*** Posted in: Orang, Sekilas | April 5th, 2008 ***

Siapa kata perempuan tak boleh kencing berdiri?

pee.jpg

Ya, siapa kata?
Dari dulu lagi aku dah kata perempuan memang boleh kencing berdiri cuma mereka jer yang tak mahu. Masa aku kecik dulu pun, aku pernah tanya pada orang tua aku, kenapa lelaki boleh kencing berdiri, perempuan mesti kencing duduk (cangkung)?
Jawapan yang aku selalu dapat dari orang tua ngan sister-sister aku semuanya sama. Orang lelaki selalu “nak cepat!”

Heh…heh…heh….
Kalau 10-20 tahun dulu bolehlah diaorang pakai jawapan ni sebab dulu memang orang perempaun tak ramai yang bekerjaya. Sekarang sorrylah brader… orang perempuan pun dah setanding dengan lelaki siot. Silap-silap korang sendiri pun bekerja di bawah telunjuk bos perempuan … apa kes?

Tapi, aku takde lah nak katakan yang bos perempuan korang tu kencing berdiri… (kalau ada pun, bukannya aku tahu pun kan?). Cuma aku rasa mungkin diaorang (perempuan) pun akan menimbangkan untuk kencing berdiri satu hari nanti bila “nak cepat!”. Ini bukan andaian aku sebab kalau korang dapat jumpa menatang nie dalam purse diaorang, memang confirmlah perempuan tu advance. Diaorang dah kencing berdiri.

Apa menatang-nya tuh?

whizbiz.jpg
…………………………………………………………………………………..
Ini adalah Whizbiz.
Gadget ini hanyalah untuk perempuan sahaja.
Ia dicipta untuk memudahkan kaum perempuan supaya senang untuk kencing berdiri tanpa membasahkan kain yang mereka pakai. Aku rasa tak payahlah aku tunjukkan cara nak memakainya sebab ini bukannya blog “ladies”. Just untuk share info yang amat berguna bagi mereka yang betul-betul perlukan gadget nie.

Woyy…woyy..woyy…. janganlah rasa malu dengan apa yang aku cerita kat sini.
Takde niat langsung untuk aku merendahkan martabat kaum perempuan, apalagi untuk bercerita tentang benda yang mungkin agak sensitif sebegini. Seperti yang aku katakan tadi, ianya amat berguna bagi mereka yang betul-betul memerlukannya seperti orang-orang tua yang mempunyai masalah terlalu kerap buang air tetapi dalam masa yang sama, dia juga mempunyai masalah sakit pinggang. So tak payahlah diaorang nak cangkung, bangun, cangkung.. .bangun. Untuk perempuan yang selalu pergi camping pun, aku galakkan korang simpan gadget nie dalam beg korang.

Nak tau dengan lebih lanjut, korang pergilah lihat sendiri kat laman web diaorang ; WhizBiz.


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


11 Responses to “Siapa kata perempuan tak boleh kencing berdiri?”

  1. AisyahNo Gravatar Says:

    laaa… ingatkan menatang ni untuk wanita2 korporat yang sibuk tak ingat dunia. haha… hmm… kalau untuk golongan orang2 tua tu mmg berguna la tu. kesian jugak eh, diorang sakit pinggang nak bercangkung. tapikan, bukan ke ada jamban duduk tu?

  2. rohaizadNo Gravatar Says:

    bukan semua rumah ada jamban duduk kan?
    urban house memang ada.. tapi desa house?

  3. Mohd IsmailNo Gravatar Says:

    ini emergency boleh la.. ha ha.. atau pun nak show-off kat mana2 yg pompuan pun boleh kencing berdiri..

  4. BobNo Gravatar Says:

    wakakak.. kalau melayu lah. cuba korang bayangkan! huduh perangai kecing bediri. purata yang membeli alat ni ramai tak agaknya? aku ada baca benda alah ni dulu. ianya mcm pampes pakai buang.

    gadis gadis berbaju kurung! jangan kau cuba benda ni. kau nak senseng dari bawah ka nak tarik dari atas kain tu?

    tapi untuk lebih murah boleh guna botol air mineral yang kecik tu. agak agak tak tahan potong serong dan kenakan pada alat sulit. wakakaka.. lawak lawak. mcm mcm dunia sekarang.

  5. rohaizadNo Gravatar Says:

    mail - aku rasa kat mana-mana pun boleh. sebab lagi secure dari lelaki. kalau lelaki pun gabra jugak, kena cover.. perempuan tak nampak langsung…”tak pedihkan mata”…. :)

    bob - nie bukan pampers pakai buang bob. ini sebagai “salur saliran” jer…. aku sukak perkataan senseng tuh.. wakakakaka.. teringat kat kg parit melana durian tunggal…!

  6. BobNo Gravatar Says:

    ya ada.. benda nya sama.. buleh isi dalam beg tangan.. kira mcm modes la kot.

  7. rohaizadNo Gravatar Says:

    aku pun tak tahu kisah yang sebenarnya, macam mana rasanya sebab manalah pernah pakai…wakakaka

  8. MiraNo Gravatar Says:

    Penah baca pasal bende nie kat blog orang lain. Ade demonstration plak tu. Err.. cam pelik je. Alasan tak nak bagi kain basah? Lol. Tapi kalo sebab orang tua bermasalah nak buang air, takpe la gak. =.=”

  9. rohaizadNo Gravatar Says:

    demonstration?
    fuhh.. kontroversi juga rupanya….
    tapi, just think positive je la kan?

  10. Adakah anda meniduri wanita TULEN? : rohaizad dot com Says:

    […] jer buat gempak tadi… Ingat lagi pasal entri ini? Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan? Komplen !!!! Komplen […]

  11. menjNo Gravatar Says:

    Aku patut belikan benda ni….wahahaha, mesti marah tunang aku siot.

    menjs entri yang terkiniBertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com

Leave a Reply