Akhirnya, terbeli juga….
Ini adalah antara hari Jumaat yang paling kelakar dalam hidup aku.
Kisahnya bermula 2 hari lepas bila mamat sekor ni (jiran aku) bertanyakan pada aku pasal motor. Sesibuk aku memblogging, sesibuk itu jugalah mamat ni ushar aku untuk modified motor yang aku beli bulan lepas. 2 bijik motor sebelum nie dah habis dibuat “atuk” oleh 2 orang adik aku. Tapi apapun alhamdulillah, rezeki blogging nie semakin murah nampaknya. Lepas beli motor, dapat pulak aku sambar henpon Samsung. Best kan blogging nie?
Balik citer pasal motor, mamat sekor ni memang power kalau bab-bab motor. Tinggal lagi kalau aku nie tak cukup iman, memang aku dah tukar pakai motor tiap-tiap minggu sebab mamat sekor ni kalau pasal “review” bab-bab motor, memang dasat. Walhal dia cuma pakai Honda Ex-5 jer, umur pun baru 22 tahun. Aku rasa kalau Reviewme ngan Sponsoredreviews amik dia sebagai reviewer, kaya mamat nie.
So nak dipendekkan citer, 2 hari lepas dia kata ada satu kedai kat Kangkar Tebrau yang jual sport rim. Harga dia memang boleh compete dengan kedai yang ada kat area aku nie. Dia jugak kata yang motor aku nie kalau ditukar rimnya kepada sport rim, memang nampak cun. Aku yang pada mulanya bo layan dengan “ayat” mamat nie, rasa semacam jer.
Dia kata:
“Abang nie umur dah 29 tahun, dah tua tau tak?
Cubalah jadi muda sket.
Pasanglah sport rim, ini pakai rim biasa… tak rugged betul.
Ikut kajian pakar-pakar motor, memasang sport rim itu boleh menaikkan seri muka penunggang motor!
Awet muda… tengok Valentino Rossi tuhh!
Kepala hotak dia!
Mana punya mazhab kata macam tu pun, aku tak tau.
Pedih ulu hati aku mendengornya. Tapi, kata-kata dia memang sungguh pedih. Cuma sebagai orang yang lebih dewasa, aku bagilah nasihat pada dia. Aku kata “tak payah pasang sport rim pun boleh lari 140km/j, apa ada hal…” lebih kurang gitu aku cakap pada dia.
Tapi petang tadi lain pulak ceritanya.
Lepas sembahyang Jumaat, aku cucilah motor aku sebab semalamkan hujan lebat, ribut petir kat JB. Dengan lidi rim yang halus mulus tu, memang tertekan aku nak membasuhnya. Tension…tension. Dalam hati aku, ada jugak berkata “kan bagus kalau pakai sport rim, senang nak basuh”.
So aku set pukul 5.00 aku nak pergi tengok kedai tu. Entah ya ke tidak apa yang dikatakan budak sekor tu pun aku tak tau. Jadi, lepas aku cuci motor, aku pun shoot ke Kangkar Tebrau untuk riki kedai motor tu.
Sampai jer, mata aku terus berpinau, hati aku kelam kelibut, jiwa aku merentan, nafas aku berderau bila melihat kedai motor yang BURUK ni. Kedai lama yang buruk tu sebijik tak ubah sama macam dalam filem Bukit Kepong. Uzur sungguh. Kedai dua tingkat tu memang bangunan lama, diperbuat dari kayu lagi. Sekali pandang, macam dalam filem Leftenan Adnan. Teringat pulak kedai runcit kat Durian Tunggal, kampung mak aku.
Tapi bukan itu masalahnya.
Masalahnya sekarang nie ialah stok yang ada kat kedai motor tu. Mak datuuuuuk… punyalah complete!
Cakap jer korang nak apa, semuanya ada. Aku yang tadi hanya cuma nak survey jer, terus panggil tokey tu untuk tengok display set sport rim 5 batang. Banyak giler sport rim yang ada kat kedai tu. Sakit mata aku. Tapi bila aku sampai ke satu area tu, tetiba je aku terpandang Yamaha LC punya sport rim. Aiseymen, warna putih tuuuu… memang kena dengan warna helmet aku. Geram tak geram aku terus tanya pada tokey tu:
“Berapa ni uncle?”
Dia jawab: “Depan belakang, gua kasi lu RM160…”
“Hah?”
Dia jawab lagi: “Apa pasal?”
Tada apa-apa. Kedai tutup pukul berapa?
Dia jawab: “Lagi 2 jam gua tutup…”
ATM paling dekat mana?
Dia jawab: “Lu start engine motor, itu sana Taman Daya ada Maybank”
Perghhh… gila apa?
Murah giler!
Aku pun terus menjadi Valentino Rossi dan terus memecut. Sampai je kat lap trafiic light nak masuk ke Taman Daya tu, ada road block la pulak. Chehhh… aku dah lah nak cepat nie, ada pulak peperiksaan pertengahan jalan. Nasib baik aku lulus. Sampai bank, aku cucuk duit. Pastu, terus zoom balik ke kedai tu. Sampai kedai, aku terus suruh budak kat kedai motor tu tukar sport rim. Memang dah nasib badan, sport rim kaler putih tu cuma tinggal SATU jerrr!!
Fuhh…akhirnya, terbeli juga sport rim di petang Jumaat.
Memang tak dijangka dan tak pernah terlintas nak beli sport rim ini. Celaka punya budak, pasal ko lah aku terbeli sport rim nie. Anyway, sekarang sport rim tu dah ada pun kat motor Yamaha Lagenda aku ni. Tinggal untuk menantikan review yang baru dari mamat sekor tu pulak esok….. celaka!
Ni ada sikit gambar yang aku sempat amik dengan henpon Samsung aku masa sport rim aku dipasang:






…………………………………………………………………………………………………..
Untuk gambar full motor aku dengan sport rimnya yang baru, esok aku akan bubuh kat entri yang baru….nantikan …
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
March 28th, 2008 at 9:46 pm
[…] yang telah aku janjikan pada entri yang sebelumnya, inilah motor yang aku beli bulan lepas hasil dari duit blogging. Tapi sebelum korang melihat ke […]
April 17th, 2008 at 6:24 am
[…] macam traffic light rosak. Kejap menyala, kejap tidak. Apalagi, aku pun terus hidupkan enjin motor GABAN aku dan terus pergi ke Plaza Angsana. Sampai sana, aku mintak amoi kedai komputer tingkat 4 tu […]