Blogging untuk glamour atau blogging untuk duit?

Masih ramai lagi yang bertanyakan kepada aku tentang stok domain yang ada PR ataupun PR domain. Buat masa ini, aku ingin minta maaf kerana stok PR domain semakin berkurangan.
Apapun, aku tetap akan dapatkan sebanyak mungkin stok untuk PR domain ini kerana kebanyakan PR domain yang ada dalam portfolio aku telahpun digunakan untuk network niche blog aku yang baru…heh…heh…heh…. Anyway, kepada semua pembeli domain yang pernah berurusan dengan aku, terima kasih diucapkan!
So balik kepada isi yang aku nak discuss hari ini iaitu blogging untuk glamour ke atau blogging untuk duit?
Sememangnya blogging sekarang sudahpun menjadi satu dunia “bunian” yang amat indah. Di dalamnya terdapat satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kepuasan sebenar berblogging itu dapat dirasai apabila seseorang blogger itu mula mengambil kerusi, menekan butang ON di PC masing-masing, login dan berakhir dengan lampu hijau yang tidak berkelip di modemnya.
Selepas itu, senyuman mula terukir apabila melihat kotak emailnya penuh dengan berita-berita dan juga komen yang hanya dia sahaja yang faham. Pada saat itu, semua orang di dunia ini tidak mengetahui langsung apa yang ada dalam fikirannya. In fact, orang yang ada disekelilingnya pun kadang-kadang tidak menyedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan gembira yang amat sangat. Ada yang merasakan dirinya semakin glamour, dikenali, dipuji dan tidak kurang juga ada yang merasa dunia bloggingnya lebih seronok dan lebih bahagia dari kawan sekuliahnya, sepejabatnya dan juga ahli keluarganya sendiri.
Pada tahap yang lain pula, ada juga blogger yang merasakan blogging incomenya semakin bertambah. Begitu juga dengan adsensenya. Dengan satu lagi niche blog network yang dia sedang usahakan, pastinya income bloggingnya akan terus bertambah. Perasaan ini nampak lebih kurang sama saja dengan manusia yang lain, tapi dalam dunia blogging… perasaan ini sebenarnya hanya dapat dirasai antara sesama blogger sahaja.
Pada aku, tidak salahnya bagi aku untuk memiliki kedua-dua jenis blogging ini. Aku pada asalnya memblogging atas dasar minat, kepuasan, perasaan dan keseronokan. Sampai sekarang pun perasaan itu tidak pernah padam. Tapi, apabila blogging telah berjaya merubah evolusi dunia pengiklanan, secara tidak langsung aku juga telah merubah transformasi seorang blogger kepada seorang usahawan internet.
Atas desakan dan permintaan daripada dunia pengiklanan jugalah telah membuatkan aku menjadi seorang penjual PR domain (Domainer). Aku tahu…. malah korang juga tahu bahawa banyak blogger di luar sana telah “dihenyak” Pagerank mereka oleh Google dan akibatnya, online income mereka telah susut sedikit demi sedikit. Tetapi yang seronoknya, semakin banyak pula peluang pengiklanan (rezeki) yang timbul selepas “Google penalize” ini. Jadi mari kita terus buat duit !!!
Sambil memblogging kerana hobi, blogging juga boleh memberi lebih banyak pendapatan yang sudah sememangnya PASTI!
Dan seperti yang telah aku katakan pada entri yang lepas, aku akan tag semua blogger yang listed di kolum Juara Komen. Mereka ialah:
Kepada semua ‘tag victim” di atas, silalah beri pendapat dan juga definisi korang yang tersendiri:
Adakah korang blogging untuk glamour atau untuk duit?
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
March 25th, 2008 at 1:45 am
setuju tu. Saya baru blog tapi rasa lebih baik dapat connect dengan orang lain di luar secara maya.
Pasal duit tu mungkin kemudian2 kot.
March 25th, 2008 at 1:56 am
kemudian-kemudian tu boleh tapi janganlah lambat sangat yea.. rezeki anak banyak lagi kat muka bumi nie… tak gitu abah?
March 27th, 2008 at 12:50 am
kemudian2 bukannya lambat.. kena ada strategi sikit. Dapat hits byk baru sedap letak benda2 tue..
produk/blog –> promo –> sales —> income –> profit.
April 29th, 2008 at 9:03 pm
[…] Seperti yang aku katakan tadi, aku blogging untuk life aku sendiri dan jugak untuk life orang lain (blogging untuk […]
August 22nd, 2008 at 1:47 am
[…] skill yang ramai dari kita tahu tetapi tidak ramai yang mengamalkannya termasuklah aku. Damal dunia blogging, Sebenarnya, memang cara ini terlalu mudah untuk dibuat dan dilaksanakan tetapi malangnya, ianya […]
August 22nd, 2008 at 8:15 am
blogging sebenarnya cukup menyeronokkan terutamanya melibatkan topik yang anda gemari. dalam masa yang sama anda juga dapat membina komuniti dan berkenalan dengan rakan-rakan baru.
slumberajas entri yang terkiniSunday Morning - Maroon 5 Cover - Hayley Legg
August 22nd, 2008 at 7:05 pm
kedua-duanya ok tak?
megats entri yang terkiniKena Tag, Kena Lah Jawab
August 22nd, 2008 at 9:59 pm
Boleh kot.. dan memang itu yang terjadipun.. wahahahaa
August 24th, 2008 at 7:44 am
[…] aku pernah untuk kenakan tag kepada beberapa blogger tapi sayangnya tak mendapat feedback. Takperlah, tak laku kot tag aku tu […]