semua rakyatnya (heh…heh…heh…) untuk keluar mengundi dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Walaupun aku tahu yang ramai lagi warga perantau yang tak mengundi (biasalah.. ramai yang takde budget nak balik kampung), tetapi diminta jangan buat kacau pada hari mengundi.
Masih lagi berkempen / berkonvoi sehingga melanggar undang-undang jalan raya? Apa kes?
Itulah pasal… aku tak tau masih lagi ramai yang tak faham apa itu erti undang-undang. Aku tidak kiralah parti mana yang terlibat tapi, aku agak hangin jugak dengan satu konvoi “kereta mewah” yang lalu di hadapan traffic light Balai Polis Larkin. Aku dari arah kolam renang Larkin dan sememangnya nampak pergerakan konvoi yang datang dari arah Terminal Larkin itu dari dalam kereta aku (kerana lampu masih lagi merah), tetapi hakikatnya, janganlah buat jalan tu abah diaorang punya…!
Tanpa polis trafik yang mengawal lalu lintas, aku nyaris nyaris nak sebat (langgar) kereta yang paling depan sekali sebab laluan aku sekarang sudah HIJAU! Dan dengan selamba kodoknya dia jalan gitu ajer (melanggar laulintas) … tak ke giler tu namanya? Dan pulak, dengan “cool”nya pemandu tu cuma angkat tangan bagi memberitahu yang dia nak lalu jugak walaupun pada waktu itu laluan dia MERAH… jadahnya.
Jadi apabila dia mula redah lampu merah tu, yang dibelakangnya pun ikut. Nasib baiklah pemandu kereta yang nombor 4 atau 5 itu pergi ke sekolah. Dia tau apa itu maksud MERAH (Merah tanda BERHENTI.. Anda boleh mengubahnya…). Syabas aku ucapkan kepada pemandu itu kerana dengan keputusannya untuk berhenti, maka semua kereta di belakangnya pun berhenti. Dan secara tidak langsung telah menyelamatkan keadaan dimana semua kereta di laluan aku tadi dapat jalan dengan sempurna tanpa cacian ataupun makian terkeluar dari mulut mereka ( aku rasa kena maki jugak kot .. di dalam hati..).
Bayangkan, apa akan jadi kalau aku sebat (terlanggar) kereta yang dihadapan tu tadi, saper nak jawab?
p/s: anyway, Merry Mengundi!!!


