Ingin beriklan? Sila klik di sini


Apabila “orang-orang besar” bersuara – apa sudah jadi?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 25, 2008 online

Perbualan ini memanjang ketika bapak aku sedang leka menonton televisyen. Mak aku yang masih lagi bertelekung terus mendengar dengan penuh khusyuk apa yang dibebelkan oleh kakak aku. Sambil orang tua tu mengurut-urut dahinya, dia pasti yang perbualan itu sememangnya menggangu sembahyang Isyaknya.

Kakak aku: “Apa guna pilihanraya kalau yang dipilih itu ditolak?”
Bapak aku: “Betull… buat apa diadakan election kalau keputusan tak laku…. penat jer orang yang bekerja masa election itu hari..”
Emak aku: : “Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ni?”
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Sorang ke timur, sorang ke barat”
Bapak aku: “Betul tu.. tak pernah terjadi mende macam ni sejak zamak Tunku Abdul Rahman”
Emak aku: “Apa sudah jadi dengan orang Melayu ni?
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Dulu, orang Melayu berpuak… UMNO dengan PAS…”
Bapak aku: “Betul… sekarang UMNO dengan UMNO pun nak Menteri Besar masing-masing”
Emak aku: “Malu betullah… kalaulah Tunku Abdul Rahman ada lagi, mesti dia sedih”
……………………………………………………………………………………………
Kakak aku: “Siap sembahyang hajat pulak tuh”
Bapak aku: “Betul…walhal bukannya nak pergi perang Uhud atau Perang Badar”
Emak aku: “Entahnya, kan dah menang…. tinggal nak buat keje jer”
…………………………………………………………………………………………….
Kakak aku: “Apalah nak jadi dengan UMNO sekarang nie…”
Bapak aku: “Something wrong somewhere…”
Emak aku: : “Kena muhasabah banyak nie…”
…………………………………………………………………………………………….

Aku. Memikir.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 3 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zakeri said:

    Politik sekarang ni bukan untuk negara…tapi untuk poket sendiri…

    kalau ikut hukum hudud,semua settle…orng islam yg murtad selamba jer…kalau ikut hukum, WAJIB…diulang WAJIB bunuh!!!

  2. rohaizad said:

    ZAKERI – Wahhh… tegas betul komen :)

  3. mijie said:

    hoho dulu amik port pasal politik, skrg dah bosan sbb banyak sgt benda yg tak betul aku saksikan dan lalui, tak kira lah dari pihak mana….asalkan parti politik