*** Posted in: Aku | April 17th, 2008 ***

Un”sangka”rable - lepas satu, satu…

Hari yang gelap, kini sudah terang..~~~

Lagu Hujan nie memang kena dengan keadaan aku yang baru di landa ribut petir. Bagi Johor Bahru bloggers, aku rasa korang pun tahu apa sudah jadi dengan cuaca tempat kita nie. 2-3 hari lepas, memang ada kilat, petir sabung-menyabung menghentam bumi Johor Bahru ni. So nak diceritakan di sini yang semuanya berkait rapat dengan situasi blog ni yang sudah beberapa hari tak di update.

Cerita pertama:
3 hari lepas sedang sibuk aku memblogging dan membuat duit di kala cuaca yang terang benderang, aku dikezutkan dengan petir yang entah tetiba jer muncul. Walaupun hujan hanya gerimis sket-sket di tengah hari buta (terang benderang giler), aku tak sangka plak petir yang sebegitu kuat boleh terjadi. Bapak aku yang sedang sembahyang pun terperanjat giler. Un”sangka”rable betul!

Cerita kedua:
Ye, bapak aku memang terkejut tapi aku lagilah terkejut!
Maunya tidak sebab aku masih lagi tak sure mana satu kena sambar. PC? Modem? Kalau PC adik aku ngan modem aku tu kena, alamat tak tauler apa nak jadi. Aku berdoa giler supaya PC ngan modem tu terselamat. Dahlah 6 bulan lepas satu modem dah hangit kena sambar dengan petir (aku tak taulah kenapa area rumah aku ni selalu kena attack ngan petir - mungkinkah kuasa magnetik Heroes ada pada aku?), harapnya janganlah kena lagi.

Cerita ketiga:
Setelah cuaca reda, aku switch on PC dan alangkah gembiranya aku PC tu terselamat. Tapi, modem menunjukkan yang indicator light untul DSL dan internet dah macam traffic light rosak. Kejap menyala, kejap tidak. Apalagi, aku pun terus hidupkan enjin motor GABAN aku dan terus pergi ke Plaza Angsana. Sampai sana, aku mintak amoi kedai komputer tingkat 4 tu untuk check. Hasilnya, semua connection takde masalah. Dia kata “lu balik rumah, check lu punya networking!”. Aku akur. Tapi apa problem sebenarnya nih? Kat rumah modem nie failed tapi kat kedai amoi nie semuanya okay pulak.

Cerita keempat:
So balik jer, aku terus angkat telefon dan apa yang aku sangka betul. Line telefon takde. Setelah direport ke bahagian teknikal TM, keesokannya datanglah seorang brader technician yang agak tegap dengan van TM dia. Brader nie aku sambut dia dari atas bukit (rumah aku bawah bukit, maklumlah… rumah setinggan) dengan perasaan gembira. Dengan berbekalkan sekeping kertas dan sebuah “elektrometer” (entah, aku pun tak tau apa bende yang dia pegang), dia dijemput masuk dan terus buat check up. Dengan confident level yang amat tinggi, dia suruh aku beli Splitter dan Converter. Dia kata dua-dua menatang tu yang problem.

Cerita keempat:
Pagi esoknya, aku pun terus start enjin motor GABAN aku tu lagi. Berkobar-kobar semangat nak gantikan splitter, converter lama dengan yang baru. Lepas aku beli, aku pasang dan hasilnya sungguh hampeh. No respons. Aku dah mula syak yang memang line telefon nie problem. Tidak syak lagi. So aku pun telefon lagi TM. Sampai malam aku tunggu technician dari TM, tak sampai-sampai. Aku dah mula hangin satu badan.

Esok aku call lagi.
Dalam hati aku berkata kalau takde technician yang datang lagi untuk yang ke sekian kalinya, mau aku bambu ofis TM tu. Pedulik hapa aku, Kg Melayu tu bukannya jauh sangat. Bukannya tinggi sangat macam kat puncak Gunung Ledang sampai 2 hari tak sampai-sampai.

Tapi nasib baik petang tu brader tu sampai lagi.
Kali nie dia bagitau aku satu info yang sungguh memeningkan kepala aku. Dia kata: “Modem ko nie rosak. Sebab kalau aku cabut wayar telefon kat belakang modem nie, telefon ko ada line. Tapi bila bila aku cucuk wayar telefon ke modem ko nie, line telefon ko takde”.

“Hah?”
Aku dah mula pening.
Aku pun test dan memang betul.
Tapi sebenarnya bukan pasal apa, dia yang tak check betul-betul. Sebenarnya position soket telefon di belakang modem tu yang tersalah pasang. So setelah dia meng’cool’kan diri dia, aku pun mula pikir yang bukan-bukan.

Brader nie tau ker apa yang dia cakap?
Dia tau ker bab-bab connection ni?
Sebab kalau nak diikutkan, masa dia datang first time hari tu sepatutnya dia bawak sekali Splitter dengan Converter untuk test line telefon aku, betul tak?

Ada ker patut dia dengan confidentnya dia suruh aku beli Splitter dengan Converter, pastu test. Sepatutnya dialah yang kena bawak spare part tu semua. Kan ker dia technician?

Dan kalau betul Splitter ngan Converter tu perlu diganti, aku belilah dengan dia. Bukak resit, bukak invoice… habis cerita. Ni apa hal pulak aku kena beli, pastu bila tak boleh jugak.. kena telefon lagi TM, buat aduan lagi.. kena tunggu satu hari lebih… apa kes? Produktif tak korang rasa Telekom Malaysia ni? Harap orang besar Telekom dapat baca dan PRINT artikel nie, pastu letak kat PIAGAM pekerja dia.

Cerita terakhir:
Di saat korang membaca entri ini, aku masih lagi tak sanggup untuk telefon TM kerana walaupun line telefon dah okay, tapi satu lagi masalah timbul. Streamyx connection aku langsung tak stabil!!! Asyik kelip-kelip jer. Nak katakan modem aku rosak, tak mungkin sebab connection memang ada tapi untuk setiap 5 minit, dia akan DISCONNECT balik.

Jadi mungkinkah betul sangkaan aku yang line telefon ke rumah aku tu problem?
Nantikan The Un”sangka”rable episod dua.

Waktu korang membaca entri ini, mungkin aku masih lagi di cyber cafe… (sekarang 17hb April, 10.30malam)


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


5 Responses to “Un”sangka”rable - lepas satu, satu…”

  1. sallikin@nikillasNo Gravatar Says:

    wah.. giler ah dugaan yang ko hadapi.. memang mantap r.. kalo aku blur.. blur la aku..

    apesal la mamat TM tu jadi gitu.. x cek bebetul.. kalo aku pun aku hangin.. dulu cakap lain.. ni cakap lain plak.. x ke sengal tu..

    aku menunggu episode kedua mu itu.. haha..

  2. bobNo Gravatar Says:

    patut senyap.. wakaka. ini bukan unsangkarable. ini ungka-believable. suruh dia ganti tiang talipon sekali.

  3. hafifiNo Gravatar Says:

    ptg smlm aku duk dlm keta time hujan lebat n petir yang smbr menyambar..cuak btul aku..

  4. The Un”sangka”rable Part II. : rohaizad dot com Says:

    […] inilah episod ke-2 dari episod yang pertama. Buat yang ke sekian kalinya, aku masih lagi membuat aduan kepada TMnet berkenaan masalah yang […]

  5. Kalau engkau MODERNist, aku pulak MODEMnist! : rohaizad dot com Says:

    […] kes harta cyber aku dipanah petir, aku baru sedar yang dah banyak duit aku keluarkan untuk beli MODEM. Itu belum campur dengan MODEM […]

Leave a Reply