Entri Istimewa Sempena Maulidur Rasul.

Satu komen yang agak menarik telah membuatkan aku terus klik link login di blog ini. Komentar pertama yang datangnya dari Cik Mira kita ini sememangnya membuatkan fikiran aku menerawang adakah kerajaan Malaysia mampu untuk membuat sama seperti apa yang kerajaan Indonesia buat. Kurang faham? Sila klik link “Cik Mira” untuk membaca cerita asal.
Ya,
Entri ini sebenarnya adalah satu entri istimewa untuk hari Maulidur Rasul (12 RabiulAwal tahun Gajah) sempena KELAHIRAN BAGINDA dimuka bumi ini. Aku mintak maaflah pada yang masih lagi tak tahu apa itu maksud Maulidur Rasul ataupun Maulud Nabi. Adalah memalukan sekali jika korang tak tahu dan tak ingat akan tarikh ini. Bagi yang tidak pernah bergotong-royong dalam menyambut hari Maulud Nabi ini di masjid-masjid ataupun surau-surau, mungkin korang boleh jadikan itu sebagai alasan untuk korang “tak tahu”. Tapi bagi yang pernah terlibat, maka adalah malu besar bagi korang untuk mengatakan tak tahu apa itu Maulidur Rasul dan Maulud Nabi.
Hakikatnya,
Ramai yang tahu birthday Britney Spears.
Ramai yang hafal tarikh birthday Mawi.
Ramai yang ingat birthday KrisDayanti.
Ramai yang tulis dalam organizer tarikh hari lahir vokalis HUJAN - Noh -.
Ramai yang set kan birthday Siti Nurhaliza di handphone masing-masing.
Ini adalah salah satu hari yang paling “besar” dan bersejarah dalam sejarah Islam. Sejarah aku, sejarah korang dan sejarah mereka yang lain. Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul nie tak ubah seperti public holiday yang lain. Aku bercakap nie bukan untuk korang semata-mata, malah untuk diri aku sendiri juga. Aku pun tahu yang aku bukannya bagus tapi at least, aku tahu yang pada 1429 tahun yang lepas … pada hari yang sama, pada minggu yang sama, pada bulan yang sama Nabi Muhammad dilahirkan. Rupanya sudah lebih 1000 tahun Nabi meninggalkan kita. Lagi sekali aku ulang, dah lebih 1000 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita.
Dan sebagai entri untuk hari yang mulia ini, aku ingin sekali berkongsi sedikit renungan apa yang aku rasa wajar untuk dikongsikan bersama. Idea ini juga adalah satu kesinambungan dari apa yang telah dikatakan oleh Cik Mira kita. Bersedekah… itulah intipati yang akan aku kembangkan kerana sudah lama ideologi bersedekah ini diabaikan dalam kehidupan kita seharian. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang… semua yang kita buat kalau boleh biarlah berorientasikan duit or money oriented.
So inilah dia:
1. Kita boleh bayar RM50 untuk sekali karaoke session di RedBox, tapi kita susah sekali nak dermakan RM50 tu kepada orang-orang buta.
2. Kita boleh berhabis beribu ringgit untuk kereta kita dalam masa setahun, tetapi apabila dihitung balik, barulah kita tahu yang jumlah duit itu sebenarnya sudah lebih dari apa yang kita boleh bayar untuk UMRAH ibu dan bapak kita.
3. Kita sanggup berhabis untuk awek atau balak kita, tapi kita SUSAH sekali untuk berhabis untuk tabung masjid walaupun seminggu sekali pada hari Jumaat.
4. Dulu, masa kita tiada kenderaan untuk bergerak… kita selalu berharap bahawa ada orang akan tumpangkan kita di waktu hujan. Tapi selepas ada kenderaan, kita tak pernah berhenti untuk menumpangkan walau seorang warga tua walaupun pada hari itu cuaca tidak hujan.
5. Kita masih lagi sanggup berikat perut hendak main games ataupun kuda, tetapi kita selalu terlupa yang jiran kita tidak cukup makan dan pakaiannya.
6. Kita asyik bertanyakan mana orang kawasan nie semua? Kosong jer masjid kawasan ni? Tetapi kita hanya selalu bertanya tanpa pernah untuk menjawabnya. Malah kita tidak pergi pun ke masjid.
7. Kita boleh duduk blogging lebih dari 12 jam. Tapi, amat susah untuk kita nak angkat bontot kita dari kerusi itu walaupun untuk 10 minit berwuduk dan bersembahyang.
8. Kita tahu yang waktu Maghrib itu dalam pukul 7.00 pm hingga pukul 8.00 malam, tapi kenapa kita hendak jugak menonton wayang yang filemnya bermula pada pukul 6.45 petang?
9. Kita sedar yang kita tidak akan sempat untuk bersembahyang Asar di rumah kerana jalan sesak, jadi kenapa kita tak mahu singgah di masjid ataupun surau yang ada sebelum kita sampai ke rumah?
10. Akhir sekali, kita tahu yang menderma itu satu perbuatan yang amat bagus untuk mengelakkan kepapaan dan kemiskinan, tapi mengapa kita tidak masih lagi merasakan yang RM10 tu banyak untuk didermakan. Ohhh… RM10 itu untuk duit makan… tapi beli rokok bolehkan?
Selamat menyambut Maulidur Rasul semua….
*** Kesemua 10 perkara di atas menggunakan kata nama “kita“, bukan aku, engkau ataupun korang. Jadi harap faham yea…
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
March 20th, 2008 at 11:01 am
10 perkara yang dinyatakan di atas memang kena dengan situasi skrang nie.. Sgt stuju dgn rokok tu! Tak patut betol la.. bukan sahaja membazirkan wang ringgit tetapi juga menghancurkan diri sendri.. Bagi sesiapa yg merokok tu, fikir2 kan la ye..
March 20th, 2008 at 6:43 pm
Nasib baik aku dah berhenti merokok… ekekeke. Tapi sebenarnya bukan merokok sahaja sebab mencerut (hisap cerut), memaip (hisap paip) dan menshisha (shisha) pun sama….
ekekeke…
(marah bila anak mintak duit lebih ataupun bila isteri mintak belanja dapur lebih - walhal dia jugak yang nak makan tuh- tapi bila bab rokok, selamba dog jer .. membenarkannya..)
May 27th, 2008 at 8:16 pm
[…] “RM50? Banyaknya!!!??? “ Seperti yang aku katakan di atas, terpulang pada kemampuan. Lagipun, kita ni bila tiba bab bersedekah… kita mesti nak berkira. Tapi kalau bab merokokn macam takde apa-apa jer. Lagi satu contoh macam bab berkaraoke di RedBox yang sekali masuk boleh mencecah RM50.00 (weekend), tak pernah pulak kita berkira ye tak? Siap sanggup pinjam duit member lagi! (baca mengenai RedBox di entri aku yang bertajuk Entri Istimewa Sempena Maulidur Rasul). […]