Ingin beriklan? Sila klik di sini

Naikkan PAGERANK blog baru anda- HADIAH HARI CUTI!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: April 8, 2008 online

daulat-tuanku.jpg

Woooiitt, hari ni adalah cuti umum untuk orang Johor!!
Jadi, aku ada hadiah untuk semua pengunjung blog rohaizad dot com. Bagi mereka yang baru sahaja set up blog atau pun site masing-masing, mungkin ini adalah satu bonus yang korang akan suka. Atau mungkin korang dah lama memblogging tapi masih tidak punyai pagerank, ini adalah masa yang paling sesuai untuk korang berbuat demikian.

Seperti yang kita ketahui, pagerank adalah satu lambang “keegoan internet” yang sentiasa diburu oleh kebanyakan pemilik web dan blog. Walaupun Pagerank itu tidak melambangkan apa-apa kepada sesetengah blogger mahupun webmaster, tetapi evolusi pengiklanan telah berjaya meletakkan pagerank ke satu level yang entah aku sendiri pun tak faham. Walaupun bunyinya agak sinis (sebab aku sendiri pun pun buat DUIT dengan “license to PR”), tetapi terus terang aku katakan traffic sebenarnya lebih penting.

“Korang tak suka ker kalau weblog korang penuh dengan pelawat yang mundar-mandir mencari sesuatu yang berguna untuk diri mereka? Mungkin tips, peluang membuat duit online, dan sebagainya. Cuba korang bayangkan pada suatu hari nanti blog korang jadi famous, pastu visitor tak henti-henti datang sehinggakan kalau korang letak affiliate link sebesar kaki semut di hujung footer sinun pun korang boleh dapat SALES? Tentulah korang sukakan?

Berbanding dengan ‘ketakutan’, ‘tekanan’ dan ‘ketensionan’ yang korang akan hadapi sepanjang 365 hari dalam setahun untuk memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada pagerank korang?”

Sekarang balik kepada realiti betapa pentingnya pagerank dalam dunia blogging (blogsphere), bagaimanakah cara yang paling mudah untuk korang dapatkan pagerank?
Kalau korang rasa soalan ni dah basi, gerakkan cursor korang ke atas penjuru kanan monitor korang dan tekan tanda “X” tu sekarang. Sebab aku just nak memberi, jadi hanya orang yang nak menerima jer yang akan dapat manfaatnya.

Pada aku senang jer iaitu linkbuilding.
Linkbuilding sebenarnya adalah cara yang paling mudah untuk menaikkan pagerank korang. Semakin banyak backlinks yang kita dapat, semakin cerahlah peluang untuk mendapat pagerank yang lebih tinggi. Tetapi linkbuilding bukanlah semudah:

“Hi John.. I tengok you punya blog sekarang meningkat PR-nya dari PR3 ke PR6, boleh tak I nak tumpang link blog I kat blog you? You ni hensem tau, kacak… macho dan I suka dengan gaya you berjalan… seksi gitu. Pendek kata, semua blogger kat England tu memang takde yang setampan you… percayalah cakap I !!” Sorry bai… jangan haraplah. Kalau adapun orang yang boleh buat macam tu hanya si Sufiah tu jer. :)

Ini adalah kerana di dalam proses linkbuilding itu sendiri ada 1001 macam cara. Keyword untuk dapatkan pagerank nie simple jer dan aku nak simplekan lagi pemahaman korang terhadap dunia pagerank ni.

Macam gini:
Kita orang miskin (PR0) tetapi masih lagi nak berkawan dengan orang miskin yang lain. Sampai bila pun kita akan tetap dengan cara miskin itu seperti cara bercakap, cara berpakaian dan ketrampilan. Tetapi kalau kita berkawan dengan orang-orang kaya (PR4-5-6), nescaya gaya dan watak serta keperibadian kita pun akan berubah. Pendek kata, kalau lalu depan gerai jual karipap, bau karipaplah baju kita, tapi kalau lalu depan kilang minyak wangi, wangilah bau baju kita.

linkbuilding.gif
Samalah dalam konsep linkbuilding ni.
Apa yang korang perlu lakukan ialah cuba, try, test untuk menempatkan link blog korang itu dalam weblog yang lebih tinggi pageranknya. Mudahkan? Tetapi, jangan lupa bahawa kebanyakannya memerlukan kos iaitu WANG.

Sebab itulah program seperti Text-Link-Ads itu wujud. Walaupun begitu, masih ada banyak lagi cara yang tidak memerlukan kos untuk meningkatkan pagerank. Korang type jelah free tips to increase pagerank di search kolum tu dan korang akan dapat banyak pembayangnya.

Tetapi hari ini, aku ada satu BONUS untuk submit URL blog korang ke directory yang dah ada PR. Kalau ada yang mengatakan submit ke directory ini dah “biasa”, itu aku faham dan ramai lagi orang faham . Tetapi ada 2 perkara yang selalunya orang tak sanggup nak hadap bila tiba kaedah submit to directory iaitu ianya “berbayar” dan memerlukan proses “reciprocal link”. Reciprocal link adalah satu proses pertukaran link yang mana kita akan dapat listkan blog kita di directory mereka dan kita juga mesti meletakkan link directory mereka di weblog kita.

Kalau setakat satu directory untuk kita submit, memanglah kita rasa okey. Tapi kalau 20 directory? Larat ker?
Letih dan tentunya memerlukan kos yang tinggi kan?

Sekarang cuba lihat perbezaan antara kedua-dua page submit url ini:

1. BERBAYAR.
paidsubmit.JPG

2. PERCUMA.
freesubmit.JPG

So korang prefer yang mana satu?
Kalau korang prefer yang nombor 2, sila contact aku (sertakan sekali nama, URL blog korang dan email) dengan kata kunci “FREE SUBMISSION” kerana aku tahu lebih dari 30 link directory yang mempunyai PR untuk disubmit. Korang tak payah nak download, atau beli apa-apa ebook mahupun membuang masa dengan mencari di internet untuk tujuan ini.

Aku andaikan sesiapa sahaja yang contact aku untuk list nie, bermakna orang itu berminat. Ini baru namanya hadiah kan?

Fakta DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail:

  • Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  • Pada 11 Mei 1981, baginda telah dimasyhurkan menaiki takhta kerajaan negeri Johor.
  • Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru
  • sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  • Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  • Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  • DAULAT TUANKU !

    « « Kalaulah mimpi boleh di visualkan…*** RM100 juta untuk BABI – dahsyat… dahsyat…! » »


    Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

    468x60

    Sudah 13 komen diberi. Giliran anda pula!

    1. aku pening dan blur………..
      huhuu….

    2. rohaizad said:

      pening dan blur?
      aku nak tolong pun tak tau… tapi inilah penyebab utama Taukeh panadol tu kaya sampai sekarang!

    3. gie said:

      sebab ape pr kita boleh jatuh..?sebab traffic kurang ke..?

    4. rohaizad said:

      Gie,

      Selalunya PR jatuh sebab tiada peningkatan dari jumlah ataupun total backlinks. selain tu, banyak buat paid post dari company yang dah listed macam PPP, SR, Smorty dan lain-lain.

      kalau buat “personal direct paid blogpost”, susah sket nak kena pagerank penalize (macam yang aku buat skang ni).

      “To predict your PageRank, you need a minimum of 100 backlinks.”

    5. kerining said:

      Allo..aku taklah tahu sgt tentang PR nih,ngko punye wsite dah dapat bapa byk PR dah? takder pon ngko letak kotak ijou PR ngko, aku saje nak tgk bukti jer.
      Nak tanye pendapat ngko sikit lah,sbb ngko ni mcm sifu gituu.. ada member aku cakap dan aku fikir logik gak dio kabor kat aku tntg linkbuilding ni.

      Kalau ngko nak tukor link ke, link exchange kee..yg penting content mau sama, mcm ngko buat perumpamaan kat atas tu kes jual karipap & bau karipap…cuma buat aku lapor jee..hukhuk.
      lawak jer tuh…

      Okey..walaupun ngko bleh changelink ngan 100 wsite yg contentnya berlainan..maknanyer backlink ngko dah 100..takder maknanyer sgt,sbb dah ngko penoreh getah yg miskin papa kedana pie kawan ngan tokey airasia yg PRnyer tinggi melangit.. cth ajernih, mana ngko nak jual sekerap wangi ngko,plg koman pun tang mana ngko nak tampal iklan sekerap ngko.

      Maka dimaklumkan…yg penting content blog yg ngko nak tukor link musti mau sama dan seasli mungkin,kalau nak ciplak pun pepandailah…ekekke
      Secara taalukannya or rasionalnya penoreh musti berkawan baik ngan tokey sekerap kalau mau maju jaya…barulah sekerapnya tersohor maybe akn jd taukil sekerap sbb dia punyer kabel powerr..dan mesra SEO lah blog korang. kalau nak traffic lain halnyer…cara ngko bleh kot,sapa pun dialu2kan. PR setahu aku takder kaitan sgt ngan backlink byk,janji content asli dan selalu update,smpai masa google update naiklah PR blog ngko tu. mmber aku punyer blog yg ntah apo2 ntah pon naik PR1 tanpa backlink langsung…blog aku tlr itik daa. Malu nak bgtau..:)

      Okeylah…lastnyer aku minta maaflah sbb bahse kurang elok,ngko tau apasal…sbb tulisan blog ngko ni pun byk ayat yg tak berapa syok mata memandang utk membaca, kalau nak memblog pun harap gunalah bahse kebangsaan yg elok sikit dan jgn terlampau byk gunakan bahse rojak yg boleh merudumkan SEO anda…dan Woooiitt..!! amalkan guna ayat sopan sbb,blog anda mencerminkan diri pribadi anda..ini plg penting.

      Takder dah kot..lain x jer aku sambung kalau ada masa,Okey…sorylah byk2 mmg sedikit kasar..cuma teguran dari newbie mcm aku…utk sifuu. kalau aku tak tegur sapa lagi,kan..kan.
      Barulah tiba masanya…Apa pendapat ngko ngan komen aku nii..???
      okey babay..slm

      Yg mengikut rentak…krining

    6. rohaizad said:

      wahhh.. panjang lebar betul.. ekekeke, aku suka.
      pasal bahasa tu, itu adalah mengikut kenegerian.
      sesetengah orang akan berasa tak selesa dengan gaya penulisan aku termasuklah ko. kalau ko rasa bahasa aku nie kasar, aku yakin yang engkau belum dengor lagi bahasa kat kampung aku. kalau ko tak caya, pergilah duduk bermalam kat kampung yang bersempadan di antara melaka ngan negeri sembilan.

      lagipun, setakat ni hanya ada seorang jer pembaca aku yang mengatakan bahasa aku kasar iaitu ko. yang lain siap borak panjang ngan aku kat YM lagi tiap-tiap hari. apa kes? ekekeke….

      one more, berkenaan dengan ayat ko nie: “kalau nak memblog pun harap gunalah bahse kebangsaan yg elok sikit dan jgn terlampau byk gunakan bahse rojak yg boleh merudumkan SEO anda…” , aku rasa ko tak follow la blog aku ni dari mula, sebab tu ko hentam keromo jer ikut selera ko. Ko dah baca tak page “empunya” aku tu?

      aiseymen, jangan menilai buku dari luaran sebab aku tak pernah kata blog ini dibuat untuk SEO mahupun pagerank. ada aku cakap? terus terang aku buat blog melayu nie untuk suka-suka dan ingin berkongsi sedikit sebanyak yang aku nak sebab aku bayar untuk blog ini. SEO ker, pagerank ker .. itu semuanya untuk blog english aku yang berjumlah 25 tu. ni jer satu-satunya blog melayu aku. barangkali ko belum tahu lagi semua blog dan directory-direcroty aku.

      pasal entri ko mengenai pagerank nie, aku akan balas via email sebab kalau aku balas, lagi panjang kot. check email ko nanti.

    7. menj said:

      Woi kerining, ko ni siapa ha? Dah mengaku newbie tu buatlah cara macam newbie. Yang ko nak tau sangat pasal PR tu apehal, sendiri pun takde blog? Blog ko berapa PR pulak??

      Pasal bahasa standard atau tak standard, aku taknak ulas. Itu hak tuan empunya blog, hang tu awat nak kalut pasai ni? Hang tu setakat ada anu jerr pandai, boleh blah dan pi lah jaga dua biji bola kat bawah tu dah la….

      - MENJ

    8. rohaizad said:

      aku pun tak faham sangat apa yang dia tulis tu sebenarnya… adehhhh

    9. Muhib said:

      Assalamualaikom..

      Saya nak tanya,macammana kita nak tahu banyak mana dan siapa yang linkkan blog kita secara tepat, backlinks checker iwebtool.com kayaknya tidak detect kesemua sahabat blogger yang ana buat pertukaran link.

      TQ mugaddam.

      Muhibs entri yang terkiniTENGKU ALI ULAMA DAN USAHAWAN

    10. yamakasi said:

      aku blur….
      lalalala…

      yamakasis entri yang terkinibudak perempuan melayu beraksi lucah

    11. Aku pun de pening2 sikit, sebab aku asyik baca2 lompat ke ent3 yang lain..Huh PR = Pakatan Rakyat or Page Ranking..He3 men2 je..cmne ni..Tolonglah

      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      Jom exchange link
      http://www.koolez-my.blogspot.com
      Apa Yang Aku Tahu…

    12. sory jad,baru ternampak post nie..

    13. arief said:

      aku berminat sgt2 ttg page rank nie sebab aku mmg tak tahu nak buat….puas aku cuba tp masih cam gitu jer aku tgk blog aku nih…

    belanja-saya