Ingin beriklan? Sila klik di sini


Easy money v/s Tough Money BUT Wang Mudah v/s Wang Susah?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 19, 2008 online

worker.jpg
image credit to archive.org

Yang mana satu pilihan hati?
Bekerja di bawah panas mentari yang terik atau duduk menekan keyboard setiap hari sekaligus melihat wang masuk ke dalam akaun bank?
Tentulah ramai yang memilih perkara yang kedua kan?

Tetapi, bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai.
Hidup mesti diteruskan.
Rezeki masing-masing.
Kita disuruh mencari rezeki untuk menyara keluarga. Seperti yang aku katakan di atas, ada wang mudah (easy money) dan ada juga wang susah (tough money). Tapi ada ker “WANG” yang susah dalam dunia ini? Bukankah WANG/DUIT membawa maksud “SENANG”?

Untuk hari ini, banyak yang aku dah pelajari dari apa yang berlaku sekeliling. Bersyukur adalah satu dari kaedah kita untuk terus belajar supaya kita tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tidak kiralah sama ada India, Cina ataupun Melayu, GRATEFUL adalah satu perasaan yang perlu sentiasa ada di dalam setiap keluarga.

Aku sebenarnya terpanggil untuk menulis suara hati aku setelah aku melihat video ini. Dalam video berdurasi 4 minit nie, korang dapat melihat apakah yang sebenarnya berlaku kepada 30 orang kanak-kanak Bangladesh di negara mereka sendiri. Kanak-kanak ini terpaksa melakukan kerja seorang ayah padahal mereka adalah seorang anak, mereka bekerja sebagai abang walaupun mereka itu sebenarnya berpangkat adik atau senang cerita, mereka terpaksa melakukan kerja orang dewasa walhal mereka cuma kanak-kanak. Dan yang paling menarik, guru mereka di sekolah hanya dibayar $15 untuk sebulan GAJI….!!!!!!!!!!

RM45 sebulan.. cuba korang bayangkan.
Inilah yang dinamakan wang SUSAH.
Sungguh susah bagi mereka untuk mendapatkan wang walaupun RM50.

Sekali lagi, hidup mesti diteruskan dan bagi aku, aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada dan apa yang telah aku capai setakat hari ini. Tapi, tidak bermakna yang aku harus berhenti setakat ini kerana tiada sesiapapun yang tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.Oh yaa…

Bagi yang belum ada akaun Blogitive.com, korang bolehlah mendaftar untuk program terbaru mereka iaitu LinkNerve.com.
LinkNerve.com sama konsepnya dengan Kontera, LinkInPost-LinkWorth dan TLA inLinks. Walaupun masih dalam Beta, aku sudahpun mendapat bayaran 3 hari lepas.

Korang akan dapat email dari LinkNerve.com sebaik sahaja advertiser membeli word-link yang mereka mahu dalam post di blog korang. Satu word-link dibayar sebanyak $5.00. Tinggi tuhh…. dan lagi satu, payment dibayar on the SPOT!

Mungkin inilah yang dinamakan WANG MUDAH (easy money)…. don’t forget to GRATEFUL.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 7 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mira said:

    Hmmm.. sejak duduk kat Jakarta nie, kita memang boleh lihat byk kes2 seperti yang dipaparkan dlm video tu. Tau2 la kat sini. Yang kaya, terlampau la kaya dan yang miskin tersangat la miskin. Seperti langit dan bumi.. Susah nak cari yang ditengah2.. memang dah biasa tgok budak2 kecik bekerja dan pengemis di jalanan memang byk.. Kesian jugak tgok tapi sy sendri tak dpt nak buat ape2. Kalau tak silap, skarang ni kerajaan Indonesia mcm buat satu undang2 tak boleh beri sedekah kat di jalanan. Sy tak tau la berita nie betol ke tak. Dengar2 camtu je. mcm pelik. kalo sedekah, nanti kena didenda kalau kena tngkap pihak berkuasa. Tujuan diorg maybe nak kurangkan pengemis and galakka diorg berkerja dari mengemis tapi mcm tak kena je cara diorg.. Buat mcm tu, tapi tak buat ape2 nak tingkatkan taraf hidup diorg.. aihh.. tak tau la pe nak jadi..

  2. rohaizad said:

    ye ker Mira?
    Rasa-rasanya bleh ker kerajaan Malaysia buat macam tuh?

    One for sure, kalau kita nak bersedekah, tak semestinya kita perlu bersedekah di tepi jalan, betul tak?

    Yang pasti, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Itu pun jika kita tidak mengharapkan apa-apa balasan….

    Selamat menyambut Maulidur Rasul…

  3. [...] telah membuatkan aku terus klik link login di blog ini. Komentar pertama yang datangnya dari Cik Mira kita ini sememangnya membuatkan fikiran aku menerawang adakah kerajaan Malaysia mampu untuk membuat [...]

  4. Mira said:

    Hmm.. sy tak berapa pasti.. tapi itu la yg kwn2 sy ckpkan.. sy bukan dgr dr sorg pihak je.. tapi sy tgok, tak berkurang pun bilangan diorg..

    Sy stuju sgt dgn pendapat tu. byk lagi cara lain kite boleh bersedekah..

    Selamat menyambut Maulidur Rasul.. =)

  5. [...] tahap yang lain pula, ada juga blogger yang merasakan blogging incomenya juga semakin bertambah. Begitu juga dengan adsensenya. Dengan satu lagi niche blog network yang [...]

  6. abahfateh said:

    duit mudah atau duit susah yang pentingnya berkat. Ada orang dapat duit senang hari2. Tapi hati tak tenang. Susah juga tue.

    Setiap kali dapat duit – ucapkan Alhamdulillah. Ingat mereka yang lebih susah – sedekahlah mana perlu.

    Kalau kehilangan harta – ingatlah mungkin ini balasan Allah yang kita tak sedar buat. Mohonlah petunjuk.

    Insya-Allah.. sesusah/sesenang mana kita, yang ESA jangan dilupakan. :)

  7. rohaizad said:

    tak dapat dinafikan tuh…