Ingin beriklan? Sila klik di sini


Malam yang indah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: May 22, 2008 online

jiwang.jpg

Entri ini tiada kena mengena dengan blogging tips, SEO, adsense mahupun internet marketing.
Apa yang akan aku tulis ini adalah satu rasa yang aku sendiri nak luahkan. Bukan bermakna aku jiwang (uwekkk :-P ) tapi, sejantan mana pun seseorang lelaki itu, bila tiba satu ketika yang membuatkan fikirannya melayang terkenangkan kisah lalu hidupnya, alamat “ter – sentimental – lah” dia secara automatik tanpa disuruh.

Dan itulah yang berlaku pada aku sekarang ini (adehhh…12.27 tengah malam nih) dan kalau kamu nak rasakan apa yang aku rasa, aku harap kamu dapat mainkan sekali video ketika kamu membaca entri ini. Kalau boleh lagi, bacalah entri ini pada waktu malam yang sunyi.

Iya.. aku maksudkan malam yang betul-betul sunyi dan mainkanlah lagu ini bersama. Ini kerana itu sahaja caranya bagi kamu untuk rasa apa yang aku rasakan. Aku gerenti “perasaan” itu akan datang.

Jika pada detik kamu baca entri ini adalah waktu siang, just berhenti dan simpanlah bacaan ini untuk malamnya. Percayalah cakap aku.

Well, itupun kalau kisah lalu kamu sama dengan aku. Kalau engkau ingin berkongsi kisah lalu bersama aku dalam entri ini, aku amat alu-alukan… :)

Wahai rohaizad, kenapa pulak boleh timbul entri pasal kes sebegini secarar tiba-tiba nih?

Wakakaka… itu aku takleh jawablah wahai kawan sebab “aku tulis apa yang aku SUKA, aku canang apa yang aku MAHU dan aku membebel pada apa yang aku TAHU”.

Jadi bila tiba mood untuk entri bagi kategori “Kenangan” datang, itulah yang aku akan curahkan. Tapi kenapa tiba-tiba datang coretan bersama dengan lagu nie?

Ini semua pasal tangan aku ni yang gatal. Dari tadi asyik layan lagu rock kapak kat Youtube, entah macam mana plak boleh meleret ke video ni. Dah lah tu, 2 lagu ni memang cukup terkesan dengan kisah hidup aku yang lepas.

Banyak betul kenangan yang tersimpan dan bila lagu ini aku ulang-ulangkan, aku tersenyum jer (harap dia bahagia di samping keluarga tercinta ~~~ hu…hu…hu…)

Dah…dah…. aku tahu kamu semua mesti nak kutuk aku kan?
Cehhh.. mesti ada yang kata aku jiwang!
Aku dah agak dah….!

p/s: okay tak theme baru aku ni?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 6 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    Aku kutuk dulu la yer. hehehehe. Jiwang nyer..

    hahahahahaha. Satu kenangan yang terindah erk bro (samsons) . hu hu hu. Aku baca awal pagi nih pun terasa sket. wakakaka.

    p/s: mgkn aku pun jiwang gak rasa nyer

  2. rohaizad said:

    sah lah tuh…
    ko pun jiwang kot..
    mari berjiwang bersama…

    ekekekeke…

  3. megat said:

    manusia memang asasnya dicipta dengan perasaan sedemikian. cuma cara mereka membelai perasaan itu yang berlainan.

    tak salah jika kita melayan perasaan yang satu ni eheh.

  4. rohaizad said:

    aku sokong!

  5. nolita said:

    kita manusia..
    ada feeling.
    so berjiwanglah..huhu

  6. boss said:

    ok malam sikit aku baca..