Kalaulah mimpi boleh di visualkan…

Sekarang jam tepat menunjukkan 12.00 tengah malam.
Aku masih lagi tersengguk-sengguk di depan meja komputer nie sambil tersenyum membalas email, gChat dan juga YM! yang bersepah di paparan skrin monitor aku. Kadang-kadang tu lain yang di taip, lain pulak orang yang menerima.
Bila tengah discuss pasal SEO dengan budak dari negara India, tak pasal-pasal member sekolah lama yang dapat…. sedang cerita pasal politik Malaysia, domain buyer aku yang kat Canada tu plak yang tercengang bila melihat nama Dr Mahathir ngan Pak Lah muncul kat YM dia… cerita pasal blogging, budak forum Digitalpoint plak yang terperanjat. Aku memberi, diaorang kenalah menerima…. kacau jiwa aku malam nie.
Program esok untuk temankan member aku ke Kota Tinggi pun aku terpaksa cancelkan. Alamat lusalah dapat temankan dia pergi nengokkan kolam baru ikan keli ngan lintah dia. Nasiblah ko Mizi…. adehh, kacau betul jiwa aku.
Kesemua 25 blog aku hari ni pun aku tak habis update. Separuh jer yang aku buat sebab takde mood langsung. Satu-satunya perkara yang aku buat dan menggembirakan hati aku hari ni ialah aku memotong rambut pada tahap G.I-2. Memang sah jiwa aku kacau !!!!
Walaupun jiwa aku masih lagi kacau dek kerana mimpi pagi tadi, aku masih lagi boleh tersenyum di depan kamera. Tak tahulah kenapa mimpi selepas Subuh tadi memang seronok tapi yang pasti, aku sanggup email semua member lama aku balik (masa study kat Melaka dodulu) untuk bertanyakan khabar.
Andai katalah ada teknologi yang boleh memvisualkan semua mimpi harian manusia, akulah orang pertama yang akan membelinya.
Kompom!!!
Semua kenangan yang pernah terpalit semasa aku study dulu kembali muncul dalam mimpi aku.
Satu persatu slot kehidupan aku dari aku duduk asrama hingga rumah sewa di monitorkan kepada aku dalam keadaan minda di bawah sedar. Aku nampak motor Kriss 1st Malaysia Edition aku (sampai skang ada lagi wooooo….! - tapi kat Selangor, adik aku pakai), kelas aku, member Melaka aku, member Selangor aku dan yang paling penting, wanita yang pernah jadi “suri” jiwa aku, –e–n. Kalaulah dia membaca entri ini, aku mau dia tau yang aku tak pernah pun lupa semua yang dia pernah katakan pada aku dulu. Jiwangnya…. ~~~
Indah nian istana bunian… adeh, jadahnya aku merepek ni.
Pengalaman waktu usia sebegitu sebenarnya adalah antara plot yang paling aku takleh lupakan sampai aku mati. Seperti mana orang lain, menjadi student IPT adalah satu kenangan yang paling manis sekali. Korang percayalah cakap aku. Kalau korang semua masih lagi menuntut di IPT, ambillah kesempatan untuk buat sesuatu yang korang takkan dapat buat selepas korang keluar dari IPT nanti.
Cabar diri korang dan lihatlah sendiri pencapaian masing-masing.
Dengan cara itu sahaja korang dapat tahu kekuatan yang ada dalam jasad dan roh yang korang sendiri tak pernah teroka. Jangan malukan mak bapak. Setakat berlagak jadi mat rempit, playboy, playgirl, model sambilan, bohsia, tukang urut gay, gigolo dan gelojoh… baik tak payahlah. Itu semua korang boleh buat lepas korang keluar dari IPT.
Weyyy… setakat mat rempit IPT, aku tak hadap laaa…
Ni sebelah rumah aku nie, brader berkelulusan IJAZAH UPM, engineer, rumah besor, kereta 3 bijik, anak 4… masih lagi champion sampai sekarang ni. Pakai selipar Jepun lagi, selamba tinggalkan mat rempit hingusan 4-5 tiang.
Apa kes?
Macam yang aku katakan tadi, semua kenangan yang manis dan pahit terpalit kembali.
Termasuklah insiden member aku yang patah kaki masa merempit di Peringgit, Klebang ngan Lorong Pandan. Aktiviti snooker pun ada dalam mimpi tu. Bangunan Fajar ngan pusat snooker di hujung Lorong Pandan tulah saksi utama aku ikat perut semata-mata nak main snooker. Maklumlah, student .. duit kocek bukan banyak pun.
Kalaulah Selangor tu dekat (naik bas satu jam boleh sampai), dah sah-sah aku akan berentap dengan Ateng, Mat Bunch ngan Mat Tepet main snooker tiap-tiap hujung minggu. Dah hampir 10 tahun aku tak main snooker dengan diaorang. Wooii… Mat Tepet !!! kalau berani turunlah JB, kita berentap!!!!
Isshhh… bestnya bila dapat mimpi macam nie tiap-tiap hari.
Dapat jumpa member lama, rumah sewa lama, tempat lepak lama (Klebang, Bukit St Paul, roti John Barkath Tanjung Kling, roti John Barkath Pokok Mangga), kelas study lama dan juga bekas awek lama. Rinduuuuuuuuuu gila barbie betullaaaaaa….
Kalau katakanlah korang diberi peluang untuk memvisualkan (recall, record dan burn dalam CD) 5 mimpi dalam hidup korang, mimpi zaman manakah yang akan korang pilih?
Anyway, ini adalah 5 zaman yang aku nak sangat recall dan burn-kan dalam CD:
1) Aku nak sangat mimpi zaman aku dipeluk, dicium oleh arwah atuk-nenek aku divisualkan. Sebab aku ingat-ingat lupa muka diaorang.
2) Aku akan pilih mimpi masa aku darjah 5. Itulah kali pertama aku bercinta dengan budak kelas sebelah. Dating pun kat pasar malam… bayangkanlah.
3) Aku pernah diet masa Tingkatan 2, makan roti Gardenia dengan air masak, jalan kaki (berlari sebenarnya) dari sekolah menengah Aminuddin Baki ke Kg Melayu (10 kilometer) di waktu tengah hari buta (sebab kelas aku pagi) selama SEMINGGU dan hasilnya, berat badan aku turun sehingga 8 kilo! Macam mana aku boleh kuat semangat waktu tu pun, aku tak tau. Sampai sekarang, aku sendiri masih tak boleh terima dan tak boleh percaya.
4) Bercinta kali kedua di Melaka masa study dulu. Aduhh… manisnya!
5) Masa tengah study dulu, aku pernah balik raya dari Melaka ke JB ikut PLUS, naik motor sorang sorang dengan duit hanya RM8.00 dalam tangan, ngam-ngam untuk minyak motor. Gila!!!!
Korang pulak , macam mana?
![]()
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
April 7th, 2008 at 7:18 pm
25 blog. huhu agak kental utk dikemaskini. gue agak terharu nak kembali kemana-mana zaman. life yang membosankan. hanya cukup untuk memenuhi kelengkapan hidup sebagai seorang kanak², remaja dan dewasa. bosan seh.
April 7th, 2008 at 7:26 pm
25 memang agak kental untuk dikemas kini.. tapi, bila network tu dapat dijual… agak kental jugaklah duit yang aku dapat pegang..
macam yg ko kata bob:
“Sebenarnya lu’orang tak perlu kecilkan skop kehidupan berinternet ni. Kembangkan.”
ko dengan bisnes theme ko, aku dengan industry aku sendiri… mari kita buat duit sama-sama…
April 9th, 2008 at 8:54 am
aku dulu dok melaka gak setahun..
dok kat matrik melaka.. kat masjid tanah…
wah.. mmg indah kalau mimpi boleh divisualkan…
cam leh rekod dalam citer final fantasy the spirit within…
uih2… tapi kalo dapat mimpi tooot… camne..?? kire porn ke..??
April 9th, 2008 at 9:14 am
mimpi toot?
wakakakaka… aku tak pernah plak terpikir pasal tu masa buat entri nie…
ermm.. macam mana errkkk?