*** Posted in: Aku, Spesifik, Umum | March 15th, 2008 ***

Carilah duit di internet sebanyak yang mungkin…

rich.jpg

Dulu sebelum aku ambil keputusan untuk menjadi seorang full time blogger, hampir seminggu juga fikiran aku tak keruan. Siang petang pagi malam, aku asyik fikirkan apa yang akan jadi pada diri aku sekiranya kerja ini tidak dapat menjamin masa depan aku. Emak aku pun selalu kata, boleh ker blogging ni menampung hidup? Boleh ker blogging nie bayar duit keta? Boleh ker duit blogging nie membantu adik-beradik aku? Boleh ker blogging nie menambah simpanan di bank (walaupun simpanan aku memang tak bergerak sebelum tu)? Boleh ke itu.. boleh ke ini… dan macam-macam lagilah.

Faham-faham jelah, orang tua.

Selama dia hidup (mak aku), barulah sekarang dia baru mendengar perkataan blogger. Dah lah tu, memang tak termaktub pun dalam KWSP, LHDN mahupun SOCSO yang blogger ini adalah satu pekerjaan. Agak tertekan jugaklah aku pada waktu itu. Walaupun seram-seram sejuk nak buat keputusan ni, tapi duit tetap masuk 24 hours tanpa boleh dihalang. Mungkin itu salah satu sebab aku still maintain cool pada waktu tu. Cuma yang kuat memberikan aku dorongan kepada aku ialah kata-kata dari bapak aku.

Kalau mak aku agak “berhati-hati” dalam perkara nie, tapi bapak aku selamba kodok jer. Dia cuma kata “carilah duit di internet sebanyak yang mungkin, janji HALAL…” haaa.. kan aku dah kata bapak aku memang best dan selamba. Biasalah, walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, tapi dia nie memang suka membaca. Setakat blogging punya cerita, semua dia tahu walapun dia takde satu blog pun!

Tiba pada hari untuk aku buat keputusan, maka aku pun bersuara.
Dengan nada yang agak slow motion, aku pun beritahu mak aku akan niat aku. Buat pengetahuan korang, hari yang bersejarah ini berlaku sebelum hari raya tahun 2006 (walaupun aku dah mula blogging sejak 2005). Hari dah nak raya dan suasana pun gembira, maka aku pun cuba untuk jadikan berita nie sebagai berita gembira.

Aku nekad untuk memulakan kareer baru sebagai full time blogger dan sebagai “anak yang baik”, restu dari orang tua amatlah diperlukan. Maklumlah, baru nak berjinak dengan dunia blogging. Tapi blogging pun blogging jugak. Yang tak tahannya dah ada jiran pulak sibuk menyoal “oii kak kiah, anak kak kiah tu dah tak bekerja lagi ker? asyik duduk kat depan komputer jer tiap-tiap hari?”.

Rasa macam nak seligi kepala diaorang tue…
Apa dia ingat aku nie main game ker 24 jam?

So bila aku dapat GREEN LIGHT dari mak aku jer, aku pun mula blend kan diri aku dengan blogosphere. Apa sahaja info yang aku dapat, aku filter dan aku jadikan sebagai knowledge. Sekali tu, blog blogspot aku pernah menjadi satu official reference oleh Chitika.com (Chitika tuhh) sampailah sekarang ni. Yea… aku tak tipu. Sampai sekarang nie, masih lagi kekal. Yang bestnya, hanya blog aku dan blog Problogger (Darren Rowse) dipilih untuk tujuan itu. Kalau korang tak percaya, pergi ke F.A.Q page Chitika.com, pastu pergi ke soalan -Can I use eMiniMalls with Google Adsense?- lihat pada first paragraph, link no 2.

Okay, sambung balik pada topik asal.

Genap lebih kurang 1 tahun aku menjadi full time blogger, income aku sungguh sedap… tak tahu macam mana nak describe perasaan syukur nie. Dari Adsense, affiliate program dan jugak paid post, semuanya mendatangkan hasil. Apa yang pasti, aku sendiri memang tak pernah mendapat “GAJI” yang tinggi macam nie.

Memang betul apa kata success blogger yang lain, “blogging makes money”. Ada lebih, aku beri lebih pada mak bapak aku. Kiranya sampai sekarang nie, senyum diaorang masih lagi sampai telinga. Aku juga tak pernah riak dan membazir dengan wang yang aku ada. Malah, ramai dari kengkawan aku yang tak tahu apakah kerja aku sampai la nie…ekekekeke.

Tapi, kareer full time blogger aku tidak sampai ke kemuncaknya apabila aku berjaya menaiktaraf (upgrade) diri aku kepada satu lagi kareer yang amat sesuai. Aku suka dan aku amat yakin dengan apa yang aku buat nie. Ya… aku sekarang adalah seorang Usahawan Internet. Aku sentiasa mencari peluang yang ada di internet untuk menambah pendapatan. Tapi, aku tak pernah dan tak akan layan program-program yang membuang masa macam skim cepat kaya dan yang seumpamanya. Aku mahukan business yang long term dan legal.

Tiba pada satu tahap, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku menjadikan kareer ini sebagai perniagaan aku sendiri. Untuk masa hadapan yang lebih terjamin, aku perlu lakukannya kerana sebagai seorang full time blogger mahupun usahawan internet, aku tiada apa-apa yang boleh aku “pegang”.

Maksudnya, aku tiada KWSP, aku tiada PAYSLIP dan aku tiada PENYATA KEWANGAN. Ini agak berisiko bagi aku kerana pada masa hadapan, jika aku hendak mendapatkan loan untuk rumah baru, kereta baru dan seumpamanya, masalah lain pula yang akan timbul kerana pihak bank memerlukan semua dokumen yang berkaitan.

Jadi aku pun terus mendapatkan khidmat nasihat Alang dan juga Liewcf dalam hal ini. As a result, aku mengikut apa yang Liewcf sarankan dan aku telahpun register Izad Blog Network sebagai perniagaan sebenar aku. Dan alhamdulillah, masih banyak lagi “new internet business” yang akan aku pelopori.

Korang juga boleh mencari duit di internet sebagaimana yang aku buat kerana aku sebenarnya bukanlah orang yang sepatutnya berada dalam industri ini (sila baca siapakah aku). Yang penting adalah minat, kesungguhan dan kesabaran. Kalau baru 3 bulan menceburkan diri dan berharap akan dapat seperti apa yang orang 3 tahun terdahulu dapat, baik balik kampung tanam jagung. Jangan terlalu mengharapkan miracle.

Sekarang, aku memang tengah sedap menjual domain yang ada PR dan juga aged domain. Korang boleh baca tentang aged domain di blog OhMyWeird.com aku. Setakat ini, alhamdulillah perniagaan domain ini berjaya memberikan aku purata USD300++, lebih kurang RM1000 tiap-tiap bulan. So kalau korang perlukan aged domain untuk projek korang, just inform aku kategori domain jenis apakah yang korang perlukan (travel, love,technology and etc) dan aku akan tolong carikan pada harga yang berpatutan. Seperti semalam, Menj baru sahaja membeli dua aged domain dan aku boleh katakan Menj adalah seorang BUYER yang sangat bagus!!

So, carilah duit di internet sebanyak yang mungkin kerana perniagaan internet ini terlalu luas sangat potensinya!


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


3 Responses to “Carilah duit di internet sebanyak yang mungkin…”

  1. Easy money v/s Tough Money BUT Wang Mudah v/s Wang Susah? : rohaizad dot com Says:

    […] diteruskan dan bagi aku, aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada dan apa yang telah aku capai setakat hari ini. Tapi, tidak bermakna yang aku harus berhenti setakat ini kerana tiada sesiapapun […]

  2. Blogging untuk glamour atau blogging untuk duit? : rohaizad dot com Says:

    […] Pada aku, tidak salahnya bagi aku untuk memiliki kedua-dua jenis blogging ini. Aku pada asalnya memblogging atas dasar minat, kepuasan, perasaan dan keseronokan. Sampai sekarang pun perasaan itu tidak pernah padam. Tapi, apabila blogging telah berjaya merubah evolusi dunia pengiklanan, secara tidak langsung aku juga telah merubah transformasi blogger kepada seorang usahawan internet. […]

  3. rohaizad dot com » Bagaimana untuk menarik pembaca supaya lebih lama di blog kita. Says:

    […] menjadi seorang blogger terutamanya pelajar menengah mahupun IPT, teruskanlah niat untuk mencari pendapatan sampingan. Jangan sesekali membuat keputusan hendak berhenti belajar ataupun bekerja hanya kerana engkau […]

Leave a Reply