*** Posted in: Orang, Sekilas | March 30th, 2008 ***

Ciumlah aku! - apabila bercium dihalalkan oleh Anuar Zain.

sixpence_non_thericher.jpg

Aku dah lama nak up pasal cerita ni tapi masa tak mengizinkan. Biasalah, Sabtu dengan Ahad adalah hari berlibur dan blogger pun perlukan masa untuk itu.

So kes bercium yang dihalalkan oleh Anuar Zain ini benar-benar membenakkan kepala hotak aku. Aku tak tahulah dari mana Anuar Zain dapat keberanian untuk mengeluarkan kenyataan sedahsyat ini. Selama ini, aku agak respek dengan penyanyi nie sebab mak bapak dia adalah orang yang dihormati. Malah aku pun sendiri minat dengan Anuar zain ni. Kalau tak, takkanlah aku sanggup melalak menyanyi lagu dia bila aku karaoke.

Tapi, bila dia sendiri dengan selamba membuat kenyataan “Aiman tak kisah…” itu, maka bermulalah satu era yang membingungkan bagi ramai tokoh-tokoh agama dan juga alim ulama’. Sekali pandang, memang tak ubah seperti kenyataan yang dibuat oleh Sixpence None the Richer (Lagu: Kiss me.)

anuar-zain.JPG
………………………………………………………………………………………………………..

Pada aku, kenyataan seperti ini sungguh mencabar Islam itu sendiri.
Wae’mah kalau Nabi Muhammad S.A.W masih hidup pun, aku rasa mau Anuar Zain tu di “brainwash”. Mungkin bagi peminat Anuar Zain (terutamanya perempuan) akan merasa tak best dengan apa yang aku ulas, tapi aku rasa masih ramai lagi peminat Anuar Zain yang bersetuju dengan aku. Cuba bayangkan bahawa akan terciptalah satu “budaya” bercium yang akan diikuti oleh peminat fanatik Anuar Zain suatu hari nanti.

Anuar perlu sedar bahawa dia adalah public figure.
Apa yang dikatanya, akan dijadikan satu nasihat oleh peminatnya.
Apa yang dibuatnya, akan diikuti oleh peminatnya juga.
Jadi apabila Anuar menghalalkan perempuan yang bukan muhrim untuk menciumnya, maka janganlah Anuar terperanjat apabila peminatnya itu sendiri mula bercium sesama mereka di hadapannya nanti. ***Sekilas - katakanlah Anuar Zain mempunyai anak lelaki (dewasa) nanti, adakah dia akan “okey” apabila anak lelakinya dengan selamba menyambung budaya bercium ini?
“Ayah boleh buat, takkan saya tak boleh buat?”


Hey, korang jangan main-main dengan hal sebegini sebab peminat di Malaysia ini lain sikit.

Lain macam mana?
Yelah, kalau kenyataan sebegini dikeluarkan oleh penyanyi yang “high class” macam Anuar tetapi tidak disusuli dengan maklum balas dari tokoh-tokoh agama di dada-dada suratkhabar, maka ramailah yang akan menganggap budaya bercium “Secretary Week” ini HALAL dan “tak apa…”. Ditambah lagi dengan mereka yang jiwa dan imannya tak kuat. Sebab alasan mereka senang saje. Kalau Anuar Zain boleh buat, kenapa aku peminat setia dia tak boleh buat?

Haaaa….. saper nak jawab?
Kemanakah arah dan tujuan Lelaki Ini ?

“Ciuman hanya terbatas di pipi sahaja. Namun, semua ‘aksi’ ini adalah untuk keseronokan sahaja. Saya mahu mendekatkan diri dengan peminat. Tujuan saya tidak lebih hanya untuk menghiburkan mereka tanpa sebarang niat lain,”

Kan ker best kalau dia tukar ayat warna merah tu dengan “Tuhan”…..

p/s: minyak dan air takkan boleh bersatu…MATLAMAT tak menghalalkan cara, CARA yang menghalalkan MATLAMAT…masih belum terlambat untuk Anuar Zain…


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


One Response to “Ciumlah aku! - apabila bercium dihalalkan oleh Anuar Zain.”

  1. menjNo Gravatar Says:

    Orang yang tak ada ilmu agama akan merapu macam ni la…

    menjs entri yang terkiniBertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com

Leave a Reply