The Un”sangka”rable Part II.

So inilah episod ke-2 dari episod yang pertama.
Buat yang ke sekian kalinya, aku masih lagi membuat aduan kepada TMnet berkenaan masalah yang sedang aku hadapi. Cuma kali ini, aku dah tak nak buat aduan by phone. Aku terus direct pergi ke TM Taman Pelangi. Main branch untuk Johor Bahru.
Tetapi ada 2 perkara menarik yang aku cakap dengan officer TM kat counter tu.
Aku tanpa segan silu pun membuat komplen secara lisan (tiada tumbuk-menumbuk yea…) tentang betapa kecewanya aku dengan technician yang 2 kali datang ke rumah aku. Bukan itu sahaja, aku ada juga memberitahu officer tu bahawa bukan aku sahaja yang mengalami masalah ini, si Anuar pun rupa-rupanya senasib dengan aku. Jadi, bertambah seronoklah aku sebab ada jugak insan malang yang terpaksa melihat betapa rancaknya DSL light indicatornya berkelip.
Keputusannya, 24 dari sekarang akan ada technician yang datang ke rumah aku. Adakah “technician” hari itu akan datang sekali lagi ke rumah aku?
Jeng…jeng…jeng…. !
Nantikan episod ke-3 dan aku harap biarlah episod ketiga ini akan jadi episod yang terakhir. Tak sanggup lagi dah hidup tanpa internet!!!
Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?

Arrghhh…..!!!!
Aku paling ngeri apabila dapat email yang bertanyakan soalan yang sedemikian.
Kalau ikutkan hati…. aku malas nak layan pengirim email yang ber”hati kering” seperti ini tapi kalau tak balas, rasa bersalah-lah pulak sebab orang yang berhati kering nie kadang-kadang selalu buat keputusan untuk jangka masa pendek. Tu yang bahaya tu.
So balik kepada topik yang aku nak kongsikan hari ini; Dilemma blogger: Nak berhenti kerja atau tidak?
Hadirin dan hadirat sekalian (mangkuk ko Ijad, ko ingat ni khutbah Jumaat ker?)… ![]()
Selepas entri aku berhubung income aku setakat 15hb April, aku ada menerima soalan dari blogger-blogger yang nampaknya sungguh berminat untuk buat duit dari blog memasing. Apa yang aku boleh katakan pada mereka-mereka ini semua adalah jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi seorang fulltime blogger. Berhenti kerja dan terus menjadikan blogging satu pekerjaan tetap adalah satu keputusan yang semestinya akan merubah kehidupan korang selamanya.
(more…)
Berapakah income aku setakat 15hb April?
Hari Jumaat sebenarnya adalah hari yang paling aku suka.
Aku tak taulah kenapa tapi memang hari Jumaat selalu membuatkan aku rasa cool. Boleh dikatakan kalau hari Jumaat jer, tension aku jugak akan berkurangan. Stress pun hilang cenggitu jer… apalagi kalau kepala nie rasa letih semacam. Mungkin pasal nama bapak aku Jum’at kot.
Dan hari ini aku ingin berkongsi satu info yang agak peribadi. Aku harap info ini akan dapat membangkitkan semangat dan juga motivasi bagi semua blogger di Malaysia ini untuk lebih gigih dalam mencari rezeki yang halal di Internet.
Jadi inilah income aku dari 1hb April hingga 15hb April 2008.
(more…)
Berapa ramai bloggers Johor Bahru sekarang nie?
Lepas dapat satu lagi deal berharga RM450 di Danga Bay tadi, aku pun mula menyusun langkah untuk mengembangkan lagi business. Business is business, blogging is blogging, service is service and product is product. So lepas deal, aku pun terus shoot balik dengan motor Gaban aku tapi on the way nak balik tadi, tetiber jer terdetik hati aku bertanyakan berapa ramai bloggers Johor Bahru sebenarnya.
Aku memang takde statistik yang khusus tapi aku percaya kat JB nie masih ramai bloggers yang tak pernah bergathering. Dan aku jugak perhati ramai yang suatu ketika dulu aktif dah tak aktif lagi. Dah kahwin kot….?
Masa memula aku blogging tahun 2005 dulu, aku memang perasan ramai tapi sekarang nie macam teratai layu di tasik madu.
Apa-apa pun, aku harap bagi sesaper di antara korang yang berasal dari JB… harap dapatlah inform aku. Ini bukanlah wajib tetapi there’s something that I want. Chewahhh… skipping LonBonJovi lagi.
Bob, ko kumpulkan bloggers Melaka, aku kumpulkan bloggers JB. Pastu kita berkampung kat Klebang!
Amacam?
Un”sangka”rable - lepas satu, satu…
Hari yang gelap, kini sudah terang..~~~
Lagu Hujan nie memang kena dengan keadaan aku yang baru di landa ribut petir. Bagi Johor Bahru bloggers, aku rasa korang pun tahu apa sudah jadi dengan cuaca tempat kita nie. 2-3 hari lepas, memang ada kilat, petir sabung-menyabung menghentam bumi Johor Bahru ni. So nak diceritakan di sini yang semuanya berkait rapat dengan situasi blog ni yang sudah beberapa hari tak di update.
Cerita pertama:
3 hari lepas sedang sibuk aku memblogging dan membuat duit di kala cuaca yang terang benderang, aku dikezutkan dengan petir yang entah tetiba jer muncul. Walaupun hujan hanya gerimis sket-sket di tengah hari buta (terang benderang giler), aku tak sangka plak petir yang sebegitu kuat boleh terjadi. Bapak aku yang sedang sembahyang pun terperanjat giler. Un”sangka”rable betul!
(more…)