
Tadaaaaa…..!
Seperti yang korang sedang lihat, laman blog ini telah bertukar daripada warna lamanya (MERAH) kepada warna yang berunsurkan aqua (BIRU). Dan yang pastinya, 2 kolum masih lagi berjaya menarik perhatian aku kerana bagi personal yang sebegini, ianya amatlah sesuai berbanding blog terbaru aku iaitu GizmondoNews dot com (3 kolumn).
Agak sejuk jugalah mata ini apabila melihat warna biru ini berbanding warna yang sebelumnya. Memang aku sendiri rasa selamba dengan theme baru nie. Credit untuk BrianGardner. Aku amik theme dia, pastu aku ubah ikut selera aku. Lagipun, aku tukar theme baru ini pun sebab ada pembaca blog ini yang suggestkan supaya jangan pakai warna yang “menjolok mata”… he..he…he… thanks pada yang CARING tu yea…. you know who you are…
Kepada pembaca dan juga semua pelawat baru, Selamat Datang sekali lagi ke blog Rohaizad dan pastinya aku akan sajikan korang semua dengan entri-entri yang agak sesuai untuk disumbatkan ke dalam minda korang. Setidak-tidaknya, biarlah blog ini dapat menjadi teman di kala korang boring, tertekan dan ketika korang naik hangin dengan bos korang. Untuk kaum wanita yang masih lagi tercari-cari teman hidup, blog ini juga amatlah sesuai untuk tujuan itu… he…he…he……
Apa-apapun, nantikan entri aku yang akan datang. Theme baru, mood baru dan idea juga mestilah baru kan?
Tak gitu?
p/s: eerrrrr… ada yang tak suka dengan theme nie ker?