Sejauh manakah kebolehan blog Melayu anda menjana duit?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: April 4, 2008 online

melayu.jpg

Soalan di atas sebenarnya ditujukan kepada mereka yang “benar-benar” mengharapkan duit sampingan melalui blog Melayu mereka. Aku agak risau bila ramai budak-budak Malaysia nie yang komplen kenapa tak boleh buat duit dari blog Melayu masing-masing. So ini adalah pendapat aku. Kalau korang rasa tak best, terpulang.

Sebenarnya, aku masih lagi merasakan yang blog Melayu takkan ke mana. Woo…wooooo….janganlah cakap aku ni prejudis, sebab aku ni pun Melayu. Bacalah dulu sampai habis kawan…. lagipun, English aku pun masih lagi di tahap cipan.

Pada aku, bila mana kita kata pendapatan sampingan melalui blog, 99% selalunya bergantung kepada traffik. Dari situ jer, kita dah boleh buat duit. Di sinilah datangnya evolusi pengiklanan. Pengiklan sanggup membayar dengan harga yang tinggi hanya bila blog kita mendapat traffik yang tinggi. Samalah halnya kalau pendapatan melalui affiliate. Lagi tinggi traffik, lagi tinggilah kebarangkalian orang nak beli. Apalagi kalau click dari program Adsense.

Pokoknya, perkataan “traffik yang tinggi” ini sinonim ker dengan blog melayu?
Cuba fikir dan jawab sendiri.
Berapa jutakah pembaca melayu di dunia ini?
Wa’emah blogger “Melayu” di Malaysia ni pun tak seramai mana.
Aku cakap benda yang betul…fact…and …figure. So what the hell?
duit_online.jpg
Aku memang cukup menyokong pengiklan-pengiklan di Malaysia.
Tetapi seperti yang kita ketahui, kita 5 tahun di belakang orang barat sinun. Banyak lagi yang perlu dibuat. Sungguhpun begitu, congrats pada Nuffnang, Advertlets dan yang lagi 2-3 tu.

At least, the first step has begun. Untuk mereka yang tak sabar melihat duit dari radius Malaysia, bersabarlah sedikit.

Beginilah, cuba bayangkan pendapatan dari salah satu blog English aku yang tak semegah mana tu pun. Bangsat-bangsat pun boleh generate lebih kurang RM15.00 sehari (dari Adsense). Apa kes?

Inilah maknanya “traffik yang tinggi” yang aku katakan tadi.
Bila kata pasal traffik, jangan lupa pada pembaca, bila kata pasal pembaca, jangan lupa pada visitor, bila kata pasal visitor, jangan lupa berapa ramaikah pembaca blog melayu kita di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sekarang, balik pada soal tujuan kita untuk blog bahasa Melayu.
Adakah korang boleh “baca” kebolehan blog Melayu korang?
Sejauh manakah ia boleh pergi?

Kalau korang rasa tak boleh pergi jauh, pastikan kita juga ada blog English bersama. Bahasa Melayu jangan dibuang, bahasa Inggeris jangan ditolak.

Tapi kalau masih lagi tetap ingin menjana income dalam blog bahasa Melayu, apakata kalau korang cuba sewakan space korang untuk blog rakan yang lain…hanya seringgit untuk sebulan …koman-koman dapat duit jugak kan?

**p/s: Bob, aku rasa ko tau dari mana aku ciplak artikel nie.. (walaupun ini adalah artikel aku sendiri…wahahahhaaaa!)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 34 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mohd Ismail said:

    aku ade keyakinan yg tinggi utk blog bahasa Melayu.. =) mungkin hari ini jana wang dgn blog bahasa Melayu mungkin agak janggal, tetapi 4-5 tahun lagi siapa tahu.. blog bahasa Melayu akan sama tinggi trafik’nya dgn blog bahasa inggeris..

    kesedaran internet di malaysia makin meningkat.. =)

  2. Bob said:

    emmmm… blog mungkin keberkesanannya agak kurang. sebab personal to personal. kalau forum insyaAllah. dia lebih kepada komuniti. mungkin bukan sekarang yg mana kata mael. kita tengokkkkk… ;) sebenarnya boleh. kena ada pemangkin. jadi lah org pertama! ramai yang akan follow up. serious beb.

  3. rohaizad said:

    mail – aku still lagi tak nampak radius blog Melayu nie.

    bob – aku suka dengan perkataan pemangkin. tapi seluas mana pengaruh blog Melayu?

  4. Bob said:

    pengaruh tu akan kuat kalau melibatkan benda yang betul betul ada ciri hak dan mutlaknya ;) sebagai contoh http://anwaribrahimblog.com/

    capaian pembaca dia menyamai purata pencuci mata di pasar malam. muahaha..

  5. rohaizad said:

    wakakakaka

  6. kita said:

    blog bahasa melayu akan power jika orang kita sendiri yang memartabatkan…contoh bahasa indonesia…coz ramai orang bijak it translate bahasa

  7. rohaizad said:

    tapi di manakah pakar IT kita?
    aku sendiri dah naik bosan untuk menunggu segala khazanah kutub khanna mengenai IT, internet,blogging di kedai-kedai BUKU.

    apa yang ada hanyalah cerita pasal “bagaimana nak kaya melalui ebay, MLM, motivasi internet” dan semua yang aku rasakan merapu. tidak ada buku yang menterjemahkan secara langsung cara untuk guide orang Melayu dari langkah pertama.

    kadang-kadang naik tension jugak ayik melihat pasal sesetengah jutawan internet nie…balik-balik dia, balik-balik dia… tapi aku tak nampak lagi budak didikan dia yang berjaya macam dia…cehhhh!

    cakap berapi!

  8. laling said:

    Hi Rohaizad :D

    Kewujudan wajah muka anda kat mybloglog membawa laling kesini sebagai tanda membalas kunjung mengunjung…ermm Thanks for your visit and I see your blog guna bahasa selamba dan bijak dalam SEO and make use of it.

    For this entry laling rasa blog Bahasa Melayu akan pergi jauh kalau you buat advertiser company sendiri promoting payperpost in BM.

    ermm tujer nak kata.

    All the best untuk Rohaizad.

    regard
    laling
    KL

  9. rohaizad said:

    hai laling…
    you kot yang buat macam payperpost itew…
    you kan ker femes… hik..hik..hik… :)

  10. nuarX said:

    aku rase, buat mase ni better kena ada blog yang gune dua2 bahase. BI and BM. tapi kena berusaha la improvekan BM pnyer. sbb ade potensi. lagi pun kalau tak orang melayu gune bahase melayu, sape lagi nak gune.

  11. [...] Sejauh manakah kebolehan blog Melayu anda menjana duit? (175 views) [...]

  12. muhafis said:

    ak cume suke2 je berblogging.. n ak rase kalau nak pegi jauh tetap kne ade english blog.. cause nak harapkan nuffnang ngan adverlets……… hahah agak arr.. ak pun x join adsense, just affiliate msia.. tue yg better pkai blog malay je ek

    muhafiss entri yang terkiniUpin & Ipin ~ Setahun Kemudian

  13. rohaizad said:

    Takper, lagipun aku cuma kata apa yang benar jer.

  14. tivitune said:

    blog melayu pun bagus apa. Sekarang sudah maju berbanding dulu.

    tivitunes entri yang terkiniEpisode 4 – The Finger in the Nest

  15. blalang said:

    rohaizad, first time aku tersesat kat blog ni. content blog ni mmg best. tahniah

    Salah satu blog aku trafik 5-6 ribu visitor sehari..pendapat aku blog Melayu boleh tingkat trafik tapi nak buat duit online tu yg susah sikit. Contoh pay per post semua tu yang tak boleh terima blog melayu.

    boleh generate income cuma sikit ler..Sikit boleh la tapi nak dapat rm5-6 ribu sebulan macam ko buat aku rasa misi mustahil dgn blog melayu…kena harapkan nuffnang dan adverlets baper sgt yang diaorang bagi..

    kena buat teknik gray hat utk iklan adsense di blog melayu huhu

    blalangs entri yang terkiniSoftware percuma

  16. rohaizad said:

    Betul tu blalang, aku setuju. Sebab tu aku galakkan budak Melayu supaya develop blog Inggeris jugak.

  17. [...] (blog berbahasa Inggeris). Aku set up banyak blog sebagai network aku sendiri tapi bukan di dalam blog berbahasa Melayu. Tanpa mengganggu blog peribadi aku yang lain, aku mula mempromosikan blog network aku agar khidmat [...]

  18. [...] bermakna aku menghina bahasa aku sendiri. Tetapi kita sedang mengatakan tentang bagaimana untuk menjana pendapatan dari [...]

  19. alin said:

    ” hai semua…saya baru masuk blog ni.mmg topic hangat…. Menarik..saya ada satu soalan nak
    tanya. Saya keliru dgn web ni, http://www.vemmabuilder.com. Betul ke boleh dpt rm5000 sebulan ni.ntah betul ntah tidak ni..?”

  20. [...] korang baca posting di blog rohaizad dan titan, blog Melayu dianggap kurang sesuai untuk menjana duit dari [...]

  21. kita said:

    memang btul bro….kena banyak sabar ler untuk permulaan

  22. rohaizad said:

    ALIN – Soalan itu tidak kena pada masanya. Sebab itu adalah soalan yang berkaitan dengan network business. Apa-pun, saya akan jawab. Jawapanna YA kalau kena pada gayanya.

  23. afiq said:

    hiii tuan2 dan puan2 semua.

    jika anda semua adalah orang yang pentingkan kesihatan diri anda sila layari web site ini….

    http://(sori- aku padam- link-ko-wordpress.com/

    EN FAIZAL : 019 – xxx xxxx

    lengkap dan murah…

    thank

    by afiq

  24. rohaizad said:

    AFIQ – Aku pantang betul bila orang nak menjual barang tapi tak kena pada tempat.

  25. kehkehkeh…promosi yang xkena tempat…tapi aku rasa aku pon akan aktifkan balik blog english aku tetapi dalam masa yang sama cuba jugak untuk memartabatkan blog bahasa melayu…

    even ada sorang blogger indonesia pon tulis diblog dia supaya semua blogger indonesia cuba untuk berblog dalam english….

  26. rohaizad said:

    Yup. Betul kata ko tu Mazuki.

  27. fauzi said:

    aku minat juga nak buat blog tapi ramai orang nak buat blog kena bahasa inggeris tapi selepas baca
    catatan rohaizad fikiran aku dah berubah plak!

    malaysia web design

  28. aku pun nak buat juga

  29. aku sudah buat

  30. mamat said:

    kalau target nk jadi kaya nk cari duit saja usahkan bahasa melayu,bangsa melayu pun org xpandang.jangan abaikan bahasa dan bangsa kerna wang

  31. buat apa

  32. syukran said:

    jauh lagi perjalanan..”saya tidak gagal lagi, tapi saya hanya baru berjumpa dengan 2549 cara yang salah”..heheh…femes kan ayat mcm ni..

  33. [...] lepas pada 4hb April 2008, aku pernah menyuarakan secara jujur isi hati aku mengenai sejauh manakah kebolehan blog Melayu boleh menjana duit. Entri tersebut adalah antara entri yang terawal di dalam blog ini. Baru 3 bulan usianya ketika [...]

  34. boss said:

    aku pun sebenarnya masih kabur dengan potensi blog melayu ni.. tapi ada market juga tu..