Apabila “orang-orang besar” bersuara - apa sudah jadi?
Perbualan ini memanjang ketika bapak aku sedang leka menonton televisyen. Mak aku yang masih lagi bertelekung terus mendengar dengan penuh khusyuk apa yang dibebelkan oleh kakak aku. Sambil orang tua tu mengurut-urut dahinya, dia pasti yang perbualan itu sememangnya menggangu sembahyang Isyaknya.
Kakak aku: “Apa guna pilihanraya kalau yang dipilih itu ditolak?”
Bapak aku: “Betull… buat apa diadakan election kalau keputusan tak laku…. penat jer orang yang bekerja masa election itu hari..”
Emak aku: : “Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ni?”
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Sorang ke timur, sorang ke barat”
Bapak aku: “Betul tu.. tak pernah terjadi mende macam ni sejak zamak Tunku Abdul Rahman”
Emak aku: “Apa sudah jadi dengan orang Melayu ni?
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Dulu, orang Melayu berpuak… UMNO dengan PAS…”
Bapak aku: “Betul… sekarang UMNO dengan UMNO pun nak Menteri Besar masing-masing”
Emak aku: “Malu betullah… kalaulah Tunku Abdul Rahman ada lagi, mesti dia sedih”
……………………………………………………………………………………………
Kakak aku: “Siap sembahyang hajat pulak tuh”
Bapak aku: “Betul…walhal bukannya nak pergi perang Uhud atau Perang Badar”
Emak aku: “Entahnya, kan dah menang…. tinggal nak buat keje jer”
…………………………………………………………………………………………….
Kakak aku: “Apalah nak jadi dengan UMNO sekarang nie…”
Bapak aku: “Something wrong somewhere…”
Emak aku: : “Kena muhasabah banyak nie…”
…………………………………………………………………………………………….
Aku. Memikir.
Blogging untuk glamour atau blogging untuk duit?

Masih ramai lagi yang bertanyakan kepada aku tentang stok domain yang ada PR ataupun PR domain. Buat masa ini, aku ingin minta maaf kerana stok PR domain semakin berkurangan.
Apapun, aku tetap akan dapatkan sebanyak mungkin stok untuk PR domain ini kerana kebanyakan PR domain yang ada dalam portfolio aku telahpun digunakan untuk network niche blog aku yang baru…heh…heh…heh…. Anyway, kepada semua pembeli domain yang pernah berurusan dengan aku, terima kasih diucapkan!
So balik kepada isi yang aku nak discuss hari ini iaitu blogging untuk glamour ke atau blogging untuk duit?
Sememangnya blogging sekarang sudahpun menjadi satu dunia “bunian” yang amat indah. Di dalamnya terdapat satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kepuasan sebenar berblogging itu dapat dirasai apabila seseorang blogger itu mula mengambil kerusi, menekan butang ON di PC masing-masing, login dan berakhir dengan lampu hijau yang tidak berkelip di modemnya.
(more…)
PetalingStreet.org ada Kipas Susah Mati!
Kalau korang terror, apa persamaan yang ada dalam screenshot ini?
………………………………………………………………………………………………………………….
Yothemans…. now you are the MAN!!!
Perrgghhh….. lotih mato den ni haaaa….
Aku-budak. Budak-aku.
Hari Sabtu, cuti!
Semalam aku bawa anak saudara aku ke Zoo (Safari Saleng Senai).
Aku suka.
Diaorang suka.
Aku gembira.
Mak diaorang gembira (sebab aku belanja).
Diaorang lagi gembira.
Aku rasa biasa saja.
Diaorang masih terus rasa gembira. Budak-budak dengan orang tua tak sama.

Selamat Datang ke Zoo Safari Saleng!!!
(more…)
Blogger Malaysia bukanlah “GOBLOK- BODOH” lagi…
Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.
Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.
Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
(more…)