rohaizad.gif


Gunakanlah PING servis di PetalingStreet.org dengan BIJAK, bukan sebaliknya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Umum - Tarikh disiarkan: March 16, 2008 online

sengal.jpg

Mungkin ada yang tak berapa puas hati dengan entri kali ini, tetapi aku rasa sudah tiba masanya aku perlu menulis sesuatu tentang perkara ini. Antara faktor utama aku ingin mengutarakan topik ini sebenarnya disebabkan segelintir blogger yang tidak tahu adab dan protokol dalam menggunakan PING service.

Ya betul.
Aku dah tak tak tahan lagi dengan blogger-blogger yang masih lagi tak tahu apakah itu PING. Bukan maksud aku untuk merendahkan mereka yang baru belajar tentang istilah PING, tapi entri ini ditujukan khas kepada mereka yang sudah tahu, tetapi buat-buat tak tahu. Apa yang mereka lakukan hanyalah membuat semak dengan entri-entri bodoh mereka.

Kalau dilihat di PetalingStreet.org sendiri, setiap hari kita dapat lihat blogger-blogger sengal yang suka buat semak. Mereka ini adalah golongan yang langsung tidak hiraukan kesan dari apa yang mereka buat. Kita juga sudah maklum bahawa PetalingStreet.org akhir ini seolah-olah “hidup segan, mati tak mahu” tetapi itu bukanlah sebab utama untuk blogger-blogger sengal ni buat portal itu seperti abah dia punya.

Portal seperti PetalingStreet.org adalah satu portal yang telah berjaya menghimpunkan semua blogger di Malaysia sejak sekian lama. Portal ini juga ada sejarahnya yang tersendiri dan dari aspek seniority, ianya harus direspek oleh semua ahlinya. Walaupun blog PetalingStreet.org hampir setahun tidak di update, tetapi PING servis yang diberikan masih lagi maintain seperi dahulu. Cuma yang membuatkan aku dan ramai lagi blogger menyampah ialah perangai segelintir blogger yang tidak tahu menjaga portal ini dengan baik.


Apa masalahnya dengan segelintir blogger ini?

Senang sahaja.
Mereka ni suka PING sampai 3-4 kali dalam satu hari.
Kalau 4 kali PING satu hari tapi dengan entri yang berlainan (updated entry), itu tak mengapalah. Tapi kalau asyik PING entri yang sama jer, apa kejadahnya?
Paling memualkan, habis SEMUA ENTRI LAMA dia pun dia PING KEMBALI?
Apa hal`kan?
Blogger-blogger seperti ini ingat bagus dan betul sangat ker tindakan mereka tu?

Itu baru kes kecil.
Ada lagi yang lagi annoying dan memualkan.
Aku pernah melihat blogger yang 2-3 hari berturut-turut asyik PING entri mereka yang entah apa-apa entah, macam manalah blogger lain tak naik hangin. Aiseymen, come on lah geng… kita orang semua datang ke PetalingStreet.org untuk membaca entri-entri yang latest dari member yang lain. Ramai lagi member blogger Malaysia kita yang mempunyai artikel/ entri/ post dan blog yang informatif dan menarik untuk dibaca seperti Chanlilian, Mohd Ismail, AisyaRozi dan ramai lagi. Inilah yang kita mahu!

Itu okay lagi.
Ada ker paid post pun nak PING?
Apa kes?

Yang aku berasap sekali bila ada blogger yang PING blog aggregator mereka di PetalingStreet.org.
Ada ker patut?
Lagi satu kes, kalau setakat PING PetalingStreet.org berkali-kali semata-mata untuk inform gambar perempuan seksi sebagai latest entri di blog mereka, baik tak payah sebab banyak lagi website yang boleh tunjukkan secara UNCENSORED gambar perempuan BOGEL! Apa ada hal…

Pendek kata, kalau korang ada entri baru yang unik, kreatif, seronok dan berbaloi untuk dibaca oleh orang lain, gunakanlah PING servis dengan bijak. Tidak kisahlah kalau korang mempunyai 10 artikel sehari yang korang rasakan bagus untuk dikongsikan dengan orang lain, kita tak kisah. Malah Aiman pun tak kisah.

PING lah 10 kali sekalipun di PetalingStreet.org sebab sememangnya ramai yang ingin membaca entri korang itu. Malaysia ni pun bukanlah besar sangat. Jadi sama-samalah kita membina satu masyarakat blogger yang baik. Gunakanlah portal PING di PetalingStreet.org mengikut kewajipan, bukan atasa dasar traffic semata-mata.

Jadilah seorang blogger yang bijak.
Janganlah rosakkan PING servis yang telah sedia ada kerana kalau korang masih lagi ingin meneruskan perbuatan sebegini, korang sendiri akan kehilangan pembaca sedikit demi sedikit. Percayalah bahawa blogger yang bagus akan selalu memberikan kesan yang mendalam kepada semua pembaca blognya. Malah pembaca yang pertama kali singgah ke blog korang juga tidak akan teragak-teragak untuk subscribe blog korang kalau pengisian blog korang bagus.

Kesimpulannya, aku harap entri ini dapat membuka mata dan juga minda blogger-blogger yang mungkin selama ini tidak menyedari apa mereka telah buat. Janganlah ambil hati dengan perkataan sengal yang aku guna di atas kerana korang SEMEMANGNYA tak perlu pun nak ambil hati melainkan korang yang BUAT perkara-perkara yang aku sebutkan di atas!!!

*** Kalau anda rasakan blog ini sesuai untuk pengisian, santapan jiwa dan minda anda, sila subscribe Rohaizad Dot Com atau sila isikan email anda di ruangan yang telah disediakan di sebelah kanan blog ini. Terima masih!


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, pastikan anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan. Sebarang catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda. .


« « Berapa lama anda blogging dalam 24 jam?*** Link exchange PERCUMA! » »

Kuasakan Enjin Anda !! Iklan anda Iklan anda Iklan anda

Sudah 13 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Andrew OoiNo Gravatar said:

    Saya dah berhenti ping PetalingStreet.org untuk seminggu :)

  2. adminNo Gravatar said:

    andrew- you have a good blog and good contents. terus gunakan PING at PetalingStreet.org because it really help others blogger in Malaysia. I even support a blogger like you. Just keep it up!

  3. MoneyNo Gravatar said:

    Saya baru dalam dunia blog ini. Terima kasih kerana tunjuk ajar..

  4. adminNo Gravatar said:

    No problem… asalkan kita inginkan improvement, itu dah kira bagus kan?

  5. […] I do not intend to blog today, but I then I saw this blog post -Gunakanlah PING servis di PetalingStreet.org dengan BIJAK, bukan sebaliknya. I read that the author complained that people should not ping posts containing pictures of nude […]

  6. AisyahNo Gravatar said:

    *ahakz* ada orang sebut nama *ahakz* saya. huhu.

    erm.. bagus entri ni. erm..memang kecewa bila lihat ada orang yang ping macam tu. tak ke mereka rasa bersalah kerana violate that service sampai macam tu sekali? kita, bloggers, dah diberi peluang untuk ping entri kita, janganla violate service tu. ke memang segelintir malaysian memang mcm tu? tengoklah facilities kita.

    ps, kadang2 saya ter-double ping my entry. itupun rasa malu sebab nampak bodoh. haha.

  7. adminNo Gravatar said:

    aisyah, “ter-double” PING entri tidak mengapa sebab tidak membawa apa-apa maksud kerana jarak antara kedua-dua PING itu dah menunjukkan yang ianya tidak sengaja. tetapi yang jelas, ramai blogger sengal yang double/triple PINg pada jarang yang tersangatlah jauh. satu dibawah, dan tetiba jer PING entri yang sama ada plak kat atas!

    apa kes?
    ekekeke…

  8. […] - here. English - here. Related PostsDon’t ping and show your *&-.*=*#@&.Ping […]

  9. […] - here. English - here. Related PostsDon’t ping and show your *&-.*=*#@&.Ping […]

  10. catzerNo Gravatar said:

    aku yg sengal ni lebihlah tak pernah ping mana2 post aku..kuikuikui

  11. nuarxNo Gravatar said:

    haiya… satu ping sudah la untuk satu post. dan kalau boleh post tu berkualiti la. haiya…

  12. rohaizadNo Gravatar said:

    tu lah pasal…
    dia ingat PING tu macam tekan loceng rumah ker…
    ting…! ting..!! ting..! ping.. ping.. ping .. ping!!

  13. zakeriNo Gravatar said:

    errrr….
    takder ker mekanisme yg boleh mem”block” sekiranya mereka yg sengal tu ping entri yang sama??

    p/s:Jadilah blogger yg beretika.