Sometimes, less is more.
Semalam rasa best, hari ni pun rasa best jugak.
Tanpa tekanan, tanpa bebanan, tanpa kusutan.
Dan semakin lama aku pandang, semakin cool pulak.
Kadang-kadang, sedikit itu ada kelebihannya.
Itulah yang aku nak katakan dengan theme baru rohaizad dot com ini. Entah kenapa pulak, aku tak dapat pastikan tetapi theme ini memang membuatkan aku rasa rilek semacam jer. Meskipun nampak minimalist dan lebih simple dari theme yang terdahulu, tapi memang gerek.
Tiada adsense, tiada gambar kepala botak aku kat tepi, tiada plugin yang berat, tiada auto rss button dan banyak lagi yang aku telah buang. Blog ini semakin “ringan” dan begitu jugak dengan kepala aku. Berlatarbelakangkan warna putih dan bertemankan sedikit shadow sebagai mainan landskapnya serta warna merah di bahagian sidebar, aku rasa theme sebegini akan menjadi lebih “selamba” untuk semua pengunjungnya. Tiada lagi unsur-unsur “urban + hi tech” dalam blog peribadi ini. All back to basic.
Tapi ada lagi satu part yang seronok bagi aku iaitu font.
Mungkin ada yang berkata font ini tak sesuai tapi bagi aku, font zaman Leftenan Adnan ini macam happening jer. Ia membuatkan aku teringat zaman pakai type writer dulu-dulu. Yelah.. zaman aku study dulu, mana ada fully computer assignment kan. Pakai type writer pun lecturer boleh terima. Janji kemas dan tak banyak “liquid paper”.
So apa kata engkau?
Adakah theme ini best?
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
May 23rd, 2008 at 12:13 am
nampak selambe theme baru ko ni…
ok la tu.
May 23rd, 2008 at 12:40 am
Entahlah.. AKu tak berapa minat theme ko nie..
Tapi apedehal.. Ko punya sukalah kan
May 23rd, 2008 at 7:14 am
ok aper tulisan tu….ala ala zaman combat … askar tulis surat ke rumah guna taip-riter
May 23rd, 2008 at 7:14 am
theme benda yang paling susah untuk dibagi nilai… putih seputih pulau batu putih