Rewang kerja kahwin – adat atau cara hidup?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: May 23, 2008 online

albumkahwin0051.jpg

Hari ini adalah hari Sabtu 24hb May 2008.
Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah.
Hari ini adalah satu hari yang best bagi semua anak-anak di Malaysia ini.
Hari ini adalah hari di mana si ayah akan membawa pulang membawa isteri dan anak-anak mereka bertemu atuk, nenek dan juga opah mereka di kampung.
Hari ini juga adalah hari yang paling keramat bagi orang yang hendak kahwin esok!

Seperti biasa, kenduri kahwin adalah satu lagi lambang keseronokan hidup berteman. Hari yang dianggap sebagai hari pertabalan raja sehari ini sebenarnya adalah satu petanda penghujung kisah berteman mereka dan pada waktu yang sama, ia akan jadi hari pertama untuk mereka berkongsi hidup. Iya… berteman dan berkongsi hidup adalah 2 perkataan yang membawa yang amat berlainan.

Bagi mereka yang akan berkahwin, harap mereka dapatlah memahami maksud dan konsep 2 perkataan ini. Jangan sesekali ada rahsia selepas berkahwin kerana itu adalah petanda bahawa tahap kepercayaan antara sesama engkau belum lagi cukup kuat.

Kenduri kahwin juga adalah satu majlis yang amat membawa erti kepada emak dan bapak pengantin. Bapak pengantin akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua keperluan di “hadapan” akan lengkap selengkapnya termasuklah team-team rewang.

Walaupun bertindak seperti mandur, tapi bapak pengantin akan selalu dilayan dengan baik oleh team rewang. Order sahaja, pasti akan terlaksana.

Kalau pada zaman aku dulu sampailah sekarang ini, bapak pengantin akan buat apa sahaja supaya jemputan yang datang berasa selesa. Malah, kalau perlu di “tolak hujan”, maka ilmu tolak hujan pun akan di “order”.

albumkahwin0065.jpg

Emak pengantin pula akan memastikan semua keperluan di “belakang” lengkap seadanya.
Kebiasaanya, pada hati keramat seperti ini bukan sahaja pengantin yang naik serinya, tapi emak pengantin juga akan terpancar serinya. Itu yang seronok’kan?

Bukan itu sahaja, segala kesibukan yang ada di bahagian belakang selalunya tidak akan diketahui oleh orang hadapan. Bagi orang seperti aku yang bujang trang tang tang ini, aku masih lagi ada tugas untuk mereka yang hendak berkahwin. Jadi department aku pada hari-hari sebegini dan esok adalah di bahagian dapur.

Apa yang seronoknya “rewang” kenduri kahwin ini?
Woooo… banyak sangat keseronokannya.

Dari mencuci beras, melapah daging, membersihkan ayam… masing-masing ada cerita ceritu yang tersendiri. Bergelak ketawa, mengutuk dan berbual-bual bersama member sering mencuit hati. Tua ke, muda ke… semuanya sama jer sebab pada hari rewang sebegini, semuanya membuat kerja bukan atas dasar duit.

Malah tidak terlintas sedikit’pun pasal duit sebab kalau boleh, orang dapur juga inginkan orang di hadapan berasa selesa. Setakat asap tu, standard’lah kan.

Lagipun, acara menangis di siang hari kat department dapur ni memang tak boleh dielakkan lagi. Kalau kena kayu api yang okay, tak kisahlah tapi kalau kena kayu getah, maunya tak keluar air mata ni…pedihnya mata ni tak dapat tertahan.

Bagi aku pulak, adat memberikan “rokok rewang” memang tak boleh aku lupakan. Walaupun aku bukanlah seorang perokok, tapi adat “rokok rewang” yang masih diamalkan sehingga hari ini sebenarnya ada makna yang tersirat.

Adat memberikan “rokok rewang” ini adalah satu cara bagaimana bapak pengantin boleh menunjukkan betapa “sporting” dan cool” nya beliau dalam meletakkan dirinya sebagai “sebahagian” daripada orang-orang dapur.

Meskipun bapak pengantin akan berada di hadapan, tetapi rokok rewang itu adalah satu cara untuk menunjukkan yang dia ‘kisah” kan orang dapur.

albumkahwin0039.jpg

Ada ketikanya orang dapur ataupun budak rewang ni amat diperlukan kudratnya di bahagian hadapan. Seperti di tempat aku, orang dapur mempunyai kuasa untuk membuat TOL. Bila pengantin lelaki sampai, maka dengan selambanya orang dapur akan menyambut mereka.

Dengan muka yang berpeluh dan kain rewang di leher (kain seperti tuala untuk lap peluh yang disediakan oleh emak pengantin), orang dapur dengan selambanya akan menjadi palang TOL PLUS di hadapan khemah.

Senang citer, rombongan pengantin lelaki akan di “tahan” oleh orang dapur. Ingat senang ker nak jumpa pengantin perempuankan? Memang seronok bila melihat pengapit lelaki kena “tiaw” dengan orang dapur.

Bagi pihak perempuan, ianya tak lebih dari sekadar untuk mengusik pengantin lelaki. Lagipun, inilah detik terakhir untuk mengusik kerana selepas ini, dah tak boleh usik dah sebab pengantin perempuan sudahpun menjadi milik pengantin lelaki yang sah. Dan selalunya detik inilah yang akan diingat oleh pengantin lelaki.

Lagi satu yang best masa kenduri kahwin ni ialah group rewang bahagian hadapan iaitu team rewang perempuan.

Aiseymen… masa zaman aku kecik-kecik dahulu, inilah tujuan sebenar aku pergi rewang kenduri kahwin ni (kalau mak aku tau, habis aku). Tak dapat dinafikan memang itu adalah hari yang aku nantikan sebab aku dapat melihat banyak awek yang cun melecun dan mengancam jiwa.

Memang aku tak kenal langsung awek bunga telur dan awek yang lainnya tu sebab mereka semuanya adalah saudara mara si pengantin. Yang sepupu’nya lah, yang dua pupu’nya lah, anak si Pak Uda’nya lah, anak Mak Long’nya lah dan macam-macam lagi.

Tapi yang pasti, bila lagi kita boleh tengok awek perempuan pakai baju lawa siap bermekap di siang hari selain Hari Raya kan? Memang itu jelah hari yang kita boleh lihat awek cantik!

Pernah jugak aku sanggup balik rumah 3 kali untuk mandi sebab nak nampak HEBAT dengan baju yang bersih dan muka yang tak berminyak semata-mata untuk menarik perhatian awek di hadapan. Cehh…

Tapi itu semua adalah kenangan.
Bagi aku rewang bukanlah adat ataupun cara hidup tetapi ianya adalah budaya. Budaya rewang ini sebenarnya dalah budaya gotong royong dan aku mengaku yang budaya ini semakin terhakis. Untuk “merasai” pengalaman seperti yang aku ceritakan ini sekarang payahlah sikit sebab semuanya dah pakai catering.

Bayar jer dan settle acara. Cuma bagi aku “feel” kenduri kahwin takde. Catering memang membunuh budaya rewang ini tetapi (bukan aku cakap, orang dapur yang cakap) cara hidup yang semakin terdesak sekarang ini membuatkan kita terpaksa menggunakan khidmat catering. Ilmu “tolak hujan” pun dah tak berapa glamer sebab sekarang orang kahwin dan banyak pakai dewan.

Jadi sekarang apa yang tinggal?
Yang tinggal hanyalah kenangan. Bagi orang kota , kalau ada masa terluang… bawaklah anak isteri balik ke kampung dan “satukan” mereka dengan budaya ini. Untuk golongan orang muda (di kota), rajin-rajinlah merayap ke rumah member yang berada di kawasan perkampungan, FELDA ataupun setinggan (macam area aku) dan “satukan” diri dengan budaya gotong royong ini.

Untuk student, ambiklah cuti semester sebagai satu peluang untuk melihat dengan mata sendiri akan budaya ini dan bagi orang kampung, ajaklah orang kota yang “jakun” untuk merasai keseronokan rewang kenduri kahwin ini. Pasti kamu akan dapat “rasai” nya.

Selamat Pengantin Baru untuk kawan baik aku Muzammil (Eksekutif Jabatan Alam Sekitar), Namanzee Harris (Penerbit Eksekutif Astro) dan Khairul Anuar (MediaCorp Singapore) (opss… sekarang di Shell Putrajaya). Semoga bahagia sehingga ke anak cucu!

albumkahwin0018.jpg

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berminat dengan outdoor photoshoot? wedding anniversary photoshoot? potrait?
Jikalau iya, sudi-sudikanlah call aku yea… heh


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 14 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    hmm…macam bunyi nak kawen jer? btl ke bro? blh la. jgn tunggu lama-lama , nanti diambil orang. hehehe

  2. rohaizad said:

    Kahwin?
    Belum lagi rasanya. Selagi target income tak capai, aku tak nak kahwin sebab kat JB nie, kalau fulus tak cantik…kang isteri pulak yang tertekan.

    Nak itu tak dapat, neka beli ini tak dapat… mana kena ikat perut lagi… tak sanggup rasanya nengok isteri macam tu.

    Kepada sesiapa yang ingin menjadi isteriku, sabarlah menunggu. Kan ker sabar itu sebahagian daripada Iman? :)

  3. Nuar said:

    Muhaha…aku rasa ko pun tak lama lagi ni Jad! Anyway thanks for the wishes!

  4. rohaizad said:

    Aku?
    Aku tinggal Maya Karin kata YA jer. Kalau dia ON, aku pun ON gak. Aku tak cerewet… ekekekeke.

  5. taukey said:

    hahahaha….Maya Karin ? hehehe…. tak cerewet ke tu? wakakakaka

  6. menj said:

    Wahahahaha….

    menjs entri yang terkiniVisiting a grave

  7. abahfateh said:

    cerita pasal tol mengingatkan saya kepada pengalaman sendiri yang berpeluh menghadapi tol…

    mujur pengapit adalah bapa saudara isteri saya.. kurang sikit beban… tapi teruk kena kutuk sebagai pakai ‘cable’….

    abahfatehs entri yang terkiniMengelak Jenayah Seks! Tukar Uniform Pelajar Perempuan

  8. nolita said:

    ye la aku kawin tak dtg….
    ko bila lagi ni???.hehehe

  9. rohaizad said:

    bukan tak nak datang ita… tapi memang ada hal yg tak dapat dielakkan…

    aku? kawin?
    ermm… jodoh kat tangan Tuhan….

  10. taukey said:

    ke ko tunggu maya karin jugak? ekekeke :P

  11. menj said:

    Asyik nak Maya Karin kerja ko ye….

    menjs entri yang terkiniBertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com

  12. [...] dalam blog rohaizad dot com ini. Last entri blog ini mengenai “kahwin” adalah pada bulan May 2008. Tapi dah namanya cuti sekolahkan… cerita mengenai majlis kahwin cukup [...]

  13. boss said:

    kampung ok rewang2 ni.. tapi kat bandar2 ni main katering je jad..

  14. [...] ini pernah membicarakan mengenai perihal rewang… tapi hari ni, aku nak post satu lagi gambar adat orang Johor yang aku amik pada [...]