*** Posted in: Spesifik | April 8th, 2008 ***

RM100 juta untuk BABI - dahsyat… dahsyat…!

pig_sacrifice2.JPG
………………………………………………………………………………………………………..
[img source:ohmyweird]

Jarang sekali aku membuat review tentang perkara-perkara politik dalam blog rohaizad dot com tapi disebabkan kes ini telah menyebebkan otak sebelah kiri aku berpusing, maka tangan dan jari aku ni dah tahan lagi untuk menetuk papan keyboard.

Terus terang, ini bukanlah satu review tapi satu preview minda yang aku mahu visualkan. Bukan apa, kubur orang yang meninggal pada hari pilihanraya tu pun masih merah lagi, tapi kes babi ni dah menggegarkan hati semua rakyat. Masih ingatkah lagi korang pada kes pusat penternakan babi di Melaka sikit masa dahulu?

pig_sacrifice4.JPG
…………………………………………………………………………………………………………

Kecoh kan? kan? kan? kan?
So ini lagi kecoh bai… RM100 juta untuk projek mega yang PERTAMA dari pucuk pimpinan kerjaaan negeri Selangor yang baru!!!

SHAH ALAM 8 April- Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor tetap meneruskan projek ternakan babi moden di negeri itu walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu.

Beliau mendakwa projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Kenyataan Abdul Khalid itu BERCANGGAH dengan pengumuman Ahli Exco Selangor, Teresa Kok kelmarin bahawa kerajaan campuran negeri baru meluluskan projek membangunkan ladang babi bernilai RM100 juta di Sepang -utusan-

Kadang-kadang aku merasa confuse jugak dengan pucuk pimpinan kerajaan Negeri Selangor yang baru ini. Nak dapatkan negeri Selangor bukan sehari-dua, tetapi bertahun-tahun lamanya. Tapi aku masih lagi menunggu kebenaran.

Updated:

“Projek Ternakan Babi di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008 -suarakeadilan-

Oh yaaa… mungkin rakyat Selangor kena kaji balik manifesto yang dulu telah dijanjikan……atau, mereka sendiri mesti cari kebenaran akan berita yang dipaparkan… kesahihan…


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


8 Responses to “RM100 juta untuk BABI - dahsyat… dahsyat…!”

  1. HaHaZNo Gravatar Says:

    juz drop by to say hi..

  2. rohaizadNo Gravatar Says:

    Welcome Hahaz…!
    Feel free to read my Malay blog… really appreciate it :)

  3. orang cinaNo Gravatar Says:

    apa salahnya, projek 100j yang boleh membawa ekonomi kepada rakyat, secara langsung atau tidak.

    kenapa selalu mementingkan diri sendiri?

    orang cina pun rakyat

  4. rohaizadNo Gravatar Says:

    Thanks Philip…

    Good comment. I like it.
    1- babi dengan perumahan mana lebih penting?
    2- adakah Malaysia pernah putus bekalan babi?
    Tidakkan?
    3- kalau RM10 juta diperuntukkan untuk babi, masih lagi banyakkan babi untuk rakyat Malaysia makan berbanding kambing dan lembu?
    4- ini bukan isu melayu makan lembu, cina makan babi… am I said that? just trying to figure out the project was “approved” by who?
    5- rational, no emosional.

    Please do bookmark my blog and thanks for drop a comment.

    chill out!

  5. canNo Gravatar Says:

    Adapun projek pusat penternakan baki pada zahirnya amat mengsangsikan akan tetapi jika difikir masak2 ia mungkin mendatangkan lebih banyak manfaat dari keburukan. Sebagai pemilik tanah berdekatan sebuah ladang babi yang primitif lagi haram (tidak berlesen dsbg) saya amat tertarik akan cadangan pusat penternakan babi yang teratur lengkap dengan prasarana olahan semula najis dan air. Diharapkan projek inikan terwujud sepetimana yang dikhabarkan dan kami di sini, akhirnya dapat menghela nafas yang lega.

  6. rohaizadNo Gravatar Says:

    Can(email: jurbino2@gmail.com)….
    But RM100 juta?

  7. MiraNo Gravatar Says:

    Hmmm.. Kecoh gak pasal benda nie.
    Tapi rasanya, RM 100 juta tu cam terlampau byk je.. =.=”

  8. rohaizadNo Gravatar Says:

    Banyak kan? kan? kan? kan?
    Bukan tak boleh, apa kata budget dalam RM10-RM20 juta, mesti org tak kisah sangat.

Leave a Reply