*** Posted in: Aku, Kenangan, Semalam, Video | May 10th, 2008 ***

Lagu Untuk Ibu dan Ayah.

ayahibu.jpg

Tak banyak yang aku nak katakan untuk Hari Ibu esok. Cuma apa yang aku tau, aku hanya ada ada sorang ibu dan sorang ayah sahaja dalam dunia yang fana ini.

Lagu ini aku tujukan pada semua anak-anak di dunia ini terutamanya pada mereka yang rasanya belum puas berbakti pada ibu ayah masing-masing. Tapi sebelum aku paparkan music video untuk ibu dah ayah (bersempena Hari Ibu esok), elok rasanya bagi aku untuk berkongsi sedikit amalan yang masih lagi aku amalkan sehingga hari ini.

Baiklah, sementara ibu dan ayah korang masih lagi hidup, sayangilah ibu dan ayah korang. Oh yaaa.. lagi sekali aku tekankan, bukannya aku ingin berlagak tetapi aku MASIH LAGI AMALKAN 10 perkara di bawah terhadap ibu bapa aku:

1. Sebelum aku berbelanja, kebiasaannya aku terlebih dahulu akan memberitahu apa yang hendak beli kerana aku takut barang yang aku beli boleh menyinggung perasaan ayah ibu aku. Tak kisahlah aku beli laptop ker, kerusi ker, handphone ker atau barang keperluan harian. Aku hendak mereka tahu yang aku ada duit.

Sebab apa?
Sebab perasaan ibu dan ayah memang sensitif. Aku pernah melihat seorang anak yang selalu kata pada ibu dan ayahnya yang mereka takde duit, tapi rokok tak pernah miss.

2. Aku selalu bertanya pada ibu dan ayah aku sama ada mereka ada duit atau tidak. Sebab ibu dan ayah aku selalunya memang takkan beritahu walaupun mereka takde duit. Dan inilah yang selalu memotivasikan aku untuk rajin bekerja (cari duit lebih) sebab bila aku bertanya, aku mestilah ada duit yang aku boleh hulurkan on the spot. Soalan sebegini juga boleh menenangkan hati mereka sebab mereka tahu yang kita sentiasa berduit.

Kenapa aku perlu bertanya?
Kan lebih mulia jika aku terus beri sahaja?

Ingat, duit atau wang bukan segalanya. Komunikasi dan perbualan bersama ibu dan ayah adalah cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang. Hakikatnya, kalau aku tanya soalan itu pada waktu pagi, tengah hari tu aku mesti hulur. Berapa? Kita sendiri je lah yang tahu keperluan ibu dan ayah kita kan?

Lagi satu, kalau korang duduk berjauhan, apalah sangat RM0.50-RM1.00 sehari untuk panggilan pada mereka setiap pagi sebelum korang pergi kerja. Just tanya “ibu/emak/mama sarapan apa hari ni…?” (kalau untuk balak / awek, satu hari RM10.00 pun kita sanggup bergayut!)

3. Percaya atau tidak, bila setiap kali MEMBER aku ajak aku makan di satu-satu tempat yang sedap makanannya… aku pasti akan bawak ibu ayah aku makan kat tempat tu kemudiannya. Tak kiralah hujung minggu, hujung bulan ker. Aku nak apa yang aku makan, diaorang dapat makan (rasa). Siapa lagi yang akan bawak kalau bukan aku, anak mereka? Kita makan sedap, diaorang kat rumah makan apa?

4. Aku tak pernah limitkan “budget bulanan” aku pada ibu ayah aku sejak bergelar fulltime blogger ni (syukur pada Tuhan). Kalau dulu masa aku mula-mula bekerja makan gaji, aku hanya mampu beri RM200 sebulan. Sekarang aku mampu beri lebih pada ibu dan ayah aku. Bukannya boros tapi kalau kita tidak lokek pada ibu dan ayah sendiri, percayalah Tuhan akan beri lebih rezeki pada kita.

Kenapa?
Aku tak boleh jawab soalan tu tapi apa yang aku tahu, hati aku akan jadi lebih tenang. Nak-nak bila ibu aku yang dah tua tu ucap “terima kasih”. Ya Tuhan… SEBAK hati ini bila ibu sendiri ucap terima kasih dengan kita tau tak! Jantan tak jantanlah… tapi kalau ibu sendiri yang cakap macam tu dan kita masih lagi tak “rasa” apa-apa, memang kita anak yang tak berhati perutlah maknanya. Sebab setiap kali lepas ibu aku ucap terima kasih, dia selalu cakap pada aku “mintak-mintak rezeki ko makin bertambahlah yea…” Doa semuanya tuh beb…

5. Sentiasalah ingat bahawa apa yang kita buat sekarang akan dibuat juga oleh anak kita sendiri di masa hadapan. Zaman sekarang ni balasan Tuhan tak payahlah kita tunggu di akhirat sebab kat bumi ni jer dah boleh nampak. Memang dah kerap sangat kita lihat dan dengar kisah anak derhaka ni.

6. Aku anak lelaki dan aku tak pernah miss bawak ibu dan ayah aku pergi shopping. Aku tak pernah peduli bila member-member cakap “hoi… dah besar pun berjalan dengan mak bapak ker?” sebab aku tau yang ibu ayah aku seronok bila aku bawak mereka jalan-jalan. Dan aku juga sedar betapa ruginya mak bapak orang lain yang tidak pernah diajak oleh anak sendiri untuk pergi jalan-jalan. Ayah aku agak warak, ibu aku lemah lembut tapi mereka tak pernah tolak pelawaan aku bila aku ajak tengok wayang tengok filem Melayu/jalan-jalan. Iya… aku menonton wayang dengan ibu ayah aku. Korang jeles?

Aku sedar yang kalau aku tak bawak mereka, maka takkan jejaklah kaki mereka yang tua itu ke dalam panggung wayang tu. Cuma aku sentiasa berharap yang satu hari aku boleh jejakkan kaki mereka ke Mekah. Doakanlah yea… :)

7. Bila kita, ibu dan ayah berada di hadapan khayalak ramai… janganlah malu-malu untuk memimpin tangan mereka. Aku selalu nampak kengkawan aku yang agak malu untuk berbuat sedemikian tapi ingat, jangan bila ibu ayah kita dah takde.. barulah kita nak buat semua tu.

8. Janganlah terlalu “berahsia” dengan ibu dan ayah sendiri semata-mata untuk menunjukkan “kedewasaan” dan “kematangan” kita dengan tak tentu pasal. Kalau ada masalah “awek” ker, “balak” ker… jangan takut. Bawak-bawaklah cerita kerana kita tak perlu malu kerana mereka bukannya member satu rumah sewa kita, bukan kaunselor kita dan bukan orang luar yang kita baru kenal. Kan ke kita ni anak mereka, dan hanya mereka yang lebih memahami.

9. Ini pulak tips untuk anak lelaki, sebab aku lelaki. Kalau korang perempuan pun boleh jugak:
Rajin-rajinlah urut ibu dan ayah kita sebab setiap kali kita mengurut, kita akan sedar keadaan sebenar mereka. Kalau korang tak percaya, sekali sekala bila korang balik kampung, urutlah mereka. Tulang temulang mereka yang semakin reput, kulit mereka yang semakin berkedut dan bongkok badan yang semakin uzur…. itulah yang membuatkan aku semakin rapat dengan mereka. Aku sedar akan semua itu dan aku harap kita semua sedar yang ibu dan ayah kita sentiasa memerlukan kita sepertimana kita memerlukan mereka pada waktu kita kecil. Silap-silap, once bila kita dah balik KL atau merantau balik… kita akan sentiasa ingat pada mereka.

Dah lah tu, makin sebak pulak aku bila sampai perkara no 9 ni. Aku takkan teruskan dengan nombor 10 sebab aku nak sangat tau apa yang korang buat dengan ibu ayah korang pulak. Lastly, aku harap korang happy dengan music video yang telah aku pilih ni:

Terima kasih.


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

BANNER3


13 Responses to “Lagu Untuk Ibu dan Ayah.”

  1. kakeruNo Gravatar Says:

    Salam Rohaizad,

    Bagus entry ini n saya setuju dgn pendapat awak.Dua2 lagu tu pun ialah lagu kegemaran saya.

    Tak perlu nak hurai lebih, ibu mmg penting buat kita. Siapalah kita tanpa mereka…

  2. wan wmaNo Gravatar Says:

    selamat hari ibu!

  3. hafifiNo Gravatar Says:

    tahniah bro..ko mmg baik..klu aku ade ank pompuan, akan ku kahwinkan ko ngan anak aku..:)..aku sllu urut ayah aku..

  4. zuhairyNo Gravatar Says:

    selamat hari ibu….

  5. rohaizadNo Gravatar Says:

    kakeru- apa planning untuk hari ini? jamu selera di luar dengan ibu yea?

    wanwma - selamat hari ibu jugak, tapi jgn dilupakan ayah di rumah.

    hafifi - teruskan dengan URUTAN seorang anak. memang takkan dilupakan oleh seorang ibu dan ayah!

    zuhairy - thanks! semoga hari ibu tahun ni lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya :)

  6. catzerNo Gravatar Says:

    Awal pagi tadi aku call mak aku wish happy mother day..kekekekek..plan nak nyanyi tp pagi2 kang ada plak muntah org tua aku dgr sore aku ni :p

  7. rohaizadNo Gravatar Says:

    nyanyi…?
    wakakaka.. takpelah.. nyanyi jer..
    yang pasti lepas tu, hati kita memang akan SEBAK punya. percayalah cakap aku.

  8. kakeruNo Gravatar Says:

    Ohh…pasal urut-mengurut tu, mmg camtu ke Rohaizad? Klu ikutkan, mmg tiap2 kali balik kg, saya mesti kena urut mak saya ~ suatu kewajipan… Tak sangka la plak ada hikmah di sebaliknya. Bagus juga!

  9. rohaizadNo Gravatar Says:

    yup, itu cakap ikut pengalaman … bukan “confirm” yea… :)

  10. catzerNo Gravatar Says:

    kekekeke, aku tak nyanyi tp ckp selamat hari ibu berulang ulang kali..ahahahah..sampai mak aku ckp, ni wish utk thn bile plak ni..kakakakka

  11. nolitaNo Gravatar Says:

    a’kum zad.
    terdiam aku seketika dgn cite kau.
    aku dah tak de ibu :(………….
    aku rindu ibu aku

  12. rahsiakomputerNo Gravatar Says:

    selamat hari ibu juga….

    lagu yang baik….tenang hati dan jiwa

  13. rohaizadNo Gravatar Says:

    nolita- alamak ita, janganlah macam tu. ko sedih, aku pun sedih jugak. just jangan lupa doa untuk ibu yea.. :)

    Mus- thanks :)

Leave a Reply