*** Posted in: Internet, Spesifik | April 2nd, 2008 ***

Domain Pizza.com sedang dibida pada harga USD2 juta!

pizza.jpg

Berita ini memang salah satu berita yang best bagi orang yang menjual domain macam aku. Bukanlah bermakna aku akan dapat share dari penjualan domain tu tapi, analisis yang akan dibuat pada hari-hari yang mendatang akan menjadikan domainer seperti aku lebih bersedia dan lebih bijak.

Ya….!
Domain Pizza.com sedang dibida pada harga USD2,000,000 lebih.
Maknanya dalam RM6,300,000 juta ringgit Malaysia!!!!!
Tapi pada saat korang membaca entri nie, aku rasa harganya dah melonjak kot. Sebab USD2 juta ialah pada harga 29hb Mac yang lepas. Aku kuat merasakan yang Pizza.com akan mencecah ke USD3 juta sebab kalau Vodka.com dulu boleh dijual pada harga USD3 juta (pada tahun 2006), inikan pula Pizza kan?

Seperti yang aku kata pada entri-entri yang terdahulu, bisnes domain ini adalah satu bisnes yang sungguh lumayan. Dengan hanya bermodalkan puluhan dollar, kita boleh mendapat ratusan dollar. Kalau kita berhabis ratusan dollar, kita boleh dapatkan ribuan dollar dan seterusnya. Tetapi bagi orang yang tidak tahu bagaimana bisnes ini dijalankan, janganlah korang terus terjun ke dalam bidang ni kerana bisnes domain adalah bisnes yang agak complex.

Korang perlu tahu menilaikan “value” sesuatu domain untuk berjaya dalam bisnes ini. Korang kena pandai “sizzle” domain description, top-tier one word, banned domain, archive domain, PR domain, aged domain, DMOZ listed, Yahoo! listed, Google listed, rare domain, keyword domain, generic domain, LLL, LLLL, NNN, NNNN, CVCV, VCVC, CCVV, VVCC, L-L-L, N-N-N, Geological domain, combo domain, one dictionary word domain, people name domain, high demand industry domain dan macam-macam lagilah. Aku sendiri mengambil masa 2 bulan untuk study bisnes domain ni. Jadi aku nasihatkan korang studylah dulu sebelum duduk dalam industri ini. Jangan cuba untuk mengambil jalan yang singkat. Kalau tak, membazir jer…

Oh yaaa… seperti domain Cosmoloan.com aku yang lepas (dijual pada harga USD225-beli pada harga USD5.99), satu lagi domain aku telah mendapat offer pada harga USD200 (techwebster.com). Buyer tu perlukan domain nie untuk forum webmaster baru dia. Adakah aku akan jual domain ni pada harga tu atau aku akan simpan untuk offer yang lebih tinggi…?

Nantikan jawapannya….


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


2 Responses to “Domain Pizza.com sedang dibida pada harga USD2 juta!”

  1. BobNo Gravatar Says:

    huhu.. sodap! $2,605,000 sekarang.. tinggal sehari saja lagi..

  2. rohaizadNo Gravatar Says:

    biasalah… bid akan rise last-last minit nanti bob. aku target last bid akan lebih dari Vodka.com.

Leave a Reply