Ada apa dengan hari Ahad?

Hari ini adalah minggu kedua cuti sekolah pertengahan tahun.
Masing-masing sibuk lagi dengan hal kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Tapi, sebelum aku teruskan entry ini, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk kawan sekolah aku; Namanzee Harris. Weyy Manzerk…! aku dah nampak dah ciri-ciri seorang suami dalam mata engkau …. wakakakaka!
Apapun, hari ini hari Ahad dan semua manusia di dunia ini mempunyai hal masing-masing untuk dilaksanakan. Aku pulak hari nie agak FREE dan yang paling best, tiada jemputan kahwin. Kira taklah senak sangat perut nie dengan nasi minyak, ayam dan jugak daging kambing. Kalau tidak, alamat memang toilet’lah yang akan dituju.
Ada apa dengan hari Ahad?
Tiada apa-apa sebenarnya. Cuma apa yang ingin aku kongsikan adalah routine yang aku selalu buat. Maybe routine yang aku nak share nie agak berlainan tapi apa salahnya untuk berkongsikan?
Jadi inilah dia routine hari Ahad aku:
Pagi:
1. Acara ini bukan sahaja hari Ahad, malah tiap-tiap hari aku buat. Iya… sebaik sahaja aku bangun tidur, aku akan terus get online untuk check email dan jugak order. Ini bagi memastikan semua komen dan order yang masuk dapat direkod sebelum disubmit. Untuk pagi ini sahaja, order sebanyak RM250 telahpun diterima.
2. Setelah merekod semua order, aku akan pergi ke aquarium aku untuk melihat ikan kesayangan aku. Aku ada 2 ekor ikan julung buaya, 2 ekor ikan bulu ayam (ghost fish), 2 ikan keli albino (ikan keli putih), 2 ekor udang galah, 2 ekor ikan sepat biru dan 1 ekor ikan emas bermata satu (otai nie). Semunya dalam satu tank. Mereka semua hidup bahagia dan aku rasa dah sampai masanya untuk anak-anak aku nie bertukar ke tank yang lebih besar.
3. Kemudian, aku akan mandikan si Dell aku. Iya.. aku ada seekor kucing hitam dan aku namakan dia Dell sebab sama warna dengan pc Dell. Sejak aku bela kucing nie dari kecik, dia tak pernah kencing mahupun berak dalam rumah. Ini adalah antara kucing aku yang paling berdisiplin sekali sampai emak ngan kakak aku pun respek ngan dia. Mungkin mak bapak dia pernah pergi ke PLKN agaknya. Mana aku dapat kucing nie? Entah, tetiba jer dia datang menangis pagi-pagi masa emak aku nak bukak pintu depan rumah aku. Kira rezeki’lah tuh!
4. Aku akan sambung baring sambil menggeliat sekuat hati aku. Setelah berjaya menidurkan diri aku lagi sekali (dalam setengah jam macam tue), aku akan online balik untuk check email.
5. Aku akan termenung sekejap di bahagian belakang rumah aku.
Tengah hari:
1. Tak lain tak bukan ialah aku akan tengok TV dengan anak-anak saudara aku. Standard’lah, hari minggu akan jadi satu hari yang rasmi untuk kakak aku buat gathering. 4 orang kakak brader… mau letak mana? Rumah memasing dekat-dekat plak tuh. So akulah yang rajin melayan anak-anak sedara aku. Bapak diaorang pulak memang memanjang overtime. Kalau rasa rajin, Perpustakaan Awam Sultan Ismail akan jadi favorite place diaorang. Aku akan bawak diaorang ke situ… senang sket. Aku dapat baca buku, diaorang pun dapat baca buku.
2. Dulu, masa member aku semua belum kahwin, hari Ahad nie memang hari karaoke. Tapi sekarang dah tak lagi dah.
3. Online lagi. Kali ini akan aku berforum di forum-forum yang aku selalu lepak. Mencari idea, info dan lubang business sebab malam sebelumnya semua thread dah saling berbalas reply, so aku akan baca semua hasil perbincangan diaorang (waktu diaorang adalah 24 jam berlawanan dengan waktu Malaysia). Buat pengetahuan semua, aku rajin berforum tetapi aku “malas” me’reply di thread. Aku hanya membaca soalan, jawapan dan feedback dari orang lain. Kalau perlu beli, aku beli. Bestkan?
4. Baring lagi dan bergusti dengan anak sedara aku.
5. Baca paper laaa… apa lagi.
Malam:
5. Tiada aktiviti spesifik di bahagian malam. Selalunya, aku akan settlekan order yang masuk.
Begitulah aktiviti aku sebagai seorang usahawan internet. Aku gelarkan diri aku usahawan internet sebab aku bukan buat kerja sebagai seorang full time blogger, malah lebih dari itu. Dan yang pastinya, target income aku untuk bulan ini sudah pun meet target. Alhamdulillah!
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
June 13th, 2008 at 6:44 am
Sama cam rutin aku jerr….wahahaha.
menjs entri yang terkiniBertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com