Tips untuk bersedekah.
Aku baru jer melawat blog Bob dan aku rasa aku nak panjangkan sedikit moral of the story yang telah BOB utarakan. Lagipun, idea yang Bob cetuskan dalam entri tu amatlah bagus dan harus diikuti. Buat pengetahuan semua, baru saja semalam aku membaca satu buku yang bertajuk “Anda bertanya, Islam menjawab” di Perpustakaan Awan Sultan Ismail, Johor Bahru.
Adapun buku itu tidaklah sebesar mana bentuknya dan tidaklah cantik rupa serta keadaannya. Buku itu juga sudah uzur usianya tetapi ilmu dan pengisiannya amatlah besar. Jadi Bob sebenarnya telah membuatkan aku mengingati semula apa yang aku baca semalam. Dan ini adalah satu pengisian yang mungkin berguna bagi insan yang bergelar manusia.
Wahai bloggers sekalian (termasuk aku),
Apabila telah datang satu punca rezeki yang engkau rasa seronok untuk engkau syukuri, maka janganlah engkau lari dari kenyataan dari mana rezeki itu datang. Sesungguhnya, rezeki itu semuanya datang dari Allah dan jikalau engkau mahu rezeki itu dipanjangkan, maka seharusnya engkau panjangkanlah sifat bersedekah supaya hilang sifat dan rasa riak serta takbur yang ada dalam jiwa.
Mengapa kita harus bersedekah?
(ini adalah antara intipati yang aku baca dalam buku itu)
Islam menggalakkan kita untuk bersedekah bukanlah atas dasar “cukai”, “income tax” ataupun yang seumpamanya. Sama ada kita sedar ataupun tidak, ramai orang yang “senang dan kaya” selalunya alpa dan lupa pada sebab musabab bersedekah.
Sebenarnya, amalan bersedekah mempunyai maksud yang tersirat. Ianya sangat berkait rapat dengan DOA. Seperti yang kita tahu, doa orang yang miskin, teraniaya dan mereka yang ikhlas selalunya akan dimakbulkan oleh Allah. Jadi apa yang selalunya terjadi ialah satu senario yang kita harus faham. Lihat senario pertama ini:
Orang miskin adalah golongan yang sebenarnya berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Mereka sentiasa berdoa agar kekurangan dan kemiskinan itu akan diberkati oleh Allah. Bermaksud mereka berdoa agar Allah menambahkan lagi rezeki mereka. Tetapi, ada juga orang miskin yang terlalu daif dan tidak tertanggung beban yang ada di bahu mereka sehinggakan pada satu saat, mereka tidak boleh menahannya dan ianya boleh menyebabkan mereka berada di luar pertimbangan. Perlu diingat, mereka juga manusia dan mereka ada perasaan. Jadi apabila mereka di’tindas, di’tidakpedulikan dan di’hina, maka ada di antara mereka yang akan memaki, menyumpah seranah dan mengata-ngata dalam hati masing masing seperti:
1. “orang kaya berlagak! bankrap la engkau satu hari nanti..”
2. “sampai hati engkau buat keluarga aku macam nanti, aku harap engkau akan dapat balasannya…”
3. “sedikit pun engkau tidak mahu tumpangkan aku dan orang tua aku yang uzur di tengah gerimis ni, malah engkau langgar lopak air ini…. habis basah semua baju orang tua aku! harap kereta MPV jer besar. accidentlah engkau di hujung jalan tu nanti…”
4. “Ya Tuhan… mengapalah orang kaya ini sungguh sombong…. sehinggakan aku hendak bertumpang teduh di hadapan pagar rumahnya pun tidak boleh… ”
5. “Ya Allah.. aku redha dengan kehidupan aku.. aku akan berusaha untuk meyakinkan orang yang kaya bahawa orang miskin seperti aku juga ada keinginan untuk duduk di rumah yang besar seperti rumah mereka. Tapi aku rasa tak perlulah mereka meludah dan tutup hidung hanya kerana aku seorang pengutip sampah…”
Jadi inilah senario sebanar kehidupan di dunia.
Jangan kata orang miskin, sesiapa pun tidak mahu dibuat dan dilayan sebegitu rupa. Tetapi seperti apa yang aku baca dalam buku itu, manusia seringkali lupa dan alpa apalagi kalau dah jadi orang senang dan kaya. Apabila semua ini berlaku, maka ucapan dan juga “kata hati” orang yang miskin ini akan jadi satu DOA. Jadi fahamkanlah siapa yang mendoakan, apa yang didoakan dan kepada siapa mereka tujukan doa itu.
Berlainan jika engkau suka bersedekah, sudah tentu sedekah engkau itu boleh dijadikan satu penyubur hati. Tapi perlu diingat bahawa bersedekah bukanlah hanya setakat memberi wang di tabung-tabung masjib, malah banyak lagi yang engkau (dan aku) boleh buat. Sekarang bayangkanlah satu lagi senario yang amat berbeza dengan situasi sebelumnya:
Engkau dapat income yang lebat dari hasil jualan harian pasar malam, paid post, overtime mahupun kerja part time. Bila dapat gaji, engkau terus keluarkan not RM50 dan terus menuju ke Metro Jaya kerana engkau tahu ada SALES! Jadi setelah engkau berkenan dengan baju yang cantik itu (offer pulak tuh - RM10 sehelai), engkau pun membelinya. Sampai di rumah, engkau pun menunggu makcik yang menjaja dihadapan rumah engkau pada setiap petang itu.
Engkau tahu yang mak cik itu seorang janda yang hanya menjual kuih muih dalam bakul dan terpaksa menanggung 5 orang anak. Engkau juga tahu yang pakaian anak-anaknya pun susah berganti. Jadi pada hari yang mulia itu, engkau pun membeli kuihnya seperti biasa dan selepas itu, engkau pun memberikan (bersedekah) baju BARU itu dengan harapan bertambah lagi satu lagi baju baru untuk anak-anaknya. Dengan perasaan yang amat gembira dan senyuman kesyukuran yang tidak pernah terukir, mak cik itu pun berkata ” Ya Allah, Alhamdulillah…! Nordin/Adawiyah, terima kasihlah banyak-banyak… mesti anak-anak mak cik suka dan mak cik berdoa semoga Tuhan panjangkan usia dan murahkan rezeki engkau yea…”
Haaaa… nampak tak apa yang berlaku tadi dan apa yang telah di doakan oleh mak cik tadi?
Adakah engkau mahukan senario pertama atau yang kedua?
Tentulah yang kedua kan?
Jadi, kalau engkau mahu bersedekah, tips nya cuma 2 jer. Tak susah dan memang senang.
Inilah tipsnya:
1. Bila engkau mahu bersedekah, pertama sekali kena IKHLAS. Dalam kes Nordin, dia membeli 5 helai baju itu dengan sekadar yang dia mampu dan dia tak bercerita pada sesiapapun akan hal pembelian baju itu kepada kawan sepejabat, teman serumah mahupun jiran-jirannya. Bukan itu sahaja, janganlah bersedekah dengan barang yang second hand. Beri barang yang baru dan baik keadaannya.
2. Kalau engkau rasa tidak tahu hendak memberi apa, wang juga sudah memadai dan jangan sesekali berasa “alamak, nak bagi RM10.. macam banyaklah pulak”. Itu sudah tidak ikhlas jadinya. Berilah barang/nilai yang engkau paling sayang sekali. Kalau setakat beri sedekah untuk menunjuk, baik batalkan niat itu. Aku pernah mengalami situasi sebegini. Yea.. aku mengaku. Dan apa yang aku buat untuk mendidik sifat bersedekah ini ialah dengan mengajar diri aku sendiri betapa wang itu hanyalah sekeping kertas yang ada dalam wallet aku. So aku ada cara aku sendiri dalam konteks bersedekah, wang dan wallet ini. Engkau ingin tahu apa yang aku buat?
Senang saja.
Pada setiap hari Jumaat, sebelum aku pergi ke masjid aku akan cuba menyeluk wallet aku dan tanpa melihat apa yang ada, aku akan mengambil satu helai wang kertas. Kalau not RM50.00, maka RM50.00′lah yang akan aku letak dalam tabung masjid itu. Tapi kalau aku terambil not RM1.00 aku akan cuba untuk ambil lagi. At least aku akan cuba jadikan RM5.00. Kelakarkan?
wakakaka…!
“RM50? Banyaknya!!!??? “
Seperti yang aku katakan di atas, terpulang pada kemampuan. Lagipun, kita ni bila tiba bab bersedekah… kita mesti nak berkira. Tapi kalau bab merokokn macam takde apa-apa jer. Lagi satu contoh macam bab berkaraoke di RedBox yang sekali masuk boleh mencecah RM50.00 (weekend), tak pernah pulak kita berkira ye tak? Siap sanggup pinjam duit member lagi! (baca mengenai RedBox di entri aku yang bertajuk Entri Istimewa Sempena Maulidur Rasul).
Jadi, marilah kita bersedekah dan janganlah sesekali kita limitkan cara dan bagaimana untuk kita bersedekah sebab banyak lagi cara untuk kita merealisasikannya. Terus terang aku nak sangat tau apakah jenis sedekah yang engkau pernah buat. Manalah tau kan… mungkin aku dan member-member yang lain pun boleh ikut niat murni yang engkau telah buat itu.
Ayuh..!
Ceritakanlah pendapat engkau di kotak komen bawah sana!
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
May 27th, 2008 at 9:15 pm
setiap rezki ada ibunya.cuma kita tak tau.
bukan semua yang kita dapat tu rezki kita,sebenarnya ada rezki untuk orang lain dengan rezki yang Allah bagi kita tu.
cuba fikirkan.kadang2 gaji kecik tapi cukup segalanya, hati pun senang.gaji banyak ada je yang tak cukupnya..hati pun tak senang.
bersedekah jangan ada lintasan niat untuk menunjuk tapi nun jauh dari keihklasan hati.(susah kan nak tau macammane nak apa yang dikatakan ikhlas)…hanya DIA yang tau…….
May 27th, 2008 at 9:35 pm
sekarang nih kita masih tak update ttg nilai wang yang di sedekah kan….contoh masih ada lagi yg bg kurang drpd seringgit(tapi lg ok dr tak bg lansungkan)..atas nasihat aku kepada semua..sedekah laa lebih daripada seringgit..duit kita sudah murah…dulu hanya perlukan beberapa sen saja..sekarang..mungkin sepuluh tidak cukup bg kau….setiap apa yang kita sedekah akan di balas dengan 10 ganjaran.
p/s: off topic sat, tolong ubah dekat page empunya..di”bernafsu seperti Nabi Adam” aku rasa nafsu orang awam seperti kita amat berbeza…dan nilai iman antara kita dan nabi jauh sekali berbeza…harap maklum
adib.s entri yang terkiniI ruined it.
May 28th, 2008 at 12:09 am
ita: betul apa yang ko cakap. aku setuju.
adib: nilai wang makin kecil, pun betul jugak. bab nafsu seperti Nabi Adam tu, janganlah di salahtafsirkan. aku hanya merujuk kepada fitrah nafsu HALAL lelaki seperti yang di’karuniakan oleh Tuhan kepada hambanya.
“katakan tidak kepada nafsu homoseksual. Tuhan kata hukunmya “HARAM”.
May 28th, 2008 at 3:51 pm
tak kisah la jumlah atau nilai yang kita sedekah yang penting kita ikhlas dan tak harapkan sebarang balasan hasil sedekah.
Dan sedekah tak tertakluk sahaja pada wang Ringgit. Kita boleh sedekah usaha kita untuk bantu orang yang susah.
contohnya tolong Sudara Rohaizad ni kawen dengan Maya Karin. ekekeke
May 28th, 2008 at 4:36 pm
wahhh… taukey,
adapun Maya Karin itu adalah impian yang susah untuk di realisasikan.. wakakaka….
May 28th, 2008 at 4:57 pm
Panjang sungguh entri ko kali ni tp itulah realiti kehidupan antara tgn yg memberi dan yg menerima.
catzers entri yang terkiniOh..Oreo Spill
May 28th, 2008 at 5:01 pm
yup, dan aku rasa aku perlu membuat entri yang sepanjang begini. kalau aku boleh buat satu entri yang panjang lebar pasal masalah lain, mengapa tidak untuk perihal sedekah yang sebegini wajib’kan?
May 30th, 2008 at 3:00 am
amal jariah jangan dilupakan..
May 31st, 2008 at 8:03 am
ikhlas ko menulis
bagus bagus.. percaya la.. ler ni, sepuluh ringgit ko sedekah.. tuhan double kan nanti.
untuk dapatkan yang double kena ikhlas 
May 31st, 2008 at 8:17 pm
saya pun bersetuju dengan artikel rohaizad..
Saya pun ada terbaca tentang sedekah dan bagi pinjaman..menurut islam ia amat berlainan..harap dapatlah en rohaizad mengulas tentang ini ye..
Samalah jika anda menjadi boss konsep dia..boss telah pun membuka peluang rezeki kepada mereka yang memerlukan kerja.. dan tuhan pun telah membuka sepuluh lagi pintu rezeki untuk boss tersebut..hehehe…
May 31st, 2008 at 8:31 pm
itu betul amir.
satu pintu tertutup bermakna kita akan bertemu lagi dengan satu pintu yang terbuka.
May 31st, 2008 at 10:56 pm
ok.ok..aku mengerti..maaf..terlalu awal mengatakan tidak benar…syukur..kau juga manusia biasa…yang berkehendak terhadap perempuan dan bukan nya sebalik nya….cara blogger nak sedekah pon senang jugak..buatkan entry yg bermanfaat…setiap umat user yang membaca akan beroleh pahala dan penulis juga dapat sama…hehe
June 13th, 2008 at 6:46 am
Aku mmg suka scene dari cerita ni….poyo jerr muka pak sheikh tu ya?
menjs entri yang terkiniBertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com