rohaizad.gif


Dah 29 tahun usia aku rupanya - entri ini untuk orang bujang sahaja!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Sekilas - Tarikh disiarkan: March 11, 2008 online

aku-copy.jpg

Hanya tinggal lagi 11 bulan untuk aku memasuki alam 30-an. Ishh…ishhh…ishhh, kenapalah aku boleh tak perasan semua nie…. sedey pun ada gak sebab masih banyak yang terpendam dalam hati dan setakat ini, banyak lagi yang belum terungkai.

Sebenarnya aku, terasa “tua” jugalah setelah membaca entri dari salah seorang blogger Malaysia iaitu (LadyAzurt) yang membuat post tentang hari lahirnya. Entah secara kebetulan aku menyinggah di blognya. Macam dah berjanji pulak. Dipendekkan cerita, ada jugak blogger yang menyambut hari lahir sama dengan tarikh hari lahir aku.

Kalau ikutkan, aku dah kahwin sekarang nie dan sudah berkeluarga pun. Panjang ceritanya tapi nak cerita pun tak guna sebab akan membebankan kepala hotak korang yang membaca. Bagi aku, entri ini biarlah relevan bagi sesetengah orang yang nasibnya mungkin sama dengan aku. Untuk orang bujang barangkali….

Sebenarnya, lepas jer aku tamatkan diploma… memang aku dah set target untuk berkahwin pada waktu umur aku 27 tahun. Ini adalah target aku bersama blood-blood rumah sewa kat Melaka dahulu. Kalau ikut planning asal, kitaorang akan bekerja makan gaji dan kumpul duit dahulu. Setelah berkerja dan mengumpul duit selama 5 tahun, barulah boleh kahwin. Ada jugaklah 2-3 orang yang achieved target tu dan dah beranak-pinak pun. Tapi sebagai seorang anak lelaki sulung yang masih lagi mempunyai 2 orang adik di universiti, perjalanan aku tidaklah selancar dengan apa yang aku plan kan dahulu. Tanggungan yang ada kat bahu aku nie memang berat…hakikatnya tak sama langsung dengan apa yang kita selalu tonton dalam drama swasta tue.

Dunia pekerjaan adalah suatu dunia yang memerlukan ketelusan dan juga pemikiran yang sungguh realistik. Maksud aku, dunia pekerjaan ini adalah suatu cabang yang memerlukan korang berfikir secara rasional, bukan hipokrit. Selain dari berorientasikan DUIT atau WANG mahupun perkataan yang senang disebut iaitu GAJI, dunia pekerjaan adalah satu platform untuk transform kan diri sendiri. Contohnya, adakah kerja yang korang dapat selepas “grade” itu kena dengan jiwa korang yang sebenar? Adakah kerja yang korang dapat itu adalah satu kesibukan harian yang logik untuk diri korang atau adakah korang bekerja kerana itu adalah “last resort” setelah menganggur selama 1-2 tahun?

Banyak yang aku baca di dada-dada akhbar yang mengatakan ramai graduan menganggur kerana sikap memilih mereka. Aku agak kurang bersetuju dengan alasan itu sebab bagi aku, alasan yang paling kukuh sebenarnya kerana graduan nie tidak tahu apakah bidang mereka patut cari di alam pekerjaan mereka!

Contohnya katakanlah korang nie budak business administration (macam aku). Hampir kesemua budak B.A macam aku nie hanya nampak pekerjaan seperti marketing officer, consultant, bank dan investment adalah bidang yang sepatutnya mereka cari. Pendek kata, semua kerja yang bertemakan SALES adalah dunia sebenar bagi mereka. What the HELL? Jadahnya…. dan jadah untuk aku juga…

Ini semuanya adalah satu kesilapan yang BESAR bagi budak B.A!

Ya, sebab bidang business adalah satu bidang yang teramat luas untuk diterangkan. Dan apa yang terjadi pada aku selama ini adalah satu pengajaran buat korang semua. Aku terkial-kial selama 5 tahun untuk mencari dunia business aku sendiri. Aku memang minat dengan apa-apa perniagaan. Beberapa tahun aku bekerja makan gaji dan akhirnya aku sedar yang aku memerlukan diri aku untuk menjalankan perniagaan aku sendiri.

Dalam erti kata lain, akulah bos dan akulah pekerja.

So next time, kalau korang memang serious ingin berniaga, jangan spend more than 5 years untuk mencari pengalaman… 1-2 tahun pun dah memadai untuk mencari pengalaman.
Bagi aku, hanya berniaga sahajalah satu-satunya cara yang dapat menggembirakan hati dan jugak naluri aku. Di ringkaskan cerita, pada masa aku sepatutnya kahwin, aku berani mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri. Dan sudah adat berniaga, ada untung dan ada juga ruginya. Aku sedikitpun tak merasa menyesal apabila perniagaan aku collapsed malah, aku berasa bangga sebab selama ini, aku bekerja untuk diri aku dan bukan untuk orang lain. Pada waktu aku bekerja makan gaji, aku memberikan 150% semangat, komitmen dan tenaga aku hanya untuk orang lain… tak best langsung.

So sekarang setelah membaca entri di blog LadyAzurt.com, aku mula merasakan yang aku nie dah terlambat terutamanya dalam konteks “berkeluarga”. Nak-nak apabila terserempak dengan member-member yang dah ada 2-3 anak… rasa memang tak keruan langsung!

Adakalanya menyampah gak nak jawab soalan “dah berapa orang anak ko sekarang Zad?”
Cehhh.. sungguh rasa nak jotos jer kepala diaorang. Cubalah tanya “ko dah kahwin ke belum Zad?” .. barulah aku happy nak jawab! Dan selalunya Maya Karin akan menjadi mangsa aku sebab aku akan jawab: “Kalau Maya Karin ON, aku follow ajer… semua jawapan terletak di tangan Maya Karin…” wakakaka….tak ker sedap jawapan itu sebab gerenti kalau diaorang nak tanya soalan lagi, mesti takkan bersangkut paut lagi dengan cerita kahwin.

Tapi sekarang, aku yakin yang usaha aku dah mendatangkan hasil. Aku mungkin kahwin pada umur aku 31 atau 32 kot.. sebab target saving aku sebanyak RM100,000 akan tercapai. At least, aku dah tak payah bersusah payah memikirkan tentang kewangan aku selepas berkahwin nanti (untunglah siapa yang bakal jadi isteri aku… ekekeke). Bukan itu sahaja, aku juga dah ada plan yang baru untuk kehidupan aku selepas ini.

Korang nak tau apa planning aku?
Senang jer… aku sentiasa berdoa pada Tuhan supaya kalau aku berkahwin nanti, aku akan dapat anak kembar 2 tahun berturut-turut (maknya 4 orang sekaligus!) … so bolehlah aku challenge member-member yang dah ada 2-3 anak….!!!

Amacam, dahsyat tak planning baru aku?


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, pastikan anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan. Sebarang catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda. .


« « Pilihanraya sudah, sekarang SPM lah pulak…*** Azali Azlan 20 A1- Pelajar terbaik SPM 2007! » »

Kuasakan Enjin Anda !! Iklan anda Iklan anda Iklan anda

Sudah 8 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. lolbronzerNo Gravatar said:

    hhhhmm..agak menarik blog anda…
    tgh2 ak cuti ni…ilangkan pnt stdy..best gak lyn ko nye blog…
    keep it up dude!

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    thanks dude!
    selamat datang ke Rohaizad Dot Com. janganlah malu-malu untuk datang lagi yea :)

  3. taukeyNo Gravatar said:

    hehe aku saja nak mencelah kat entri ni. Aku cuma nak kabarkan si maya karin dah selamat diijabkabulkan. Melepas ni bro :D

  4. fahmi087No Gravatar said:

    Salam…nak dapatkan anak kembar ya…macam-macam la bro sorang nie…and tahniah atas kejayaan kumpul rm100ribu tu…semoga cepat bernikah….

  5. rohaizadNo Gravatar said:

    Belum tercapai lagi RM100L tu Fahmi. Doakanlah yea :)

  6. hidayahNo Gravatar said:

    bro…

    hidup ini indah andai tahu menikmatinya…

    :)

  7. PokjatNo Gravatar said:

    Terkesan aku baca entri lama ko ni jad hehe.

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku pun terkesan jugak baca entri aku yang lama-lama nih… hahahahah