Ingin beriklan? Sila klik di sini

Entri untuk KITA sempena Hari Buruh.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: April 30, 2008 online

pekerja-muda.jpg

Esok adalah hari buruh/pekerja kan?
Sepatutnya esok hari adalah hari yang paling besar dalam dunia. Tiada hari yang lebih besar dari hari esok sebab semua orang terlibat pada hari itu. Mereka yang ada pekerjaan tidak boleh lari dari ditarik hidungnya supaya mengingati tanggal 1hb Mei. Aku, kau, mereka dan sesaper sahaja berhak mendapat right masing-masing dalam hari itu. Tak kiralah sama ada kita baru bekerja ataupun sudah 50 tahun bekerja, ini adalah hari KITA.

Tapi macam mana kita nak merayakan hari nih?
Saper yang patut dirayakan?
Raya yang macam mana?
Seronok ker merayakan hari pekerja nie?

Aku sendiri pun kadang-kadang tak faham kenapa hari buruh/pekerja nie diasaskan.
Apa pekdahnya?
Apa kejadahnya?
Berkesan ke hari ini untuk orang yang mengaku diri seorang pekerja?
Siapakah pekerja sebenarnya?
Pekerja kontrak, pembancuh simen? penyambut tetamu? salesman? webmaster? driver lori? pengkaji meteor? lawyer, majistret? blogger? blogger pun bekerja jugak kan? :)

Actually, aku pernah bekerja di Carrefour dan juga Jaya Jusco tapi tak pernah terlintas di fikiran aku mengatakan yang hari buruh/pekerja ni satu hari yang beshh. Lagi rasa tertekan adalah sebab orang lain sibuk rilek kat rumah, aku sibuk kat tempat kerja. Helo… ada sesaper yang boleh bagi aku satu “ayat” yang cantik mengenai hari buruh/pekerja ni?

Macam yang aku katakan tadi, ini adalah entri untuk kita. “What’s up with you people?”

Aku perlukan seorang guru forex!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 30, 2008 online

belajarforex.JPG
…………………………………………………………………
Ya…. seorang insan bernama Rohaizad telah membuka hatinya untuk kembali menerima forex sebagai salah satu lagi kerja dalam kehidupan sehariannya.

Sesiapa yang rasa berani ingin menerima aku sebagai muridnya, aku pun sudah bersedia untuk menuntut ilmu dari mereka. Area Johor Bahru adalah satu kelebihan.

Terima kasih!!!!

Pendapatan sampingan – itulah adsense!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 30, 2008 online

adsense.jpg

Dulu masa mula-mula buat adsense, setakat melihat angka kosong ataupun “telur” kat account adsense aku tuh, memang standard-lah kan. Itu memang perkara biasa setiap kali aku membuka account adsense aku. Kadang-kadang tu tak sanggup rasanya nak melihat “telur” tu. Pernah jugak aku ketawa melihat nilai kosong. Pagi kosong, tengah hari kosong.. malam pun kosong!
Orang lain dapat beratus-ratus ringgit sebulan, aku jangankan ratus … nak dapat satu hari seposen pun Masya-Allah… azab sungguh!

Tapi aku bukan jenis cepat menyerah.
Selagi aku tak dapat sebab-musabab yang logik mengenai income adsense aku, aku akan terus mencari, menggali dan berkorban. Kini, setelah bertungkus lumus study tentang keyword dan jugak seo, ternyata pengorbanan itu tidak sia-sia. Malah, semakin tinggi semangat aku untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan sampingan di internet ini.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Blogger jenis apa engkau ini? – review aku untuk Suhaimi Sulaiman.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: April 29, 2008 online

suhaimisulaiman.jpg

Waktu aku sibuk menekan papan keyboard Dell ini, aku baru sahaja habis menonton satu rancangan talkshow dari blogger untuk blogger kelolaan Suhaimi Sulaiman di channel Awani Astro (30hb April 2008- 11.00 pagi). Sebenarnya, tajuk rancangan talkshow itu ialah Perspektif Kita, cuma aku yang tambah “dari blogger untuk blogger” sebab brader Suhaimi Sulaiman jugak seorang blogger (ayat aku sendiri).

Brader Suhaimi ni sebenarnya dah lama gak berblogging, sejak dari tahun 2005 lagi. Macam aku jugak. Tapi bezanya brader Suhaimi nie berblogging untuk life dia, aku plak blogging untuk life aku dan jugak life orang lain (bear with me, I will tell you later). So dalam episod kali ini, tajuknya memang menarik iaitu “Apabila rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana”. Fuhhh…. dasat beb. Aku suka dengan tajuk ni. Fact and figure.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

No Un’sangka’rable anymore.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 29, 2008 online

Streamyx aku dah ok!
Syabas inspector sahab bombay police station!

Terjemahan 1: kepada semua brader Streamyx yang “berdedikasi”, tahniah dan terima kasih bebanyak sebab streamyx aku sekarang dah ok (walaupun 3 minggu takleh pakai).

Untuk Streamyx: kalau aku bayar untuk 1 minggu jer takleh ker? 3 minggu line takleh pakai? :)

The Un”sangka”rable Part II.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 21, 2008 online

jamesbond.jpg

So inilah episod ke-2 dari episod yang pertama.
Buat yang ke sekian kalinya, aku masih lagi membuat aduan kepada TMnet berkenaan masalah yang sedang aku hadapi. Cuma kali ini, aku dah tak nak buat aduan by phone. Aku terus direct pergi ke TM Taman Pelangi. Main branch untuk Johor Bahru.

Tetapi ada 2 perkara menarik yang aku cakap dengan officer TM kat counter tu.
Aku tanpa segan silu pun membuat komplen secara lisan (tiada tumbuk-menumbuk yea…) tentang betapa kecewanya aku dengan technician yang 2 kali datang ke rumah aku. Bukan itu sahaja, aku ada juga memberitahu officer tu bahawa bukan aku sahaja yang mengalami masalah ini, si Anuar pun rupa-rupanya senasib dengan aku. Jadi, bertambah seronoklah aku sebab ada jugak insan malang yang terpaksa melihat betapa rancaknya DSL light indicatornya berkelip.

Keputusannya, 24 dari sekarang akan ada technician yang datang ke rumah aku. Adakah “technician” hari itu akan datang sekali lagi ke rumah aku?

Jeng…jeng…jeng…. !
Nantikan episod ke-3 dan aku harap biarlah episod ketiga ini akan jadi episod yang terakhir. Tak sanggup lagi dah hidup tanpa internet!!!

Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Orang - Tarikh diterbitkan: April 21, 2008 online

star-wars.jpg

Arrghhh…..!!!!
Aku paling ngeri apabila dapat email yang bertanyakan soalan yang sedemikian.
Kalau ikutkan hati…. aku malas nak layan pengirim email yang ber”hati kering” seperti ini tapi kalau tak balas, rasa bersalah-lah pulak sebab orang yang berhati kering nie kadang-kadang selalu buat keputusan untuk jangka masa pendek. Tu yang bahaya tu.

So balik kepada topik yang aku nak kongsikan hari ini; Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?

Selepas entri aku berhubung income aku setakat 15hb April, aku ada menerima soalan dari blogger-blogger yang nampaknya sungguh berminat untuk buat duit dari blog memasing. Apa yang aku boleh katakan pada mereka-mereka ini semua adalah jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi seorang fulltime blogger. Berhenti kerja dan terus menjadikan blogging satu pekerjaan tetap adalah satu keputusan yang semestinya akan merubah kehidupan kamu selamanya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Berapakah income aku setakat 15hb April?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 18, 2008 online

Hari Jumaat sebenarnya adalah hari yang paling aku suka.
Aku tak taulah kenapa tapi memang hari Jumaat selalu membuatkan aku rasa cool. Boleh dikatakan kalau hari Jumaat jer, tension aku jugak akan berkurangan. Stress pun hilang cenggitu jer… apalagi kalau kepala nie rasa letih semacam. Mungkin pasal nama bapak aku Jum’at kot.

Dan hari ini aku ingin berkongsi satu info yang agak peribadi. Aku harap info ini akan dapat membangkitkan semangat dan juga motivasi bagi semua blogger di Malaysia ini untuk lebih gigih dalam mencari rezeki yang halal di Internet.

Jadi inilah income aku dari 1hb April hingga 15hb April 2008.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya