Ingin beriklan? Sila klik di sini


Dr Mahathir keluar UMNO (satu eksperimen).

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Orang - Tarikh diterbitkan: May 19, 2008 online

Dr Mahathir keluar UMNO!
Iya… sejak dari tengah hari tadi sehinggalah Buletin Utama TV3 habis, aku dapati sudah beratus-ratus artikel mengenai Tun Mahathir keluar UMNO terpapar di dada blog dan juga website di seluruh dunia. Malah, berita Tun Mahathir keluar UMNO pun sudah berada di Digg.com.Bermacam-macam cerita yang kita boleh baca mengenai ulasan beliau hari ini.
Tanpa tapisan dan potongan video dari mana-mana pihak, kenyataan yang terkeluar dari mulut Tun Mahathir itu semakin sukar diduga. Keluar dari UMNO adalah satu keputusan yang tidak pernah disangka oleh mana-mana pihak. Even Nik Aziz berasa gembira apabila mendengar berita ini.

Aku tidak handal dalam politik dan aku tak suka membuat andaian mengenai dunia politik.
Dr Mahathir ataupun Tun Mahathir keluar UMNO adalah satu pendedahan peribadi dan aku sendiri pun tak tahu kenapa beliau berbuat sedemikian. Aku jugak benci membaca cerita politik yang dikarang oleh orang yang baru setahun dalam dunia politik ni.

Terus terang, aku memang menyampah membaca blog-blog student yang sudah pandai kritik itu dan ini (walhal baru setahun jagung) tidak kiralah apa yang dibebelnya itu demi kerajaan mahupun pembangkang. Itu semua hanyalah perasaan dan emosi semata-mata.

Tapi bukan itu maksud aku sebenarnya.
Korang nak tau kenapa?
Sebab ramai di antara mereka ini hipokrit dan memandai-mandai. Mungkin ada yang panas telinga bila aku cakap macam ni kan? Tapi aku ada alasan untuk itu semua. Korang tanyalah diri korang tu sebenarnya. Engkau ni blogger jenis apa? Apa yang engkau bloggingkan? Kenapa engkau memblogging dan apakah maksud yang tersurat mahupun tersirat dalam dunia blogging engkau?

Cool, jangan terasa “KERAS” dengan ayat aku ini.

Memanglah betul dengan frasa “suka hati akulah aku nak tulis apa dalam blog aku!”
Tapi perlu diingat, aku pun ada hak untuk berkata “suka hati engkaulah, kalau tak tahu… buat cara tak tau, jangan menjadi api dalam sekam” dan itulah yang aku akan tulis dalam blog aku selalu sebab “suka hati akulah aku nak tulis apa dalam blog aku”. Aku hanyalah PEMERHATI. Dan hakikatnya, aku ada sebab yang khusus mengapa aku “up”kan entri ini.

Jikau engkau hendak tahu apakah yang tersurat dan tersirat mengenai entry ini, aku akan beritahu nanti. Aku janji. Opsss… lihat lagi sekali tajuk di atas —> Dr Mahathir keluar UMNO (satu eksperimen).

Apakah maksud eksperimen itu?
Tungguuuuuuuuuuuuu… sehingga waktu yang kena, barulah aku akan kongsi maksud kesemua soalan berwarna oren di atas. Yang jelasnya, aku bukan memblogging membabi buta malam ni.

Sekali lagi, Dr Mahathir telahpun keluar dari UMNO. Apa yang kau rasa?

********** siapa yang faham mengenai entry ini, sila hubungi aku!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 22 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. megat said:

    ah!? aku baru tahu!

    aku dah jangka sebenarnya tapi tak tahu ianya bakal menajagi realti!? aku nampak kesan dari blog beliau dimana penulisan beliau byk mempengaruhi keadaan politik skang ni.

    aku bukan nak jadikan politik sbg ruang utk aku berjaya dlm hidup tapi cukuplah sekadar rakyat menjadi haknya!

    aku rasa aku faham apa yang ko nak sampaikan. mesej ko ini akan sampai kepada mereka yang tidak terlalu taksub atau fanatik dgn dunia politik (yang ada makna).

  2. rohaizad said:

    wahhh… megat!
    5/10 markah dalam tangan ko skang nie. tapi apa agaknya point yang selebihnya (5/10 lagi tue yea?) :)

  3. taukey said:

    hmmm….byk tersirat ni bro…aku pun tak tau…mgkn aku jahil sgt dengan dunia politik agak nyer…hehehe…tapi yang aku faham post berkenaan takder kaitan dengan dunia politik.

    betul tak? kalau salah bagitau erkk…hehe

  4. rohaizad said:

    akhirnyaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

    yes taukey, ko dah berjaya menjawab soalan aku. memang post kat atas tu takde berkaitan dengan dunia politik sangat. memang ko betul sebab eksperimen yang di atas itu sebenarnya adalah berkaitan dengan xxxxx xxxxxx xxxxxxxxxxxx!

    nantikan hasilnya!

  5. taukey said:

    aku rasa aku tau la bro apa yg dimaksudkan dengan eksperimen. tapi mungkin lain jugak. takper aku jadikan ni eksperimen aku juga yer. he he he.

    aku nak tengok. biarla post ni lama sikit sebelum update. hehehe

  6. rohaizad said:

    kalau betulah eksperimen yang ko maksudkan sama ngan aku punya eksperimen, memang patut pun aku biarkan post ni lama sikit sebelum update.

    wahahahahahah…

  7. nuarX said:

    setelah bace dengan skimming, aku tak dpt tangkap maksud sebenar ko rohaizad.hehe. tapi lepas taukey ckp mcm tu, baru aku terasa remang bulu roma.hehe. tak tau la betul ke firasat aku ni.

  8. rohaizad said:

    fuhh… nuar,
    ko punya firasat tu buat aku cuak laaa… apa yang buatkan bulu roma ko merememang errk?

  9. taukey said:

    hehehe…bulu roma meremang ke? hahaha..baik aku tak komen hari tu…mesti eksperimen berjaya..haha.

  10. rohaizad said:

    itulah pasal.. sebab aku rasa tak sampai tahap naik bulu roma meremang kot… ahakss…

    tapi bagus gak kalau nuar dapat explain, maybe ada sesuatu yang menarik…

    nuar oh nuar… mana ko nih?

  11. nuarX said:

    bulu roma meremang tu hanya hiperbola. lupe nak cakap tadi.huhu.

  12. rohaizad said:

    warghhh…warrgghh…warrghhhh…
    penuh falsafah la ko ni nuar :)

  13. nuarX said:

    jap zad. aku perasan kan, mesti ade sebab musababnye ko BOLD kan perkataan tertentu.hehehe.cukuplah klu itu dari diriku ini.

  14. rohaizad said:

    hu..hu…hu…
    ternyata ko ni memang seorang “PEMERHATI”.

  15. nuarX said:

    kenape ade tanda “” katpemerhati tuh. lain mcm jerk.

  16. rohaizad said:

    wahahaha…

  17. nuarX said:

    kite “perhati”kan lah yek. eksperimen ni ada prosedur tak ? kena ade prosedur nih…baru boleh buat repot. kalau tak kena sound ngan lecturer.huhuhu.

  18. nolita said:

    semua berlaku ada sebab…
    so renung2kanlah.

  19. cahaya said:

    salam…
    banyak banyak entri..tajuk entri ni yang paling bes..dan menarik minat…apa pun kata orang tun memang bes lah…..

  20. rohaizad said:

    nolita – yup, betul tu tapi hanya yang perlu direnungkan sahaja.

    cahaya – sungguh indah namamu itu…hik..hik…hik…welcome to rohaizad dot com yea… :)

  21. taukey said:

    hmmm…..hehehehe… semua benda ada prosedur. hehehe

  22. boss said:

    sekrang dah masuk balik dah..