The Un”sangka”rable Part II.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: April 21, 2008 online
So inilah episod ke-2 dari episod yang pertama.
Buat yang ke sekian kalinya, aku masih lagi membuat aduan kepada TMnet berkenaan masalah yang sedang aku hadapi. Cuma kali ini, aku dah tak nak buat aduan by phone. Aku terus direct pergi ke TM Taman Pelangi. Main branch untuk Johor Bahru.
Tetapi ada 2 perkara menarik yang aku cakap dengan officer TM kat counter tu.
Aku tanpa segan silu pun membuat komplen secara lisan (tiada tumbuk-menumbuk yea…) tentang betapa kecewanya aku dengan technician yang 2 kali datang ke rumah aku. Bukan itu sahaja, aku ada juga memberitahu officer tu bahawa bukan aku sahaja yang mengalami masalah ini, si Anuar pun rupa-rupanya senasib dengan aku. Jadi, bertambah seronoklah aku sebab ada jugak insan malang yang terpaksa melihat betapa rancaknya DSL light indicatornya berkelip.
Keputusannya, 24 dari sekarang akan ada technician yang datang ke rumah aku. Adakah “technician” hari itu akan datang sekali lagi ke rumah aku?
Jeng…jeng…jeng…. !
Nantikan episod ke-3 dan aku harap biarlah episod ketiga ini akan jadi episod yang terakhir. Tak sanggup lagi dah hidup tanpa internet!!!









wah.. saspen tol citer ko neh….
muahahaha…
waduh.. sadis.. lama itu
aku harap sangat internet rumah aku ni x macam2 walaupun kdg2 dia jadi slow.. jangan mati sudah.. ha ha
internet kat rumah aku dah mula meragam balik..sei buat angin satu badan jek