Pendapatan sampingan - itulah adsense!!!

Dulu masa mula-mula buat adsense, setakat melihat angka kosong ataupun “telur” kat account adsense aku tuh, memang standard-lah kan. Itu memang perkara biasa setiap kali aku membuka account adsense aku. Kadang-kadang tu tak sanggup rasanya nak melihat “telur” tu. Pernah jugak aku ketawa melihat nilai kosong. Pagi kosong, tengah hari kosong.. malam pun kosong!
Orang lain dapat beratus-ratus ringgit sebulan, aku jangankan ratus … nak dapat satu hari seposen pun Masya-Allah… azab sungguh!
Tapi aku bukan jenis cepat menyerah.
Selagi aku tak dapat sebab-musabab yang logik mengenai income adsense aku, aku akan terus mencari, menggali dan berkorban. Kini, setelah bertungkus lumus study tentang keyword dan jugak seo, ternyata pengorbanan itu tidak sia-sia. Malah, semakin tinggi semangat aku untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan sampingan di internet ini.
Ya… dalam banyak-banyak part time job untuk mendapatkan side income, aku rasa adsense-lah pendapatan sampingan yang paling best. Hujung bulan, dapat duit.. dapat duit mesti hujung bulan. Google plak tuh yang bayor, bukannya bos lama aku yang berlagak nak mampos itewww. Mungkin bagi sesetengah orang RM500 itu kecik nilainya, tapi bagi aku tidak. Banyak yang aku boleh buat dan beli dengan nilai macam tu.
Dan untuk bulan nie, aku dapat RM512.30 dari adsense. Dan ini adalah kronologi untuk mendapatkan duit adsense aku di 2 buah bank tempatan tadi:
1) Seperti biasa aku menuju ke CIMB Taman Molek. Lepas isi form kuning Western Union, aku pun mengambil nombor.
2) “Orang tak ramai” desas hati aku. Mesti boleh balik cepat.
3) “Ehhh.. makin ramai plak..kenapa nombor aku tak dipanggil lagi ni?”. Tetiba jer kerani perempuan bank tu berkata dengan lembut dari dalam kaunter tu “Encik…. encik nak keluarkan duit Western Union ker? Urusan Western Union hari ini sebenarnya OFFLINE. Encik boleh cuba pergi ke RHB bank, kata dia. Nasib baik dia bagitau dengan baik. Kalau tak, bengang jugak aku.
4) Sekali lagi aku terus shoot ker RHB bank. Sampai sana isi form dan sebaik sahaja aku habis isi, nombor aku terus dipanggil. Fuhh… cepat!
5) RHB punya form procedure lagi simple. Senang untuk sesiapa isi.
6) Yeaahhhhh… aku bolehlah gunakan duit nie untuk bayar installment laptop Compaq yang aku baru angkat hari Ahad lepas. Sebenarnya sejak bulan lepas, aku telah aim untuk beli Dell Vostro. Tapi lepas aku dapat offer yang baik, aku rasa COmpaq nie lebih praktikal untuk orang macam aku.
Pheewwiiiitttt.. nanti aku tunjukkan laptop baru aku tu… hidup blogging!!!
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
April 30th, 2008 at 9:47 pm
[…] above is my “chronology” of my adsense withdraw yesterday at one of the bank that have been selected by Google for their […]
April 30th, 2008 at 11:29 pm
Hi Rohaizad..
For second time I visit your blog because your giving a good response on my comment asking about referral program on your business there.Thanks
For this entry you guna Compaq ker samalah..LOL
and yup RHB is much better.Happy blogging !!
May 1st, 2008 at 12:43 am
Thanks laling.
Jangan ler segan-segan datang ke blog ini lagi yea
May 2nd, 2008 at 7:20 am
tahniah bro! make mone online memang terbukti tak tipu! lagi2 dgn adsense. er… nk jadi anak murid bro leh?
May 2nd, 2008 at 7:23 am
anak murid…?
alamak… janganler macam tu. tapi kalau ada soalan, just bagitau. mana yang termampu, akan dijawab. no problem punya.
May 2nd, 2008 at 8:09 am
hohohoho..best2 dpt duit adsense…aku tukar kat cimb sbb cawangan tu paling dekat ngan umah aku.
August 22nd, 2008 at 1:49 am
[…] seorang pada waktu itu adalah belajar, belajar dan belajar. Tidak ada langsung perkataan “make money online“ dalam hidup […]