*** Posted in: Orang, Sekilas | March 13th, 2008 ***

Cerita di musim hujan…

hujan.jpg

Dah dekat seminggu area Johor Bahru nie dipenuhi dengan katak-katak dan biawak-biawak yang dalam kegembiraan. Sambil menyanyikan lagu pop masa kini, mereka kelihatan sungguh teruja sekali dengan hujan yang seakan-akan tidak mahu berhenti. Maunya tidak, hujan non-stop 24 hours a day! Malah, mereka juga merasakan yang hujan ini seolah-olah satu hadiah yang besar buat mereka setelah sekian lama bumi JB ini PANAS dan KERING.

Itu cerita katak dengan biawak, tapi macam mana plak dengan cerita manusia yang merasakan hujan nie membawa sedikit masalah dalam kehidupan mereka?
Masing-masing membawa cerita masing-masing. Berikut adalah sekelumit cerita yang mungkin berlaku kepada kawan, abah, jiran, bos, mak cik saudara, sepupu dan mungkin diri korang sendiri.

Cerita dari seorang mat despatch:
Ya ampun… tiap-tiap hari aku redah hujan. Pergi kerja basah, sedang kerja basah, balik kerja pun basah. Habis lencun semuanya. Nama jer pakai baju hujan… bilalah agaknya aku dapat kerja kat dalam pejabat, pakai kereta mewah, bergaji besar, tak payah gadai nyawa menghantar surat macam nih…bla..bla…bla….

Cerita dari seorang driver:
Bestnya kalau hujan tiap-tiap hari. Kalau lambat pun, bos tak marah sebab jalan takleh laju.. slow and steady. Kalau dulu aku jadi mat despatch, skang pun aku mat despatch jugak. Bezanya dulu aku hantar benda mati, skang aku hantar benda hidup. Tak kisahlah, janji aku dapat bawak kereta Mercedes.

Cerita dari seorang peniaga nasi:
Ya Tuhan… mintak-mintak hujan berhentilah tengah hari nanti. Kalau tak, mesti banyak lauk pauk aku yang tak habis macam semalam. Aku harapkan orang yang bekerja di dalam pejabat tu semua dapat keluar tanpa basah. Kedai aku nie pun bukan di dalam bangunan….

Cerita dari seorang peniaga sate/sup/ kopi O’ :
Alhamdulillah… dah beberapa bulan jualan aku setakat 50 cucuk/mangkuk/cawan jer dalam satu hari. Tapi sejak hujan yang tak berhenti nie, 400 cucuk/mangkuk/cawan pun tak cukup! Kalau hujan macam nie tiap-tiap hari, banyaklah untung yang aku dapat. Boleh simpan lebih untuk anak-anak…

Cerita dari seorang peniaga cendol / air batu campur:
Ermmm…. selalu 300 mangkuk selamba jer dapat jual dalam masa 3 jam. Ini 50 mangkuk pun susah nak jual. Rugi aku… santan, cendol, air batu dan gaji pekerja tetap kena bayar. Bilalah hujan nak berhenti nie….

Cerita dari seorang pekerja kontrak:
Waduh…waduh… kayaknya hujan enggak mau berhenti. Gue udah hitung gaji gue bulan ini… sialan. Pikirnya 3000 ringgit, tapi hujannya berterusan, berantakan jadinya.

Cerita dari seorang mandur:
Adeh… kalau hujan tak berhenti jugak, maknanya kena taruk lagi dengan bos. Kalau aku taulah hujan tak berhenti, maunya aku suruh diaorang kerja sampai malam dari hari tu.

Cerita dari seorang pekerja yang menaiki bas (perempuan) :
Adehhh… malunya aku. Tiap-tiap pagi mesti kain aku basah. Nasib baik kaki aku nie cantik. Pakai payung pun macam tak pakai. Angin kuat pulak tu. Ingat aku nak pakai seluarlah esok.

Cerita dari seorang pekerja yang menaiki bas (perempuan) :
Alamak…. awek nie pakai seluar pulak hari nie. Tak dapatlah aku tengok kaki dia yang seksi tuh…..!

Cerita dari pembangkang:
Lepas menang pilihanraya jer, terus hujan tak henti-henti. Memang betul kata orang dulu-dulu, inilah yang dinamakan rezeki.

Cerita dari pihak yang satu lagi:
Cuaca sekarang dah tak relevan. Mungkin inilah kesan dari global warming. Ada ker bulan Mac macam bulan tengkujuh. Sepatutnya sekarang nie bukan musin hujan. Tapi, kalau “tidur” sedap jugak nie… (udah ler tuh.. bangun, jangan asyik nak tidur jer…)

Cerita dari seorang ibu + suri rumah:
Alaaa…. hujan lagi…
Baju semalam yang aku sidai pun tak kering-kering lagi…. dah nak tambah lagi dengan baju hari nie. Macam mana nie?

Cerita dari seorang suami:
Heh…heh…heh…. hujan la kau tiap-tiap hari. Aku tak kisah…. heh…heh…heh…
Aku pergi kerja basah pun, takper… heh…heh…heh…
Baju tak kering pun takper … heh…heh…heh….
Jalan jem pun takper…heh…heh…heh…
Kalau nak hujan waktu malam pun, aku tak kisah… aku lagi suka…heh…heh…heh….!!!
Yang, awak rasa sejuk tak malam ni yang?
heh…heh…heh…..

hujan2.jpg

p/s: Mail, apa yang kau selalu buat waktu hujan..?


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


2 Responses to “Cerita di musim hujan…”

  1. Band MalayaNo Gravatar Says:

    hai. TQ singgah & komen di website Band Malaya. Bole exchange link ni =)

  2. adminNo Gravatar Says:

    no problem, lagipun ko pun dah post gambar show band anak sedara aku kat blog ko… terma kasih jugak…

Leave a Reply