*** Posted in: Aku, Orang | April 21st, 2008 ***

Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?

star-wars.jpg

Arrghhh…..!!!!
Aku paling ngeri apabila dapat email yang bertanyakan soalan yang sedemikian.
Kalau ikutkan hati…. aku malas nak layan pengirim email yang ber”hati kering” seperti ini tapi kalau tak balas, rasa bersalah-lah pulak sebab orang yang berhati kering nie kadang-kadang selalu buat keputusan untuk jangka masa pendek. Tu yang bahaya tu.

So balik kepada topik yang aku nak kongsikan hari ini; Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?

Hadirin dan hadirat sekalian (mangkuk ko Ijad, ko ingat ni khutbah Jumaat ker?)… :)
Selepas entri aku berhubung income aku setakat 15hb April, aku ada menerima soalan dari blogger-blogger yang nampaknya sungguh berminat untuk buat duit dari blog memasing. Apa yang aku boleh katakan pada mereka-mereka ini semua adalah jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi seorang fulltime blogger. Berhenti kerja dan terus menjadikan blogging satu pekerjaan tetap adalah satu keputusan yang semestinya akan merubah kehidupan korang selamanya.

Selagi korang belum dapat menguasai dunia blogging itu sendiri, jadikanlah blogging ini sebagai part-time job. Jangan ber”hati kering” sangat sebab kalau korang takleh survive di kemudian hari, alamat susah hidup korang nanti. Aku sendiri ada pengalaman dalam hal sebegini.

Begini, aku ada seorang member yang bekerja ngan Petronas. Tu kat KLCC sinun. Dia sendiri pernah bersuara untuk berhenti kerja dari Petronas dan berniat untuk jadi fulltime blogger. Dia kata dia memang suka menjadi seorang blogger yang hanya buat kerja dari rumah, pastu… dapat duit!

Adehhh… bullshit la tu semua!
Fulltime blogger sebenarnya bukan seperti apa yang dia maksudkan. Kalau korang juga berfikiran sebegitu, baik korang baca entri nie sampai habis sebab aku taknak korang salah faham tentang kareer sebagai fulltime blogger nie.

Blogging sebenarnya adalah satu “aktiviti” yang wujud dalam dunia internet.
Pada aku, hanya mereka yang mempunyai “influence” besar dalam dunia blogging ni sahaja yang layak mendapat title fulltime blogger ataupun lebih problogger. Seperti Darren Rowse dan Michael Arrington, mereka semua memblogging untuk hidup. Even Alang tu pun bukannya seorang fulltime blogger. Pada aku, beliau adalah seorang internet marketer + internet entrepreneur. Kalau korang tak percaya, korang tanyalah Alang sendiri.

Aku sendiri pun bukannya blogger sepenuh masa. Aku buat lebih dari sekadar blogging. Antara perniagaan yang aku jalankan ialah dengan memberikan online tutorial dan juga tutorial dari rumah ke rumah.

Yea… orang JB ni dah tak macam dulu lagi. Mereka sanggup bayar untuk mendapat ilmu dan dengan harga yang aku letak, semua kelas tutorial aku mendapat sambutan. Seminggu 4 jam, bermakna sebulan 16 jam dan harga untuk tutorial aku cuma RM250. Kadang-kadang, ada jugak kelas yang terpaksa dibatalkan kerana tak dapat dipenuhi.

Apa yang aku ajar?
Senang.
Bagi seorang suri rumah, suami, cikgu, driver teksi, student, penjual insurans dan juga pengusaha MLM, mereka semua mempunyai inisiatif untuk mempunyai laman blog sendiri. Jadi apa yang mereka nak tahu tentang dunia blogging, SEO dan seumpamanya… itulah yang aku terangkan. Mereka suka kerana tak perlu beli ebook, books dan segala macam source yang diaorang sendiri tak yakin. Dengan mendapat guides secara face to face, mereka boleh bertanyakan secara direct dan hasilnya… senyuman terukir di wajah mereka. Aku suka akan itu.

Tapi kalau korang betul-betul “SERIOUS” untuk menjadi seorang fulltime blogger, janganlah ambil terlalu ringan terhadap “dunia blogging” dan jangan ambil masa yang terlalu lama untuk pelajari dunia blogging nie.

Fact 1: Nama jer blogging… once kita dah jadi fulltime blogger… banyak lagi lubang duit yang kita boleh jumpa. Silap-silap, korang akan jadi internet entrepreneur. Percayalah cakap aku.

Aku sendiri pun bukannya terus dapat RM5000 sebulan dari blogging nie. Ianya mengambil masa lebih dari setahun untuk “betul-betul” steady dalam dunia blogging nie.

Tapi perlu aku tegaskan di sini bahawa blog rohaizad dot com ini bukanlah satu blog make money online mahupun blog “5 cara mudah untuk menjadi jutawan internet”. Blog ini sebenarnya lebih menjurus kepada caca-marba, kunta-kinte dan rasa indah aku terhadap dunia blogging. Harap korang baca di “Empunya“.

Bagi yang ingin tahu bagaimana aku buat duit di internet, aku rasa banyak giler entri yang aku telah sediakan dalam blog Post-Buzz dot com aku. Korang galilah sendiri :)


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


5 Responses to “Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?”

  1. zoolNo Gravatar Says:

    Menarik betul aku tgk income ko..
    Betullah bukan mudah nak capai 4 angka..
    Secara jujur walaupun aku dah berblog hampir setahun tapi masih belum lagi dapat duit..
    Semuanya masih belum mencapai angka minimum untuk menerima duit.. Tapi sabar tu separuh dari iman…

  2. rohaizadNo Gravatar Says:

    Jangan lupa untuk set up blog Inggeris zool. 90% income aku datangnya dari situ. Jangan lupa untuk baca entri yang mungkin boleh membantu di sini:
    kebolehan blog melayu?

  3. catzerNo Gravatar Says:

    kekekeke, mereka ni ingat semudah itu agaknya..bukan mudah nak buat duit online ni kena konsistent dan byk bersabo.

  4. rohaizadNo Gravatar Says:

    lagi satu, kena smart sket arrr.

  5. rohaizad dot com » Bagaimana untuk menarik pembaca supaya lebih lama di blog kita. Says:

    […] membuat keputusan hendak berhenti belajar ataupun bekerja hanya kerana engkau terpengaruh dengan cerita seorang full time blogger yang lain. Aku sendiri mengambil masa lebih dari 2 tahun sebelum terjun ke dunia full time blogging […]

Leave a Reply