Blogger jenis apa engkau ini? - review aku untuk Suhaimi Sulaiman.

Waktu aku sibuk menekan papan keyboard Dell ini, aku baru sahaja habis menonton satu rancangan talkshow dari blogger untuk blogger kelolaan Suhaimi Sulaiman di channel Awani Astro (30hb April 2008- 11.00 pagi). Sebenarnya, tajuk rancangan talkshow itu ialah Perspektif Kita, cuma aku yang tambah “dari blogger untuk blogger” sebab brader Suhaimi Sulaiman jugak seorang blogger (ayat aku sendiri).
Brader Suhaimi ni sebenarnya dah lama gak berblogging, sejak dari tahun 2005 lagi. Macam aku jugak. Tapi bezanya brader Suhaimi nie berblogging untuk life dia, aku plak blogging untuk life aku dan jugak life orang lain (bear with me, I will tell you later). So dalam episod kali ini, tajuknya memang menarik iaitu “Apabila rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana”. Fuhhh…. dasat beb. Aku suka dengan tajuk ni. Fact and figure.
Nak kata tajuk ni cool, tak jugak… cuma bunyinya agak sinis. Tapi walaupun berbaur sinis, nampak pulak kejujuran tajuk dengan isi perbincangan yang brader Suhaimi utarakan. Pendek kata, kena sekali dengan apa yang sedang berlaku sekarang nie. Jadi sekarang aku nak review sket pasal isi ataupun topik yang dia, orang itu, orang ini, mereka, mereka lagi dan mereka (tak payahlah aku bagitau siapa) yang ada dalam studio itu.
REVIEW:
Dengan konsep yang agak unik (brader Suhaimi kata konsep yang dia pakai berupa “ala-townhall discussion”), aku rasa takde masalah untuk aku “blend” dalam rancangan ini cuma aku lebih suka kalau brader Suhaimi tukar nama konsep tu kepada “selambamatif” iaitu selamba-informatif.
Kenapa?
Sebab aku rasa nak duduk sebagai panel dalam rancangan ni memang agak selesa. Dari apa yang aku perhatikan, semua panel berhak mencelah dan menyampuk (dalam cara yang professional) tanpa menunggu arahan dari pengacara seperti protokol yang biasa kita lihat dalam rancangan talkshow yang lain. Jadi dari mula sampai habis rancangan ni… taklah membosankan. Syabas aku ucapkan dan itu pasal aku suka dengan perkataan selambamatif! ini
Dan episod kali ini lagi selamba sebab panel yang dijemput semuanya tahu mengenai apakah itu blog, blogger dan blogging.
Bila masing-masing mula mengeluarkan pendapat, aku pun mulalah pasang telinga. Jujur aku katakan ada antara pendapat tu yang agak longgar dan agak cliche pengisiannya tetapi ada jugak pendapat yang memang membuka mata aku. Tak cukup dengan itu, ada pulak sesetengah pendapat tu seolah-olah ingin “menembak” pihak tertentu tapi biasalah seperti yang aku katakan kat atas… masing-masing ada pendapat tersendiri.
Sebenarnya, ada satu jer intipati yang telah menarik perhatian aku dalam episod ini. Walaupun tajuknya “Apabila rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana”, tapi apa yang aku rasa dan nampak lain. Perbincangan itu semakin lama menjadi semakin mendalam apabila suasana “luahan seorang blogger” telah terkeluar secara automatik dalam perbincangan itu walhal brader Suhaimi masih lagi memberi penekanan kepada tajuk asal “apa yang menyebabkan rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana?”. Apa-apa pun, aku suka dengan cara brader Suhaimi handle keadaan sebegitu dan aku juga suka bila part-part sebegini ada dalam rancangan itu sebab aku dapat lihat reaksi sebenar blogger yang selama ini aku tak pernah jumpa.
Tidak berhenti setakat itu sahaja, aku jugak perasan bermulalah “satu lagi episod dalam episod” yang mana masing-masing mula membincangkan tentang kenapa blogger di Malaysia ini begini? kenapa blogger di Malaysia ini begitu? kenapa suasana blogging di Malaysia lain? lain ker suasana blogging di Malaysia ini? kenapa perlu blog dimiliki? kenapa pulak blog menjadi pilihan?
Dan apabila sampai kepada satu tahap yang membuatkan aku kena berfikir… aku telahpun ada soalan yang sesuai untuk dijadikan rumusan untuk review aku ini. Dan soalan itu adalah:
“blogger jenis apa engkau ini?”
Kalau korang tanya kenapa aku memilih soalan ini, senang jer untuk aku jawab.
Aku rasa soalan ini paling sesuai kerana semua yang dibincangkan dalam episod ini menuntut tanggungjawab sebenar dari blogger-blogger itu sendiri. Tajuk episod kali ini sebenarnya memang bagus sebab kadang-kadang aku jugak sudah bosan dengan blog yang bercerita tentang entah apa-apa entah. Simply said, cubalah tanya diri korang sendiri apa tujuan sebenar korang berblogging.
Kalau korang rasakan korang ni suka memblogging semata-mata ingin mengadu-domba-kan orang itu dengan orang ini, maka hancurlah scent blogging yang sebenar. Kalau korang rasakan blog sebagai satu platform untuk mematangkan fikiran, maka matanglah korang. Kalau korang rasa blogging ini hanyalah untuk melampiaskan rasa geram dan ketidakpuashatian yang telah terbuku sekian lama… jadikanlah blog korang untuk tujuan itu. Dan kalau rasa blogging boleh membuatkan hidup korang seronok, bermakna and happy….. then, janganlah berhenti blogging. Teruskan!
Aku?
Seperti yang aku katakan tadi, aku blogging untuk life aku sendiri dan jugak untuk life orang lain (blogging untuk duit).
Jadi sekali lagi aku ingin bertanya:
Blogger jenis apa engkau ini?
p/s: untuk brader Suhaimi, keep up a good work. buatlah rakaman kat Jb plak… boleh aku join!
p/p/s: aku nak pegi bank cash out Adsense money aku.
p/p/p/s: untuk orang Johor, keputusan hak milik Pulan Batu Putih akan di announce 23hb bulan Mei ini. Nantikan… !!!!
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
April 30th, 2008 at 11:52 pm
[…] you guna dia ni.. "Blogger jenis apa engkau ini? - review aku untuk Suhaimi Sulaiman." Blogger jenis apa engkau ini? - review aku untuk Suhaimi Sulaiman. : rohaizad dot com __________________ […]
June 5th, 2008 at 10:07 pm
Dear Brader Rohaizat,
An honest review indeed. We are planning a roadshow. JB mungkin ada kot. Keep in touch.
019-382-xxxx. Cheers
Suhaimi Sulaimans entri yang terkiniREVENGE OF THE NERDS
June 5th, 2008 at 10:44 pm
Alamak bang, janganlah cakap “brader rohaizad”. Rasa macam senior plak. Saya nie pangkat adik sebenarnya (29 tahun). Apa-apa pun, thanks for the drop and your phone number terpaksa di “x” kan atas sebab-sebab keselamatan. But if you say yes, then I will publish it
June 17th, 2008 at 8:14 am
[…] dalam dunia ini dan lihat di manakah mereka (jatuh) fall in love. Selepas itu, barulah engkau tahu blogger jenis apakah engkau ini. Jangan terperanjat bila engkau dapat tahu yang engkau ini handal dalam dunia hiburan, gadget dan […]
August 22nd, 2008 at 1:48 am
[…] ini terlalu mudah untuk dibuat dan dilaksanakan tetapi malangnya, ianya tidak dipraktikkan kerana blogger itu telahpun mengamalkan dasar ataupun sikap pilih […]