Blogger Malaysia bukanlah “GOBLOK- BODOH” lagi…
Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.
Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.
Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
Kalau korang masih lagi ingat, maknanya kenyataan yang diberikan oleh Menteri Penerangan kita dulu itu agak “keromo” berbanding apa yang diulaskan oleh Menteri Penerangan kita yang baru. Aku sendiri merasakan Menteri Penerangan kita yang baru ini lebih rasional kerana pendekatan yang dibuat oleh beliau nampak lebih professional dan lebih selamba.
Blogger adalah manusia biasa yang membaca, melihat, mendengar dan “memblogging”.
Apa jua info yang diterima akan dikongsi bersama tetapi blogger juga boleh melakukan kesilapan. Blogger bukanlah Malaikat (angel) tetapi apa yang penting adalah bagaimana maklumat itu disampaikan. Tidak dinafikan yang ada segelintir blogger yang kerjanya “menyampaikan” saja tanpa dia sendiri tahu akan keadaan sebenar (blogger kepoh la ni).
Tetapi bagi blogger yang mempunyai bukti kukuh tentang “kesalahan/kejahatan” yang dibuat oleh “orang yang berpengaruh” maka ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh yang lain dan pihak yang tertentu perlulah mengambil jalan keluar dan menyiasat akan hal tersebut. Contohnya jika seseorang menteri itu melakukan KORUPSI ataupun perkara yang salah di sisi undang-undang, mereka memang patut dihukum.
Blogger bukanlah “alien” ataupun mahkluk asing”.
Blogger adalah orang biasa yang suka berkongsi idea, rasa dan juga pendapat masing-masing. Janganlah dilihat blogger ini sebagai orang yang suka menyebar fitnah. Kadang-kadang, blogger dilemparkan dengan kata-kata kesat walhal apa yang ditulisnya adalah BETUL dan BENAR. Mereka tahu akan kesahihan tentang sesuatu cerita. Malah, ada juga blogger yang terdiri daripada YB, selebriti dan juga MENTERI.
Jadi, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebenarnya telahpun meletakkan blogger sebagai orang yang bijak pintar. Beliau tahu akan KUASA blogger dan bagaimana untuk “DEAL” dengan blogger. Mungkin beliau juga adalah seorang blogger barangkali? Siapa tahu kan?
So Datuk, kalau Datuk mempunyai blog sendiri… janganlah malu-malu untuk memberitahu kepada kami alamat (URL) blog Datuk kerana kami juga ingin tahu apa yang Datuk fikirkan. Saya rasa Datuk tahu bagaimana untuk menghubungi saya.
p/s: untuk blogger-blogger yang berada di kedudukan “Juara Komen”, korang akan di tag oleh aku… nantikan saja…
heh…heh…heh….
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
- DEBAT KHAS: Dato Ahmad Shabery Chik mengarut! Apa sudah jadi? Tak relevan langsung !!!
- Janganlah jadi penakut, wahai blogger Malaysia!
- Gunakanlah PING servis di PetalingStreet.org dengan BIJAK, bukan sebaliknya.
- Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?
- Blogging untuk glamour atau blogging untuk duit?
March 22nd, 2008 at 5:48 am
Aku baru je blogging but thanks zad for info
March 24th, 2008 at 6:22 am
[…] seperti yang telah aku katakan pada entri yang lepas, aku akan tag semua blogger yang listed di kolum Juara Komen. Mereka […]
July 15th, 2008 at 6:46 am
[…] ingatkah lagi entri aku yang lepas mengenai betapa keterbukaan kerajaan untuk blogger yang telah ditunjukkan oleh Menteri Penerangan Dato Ahmad Shabery Chik? Dalam entri tersebut, aku […]