Ingin beriklan? Sila klik di sini


Azali Azlan 20 A1- Pelajar terbaik SPM 2007!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: March 12, 2008 online

Pelajar terbaik SPM 2007 - Azali Azlan 20 A1

Azali Azlan… 20 A1 … SPM 2007 .. SYABAS MERE BETHA!!!
Mungkin itulah yang akan diucapkan oleh semua parent Hindustan kepada anak lelaki mereka di India apabila anak lelaki mereka mendapat keputusan SPM yang sungguh dahsyat seperti ini.

Tapi bagi Encik Azali, ini adalah satu hadiah yang paling besar dalam hidup beliau sepanjang bergelar ayah kerana anaknya Azali Azlan, berjaya mendapat 20 A1 dalam peperiksaan SPM 2007. Bagi aku, ini juga adalah impian bagi semua ibu dan ayah di Malaysia ini. Umpama bulan jatuh ke riba, keputusan CEMERLANG yang diperolehi oleh anaknya itu benar-benar mengejutkan semua ibu bapa termasuklah KEMENTERIAN PENDIDIKAN sendiri.

Yang lebih mengejutkan, 9 dari mata pelajaran yang Azali ambil sebenarnya tidak langsung disediakan di sekolahnya (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah)! Bermakna Azali belajar di atas insiatifnya sendiri. Aku rasa mungkin pihak media boleh mendapatkan maklumat tambahan bagaimana Azali berjaya menyusun waktu belajarnya dengan begitu perfect sekali.

Weyyy.. korang semua jangan memain pasal waktu belajar nie.

Ini bukan sesuatu yang boleh dipermainkan kerana korang sendiri pun tahu betapa susahnya nak score dalam SPM. Dahlah pemalas… lepas tu, nak harapkan magic pulak. Kalau dah belajar setakat 30 minit setiap hari, jangan haraplah nak score A untuk semua subjek yang korang ambik tu. Tuhan pun dah berfirman, sesiapa yang usaha lebih, dia yang akan dapat lebih. Hakikatnya, memang kita nie banyak main dari belajar. Time belajar kita main, time main pun kita main… bila nak belajar?

Azali Azlan juga tidak pernah menghadiri sebarang tuisyen yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya. Aku membuat kesimpulan bahawa teknik belajar Azlan mungkin banyak membantu. Tapi korang jangan terperanjat bila aku memberitahu kaedah dan cara sebenar bagaimana Azlan belajar kerana bagi orang yang telah ada “disiplin belajar”, dia sememangnya langsung tak akan perasan betapa “longgarnya” jadual yang dia sendiri ikuti.

Bagaimana cara Azlan Azali membahagikan masa untuk belajar di rumah?
Senang jer.
Azlan hanya akan belajar apabila dia rasakan nak belajar.
Ya, apabila dia rasa yang dia hendak belajar, dia belajarlah. Tapi, korang janganlah mengikut apa yang dikatakan oleh Azlan 100%. Sebagaimana yang aku katakan mengenai “disiplin belajar”, Azlan sendiri menpunyai disiplin belajar yang sememangnya lain dari orang lain termasuklah korang.

Contohnya, mungkin pada waktu dia rasa nak belajar, dia akan memperuntukkan at least 2-3 jam pada satu-satu masa. Kerana 2-3 jam itu adalah disiplin belajar yang telah diterapkan oleh ibu dan ayahnya sejak kecil lagi. Mungkin inilah sebab kenapa Azali tidak merasa bosan untuk belajar. Alah bisa, tegal biasa…..

Jujur aku katakan, aku sendiri tak mampu hendak handle semua matapelajaran yang Azali ambil dalam peperiksaan SPM 2007 yang lepas. Alang Kimia dengan Fizik jer dah membuat aku cabut kelas, inikan plak subjek yang lain. Azali telah mengambil 20 matapelajaran iaitu Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology, Science, Accountancy, Higher Arabic Language, Economics, Commerce, Geography, History, Malay Literature, Arts, Tasawwur Islam, Al-Quran Education and Assunnah, Syariah Islamiah Education, Islamic Education. Dia juga berjaya mendapat A2 untuk English for Science and Technology. Mak datukkk…….., maknanya Azali sebenarnya mengambil 21 subjek…….!!!!!!!!!!!!!!!!!

Walaubagaimanapun, bukanlah niat Azali untuk bertanding kerusi dengan Amalina (opsss… pilihanraya dah habis ehhh?) tetapi sekadar untuk mengikuti jejak langkah kakaknya sendiri yang sedang belajar di luar negeri. Bagi Azali Azlan, dia sendiri akan melanjutkan pelajarannya diluar negeri untuk Ijazah Biotechnology.

Kepada ibu dan ayah Azlan, Rozita Sanapi, 46 dan Azlan Othman 51… pastinya seluruh rakyat Malaysia ingin menumpang gembira atas kejayaan anak mereka iaitu Azlan kerana sekurang-kurangnya, anda berdua telah berjaya membuka mata ibu bapa yang lain. Ya, tidak semestinya anak Professor, anak Datuk, anak YB, anak Imam mahupun anak Menteri Besar boleh score dalam exam. Apa yang penting ialah “QUALITY TIME” yang ibu bapak itu sendiri luangkan bersama-anak-anak semasa mereka wa’emah di dalam perut ibunya lagi.

Aku?
Aku berharap benar anak-anak Malaysia yang cerdik ini dapat memimpin negara Malaysia ini dengan lebih baik dan maju untuk masa yang akan datang. Itu sahaja.

Untuk Azali Azlan, tahniah kerana berjaya menjadi PELAJAR TERBAIK SPM 2007!

p/s : ingat lagi ker berapa A yang korang TAK DAPAT score dalam SMP korang 5-6-7-8-9 tahun lepas?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 9 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Jimmy said:

    Result SPM aku gempak, dan cikgu2 aku memang puji orang cam Amalina ni yg score bnyk2 A.

    Tapi aku x tau kenape instinct dlman aku mmbgkg bende2 tu… Lepas baca banyak buku2 tokoh2 yg success, aku cukup yakin utk jadi seorang yg mahir kite kena fokus pada sesuatu topik saje.

    Kalau ambil sampai 21 subjek pun, bknnya boleh cover semua ke universiti. Aku rasa lebih elok kalau dia fokus pada subjek2 yang ada kaitan dgn cita2 dia…

    Drpda tahu tentang 21 ilmu tapi ilmu peringkat basic je, lagi baik “expert” 2-3 ilmu je tapi pada tahap yang memang boleh dapat anugerah nobel…

  2. rohaizad said:

    Erm.. bagi aku pulak, belajar untuk kehidupan, bukan belajar untuk lulus periksa. Tapi kalau dah lulus periksa macam gitu punya bagus, sejuk hati mak bapak. :D

  3. [...] menjadi orang yang bodoh dengan membuat kesilapan yang salah. Jadilah orang yang pandai dalam menentukan masa depan engkau [...]

  4. mat kentang said:

    Bak kata HAMKA LA… “Umat islam perlu pemimpin yang tahu segala macam ilmu pengetahuan bagi memperluweskan dunia”

  5. erma said:

    pada pendapat saya,walaupun hanya asas untuk setiap subjek,ianya juga merupakan ilmu.itu terpulang kepada individu itu sendiri.saya amat berbangga dengan kejayaan saudara azali azlan.

  6. erma said:

    memang 21 subjek yang di ambil tak dapat nak cover apa yang akan dipelajari di universiti kelak..tetapi ianya berguna untuk pada masa akan datang tidak kira dalam kehidupan seharian atau pelajaran..it can be used anytime..

  7. anonimous said:

    hnya org yg cemburu shj yg akan menidakkan kejayaan adik2 yg mengambil byk subjek ini. ape slhnye kalau diorg mampu, contohnye pendidikan alquran assunnah n pendidikan syariah islamiah, mmg ptt blajar sbbnye blh guide life kita in future. lgpun dpt menunjukkan kt bangsa n agama lain yg bangsa melayu n beragama islam juga adlh bangsa yg luar biasa.

    rohaizad Reply:

    Betul… betul, semoga Azali akan jadi IKON yang besar dalam negara di masa yang akan datang!

  8. boss said:

    tahniah.. tapi bagi yang tak mencapai keputusan yang baik, ia tidak bermakna anda telah gagal.. kalau kuat usaha.. pasti boleh berjaya juga..