Ingin beriklan? Sila klik di sini

Sejauh manakah engkau tahu mengenai Yahoo! ??

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 26, 2008 online

bush_stupid1.gif

Ini adalah satu perkara yang paling basic sekali untuk pengguna internet.
Seperti mana yang kita telah ketahui, Yahoo! adalah salah satu nama yang sungguh sinonim dengan internet. Jadi hari ini, aku ingin sekali bertanyakan satu soalan yang mungkin kelihatan bodoh, tetapi masih ramai yang tidak tahu akan perkara ini.


Bagaimanakah cara untuk menyebut perkataan Yahoo! dengan betul?

Aku mengambil keputusan untuk membuat entri yang agak simple ini selepas aku selesai berchatting (audio) dengan salah satu otai internet di Malaysia. Beliau sendiri tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menyebut Yahoo! dengan betul. Bunyinya agak kelakar tapi itulah hakikatnya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Hutang mesti dibayar’kan?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 26, 2008 online

Oh yaaa…, aku masih lagi berhutang pada pembaca aku akan 2 perkara:

1- Aku berhutang pada Zool mengenai satu review “Bagaimanakah untuk menjana wang hanya dari satu blog?”
2- Aku pernah berjanji kepada semua pembaca aku sendiri (adakah engkau orang itu?) bahawasanya akan ada di antara mereka yang mendapat full hosting percuma untuk tahun pertama dan RM20 untuk tahun yang berikutnya.

Untuk Zool, aku rasa aku akan berkongsi tips mengenai “Bagaimanakah untuk menjana wang hanya dari satu blog?” dalam bentuk audio sebab aku rasa lebih bebas bagi aku untuk menggunakan perkataan yang solid-molid dan mudah faham.

Wahahaha….. sibuknya aku sejak dua menjak nie… :)

Sebutir PERMATA di KEJORA – entri untuk Universiti Putra Malaysia.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 26, 2008 online

permata.jpg
Aku baru balik dari bandar Penawar, Kota Tinggi untuk menguruskan rumah sewa adik aku kat sana.
Iya… adik aku telahpun mendapat tawaran kerja di Kejora (Kemajuan Johor Tenggara) sebagai Pegawai Pertanian dan kalau aku betul, Kejora baru sahaja melakar sejarahnya yang tersendiri.Sejarah?
Benar.

Adik aku adalah pegawai pertanian yang termuda pernah dimiliki oleh Kejora !!!
Dengan melantik seorang pemuda yang hensem dan berdedikasi (tengoklah adik siapa kan?), aku pasti Kejora akan mendapat satu lagi suntikan persekitaran baru dari segi idea dan tenaga kerja. Itu aku pasti. Yang nyatanya, UPM (Universiti Putra Malaysia) telahpun kehilangan satu lagi PERMATA yang digilap oleh mereka sendiri (UPM) selama bertahun lamanya. Bukan aku tidak bersyukur, tetapi ada something yang aku rasa “pelik”.Ceritanya begini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dulu dan sekarang – realiti dan bukti.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: June 19, 2008 online

Amaran: Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca entri ini, harap simpan niat anda kerana ini adalah entri yang terpanjang sekali dalam sejarah penubuhan Rohaizad.com!!!
aku.jpg

Pada saat aku menulis entri ini, aku baru sahaja pulang dari sembahyang Jumaat. Ayah aku sedang makan dan emak aku sedang duduk berehat. Entah macam mana terkeluar pula cerita tentang perniagaan lintah seperti yang aku ceritakan pada entri yang sebelumnya.

So sekali lagi aku sengaja minta pendapat emak dan ayah aku mengenai perniagaan lintah ini. Manalah taukan, hari Jumaat ni kan ke PENGHULU bagi segala hari. Dan feedback yang aku terima adalah seperti yang aku jangka. Respond yang aku dapat saling tak tumpah seperti restu. Tapi itu cuma discussion biasa je. Cerita anak beranaklah katakan… :)

Sebenarnya, situasi sebegini seringkali mengingatkan aku pada saat aku “jatuh dahulu”. Pada waktu itu aku berumur 26 tahun (2005) dan aku sendiri tertunggu-tunggu bilakah saat seperti sekarang ini (hari ini) begini akan muncul semula dalam hidup aku.

Aku inginkan satu kejayaan dan aku ingin sangat mengecapinya sekali lagi (setelah jatuh-bangun beberapa kali). Kalau boleh, kejayaan kali ini biarlah untuk selamanya dan kejatuhan yang lepas biarlah yang terakhir.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Blog akan jadi tak balance jika…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: June 17, 2008 online

balance.jpg

Adalah menjadi satu adat dan juga kemestian bagi seseorang blogger untuk mengemaskinikan blognya sendiri. So untuk malam yang berbahagia ini, aku rasa dah sampai masanya untuk aku berkongsi sedikit tips dan juga keadaan sebenar dunia blogging.

Jadi apa yang menjadikan sesebuah blog itu tidak balance?
Sebenarnya, sesebuah blog itu menjadi tidak balance apabila tuntutan pembacanya tidak dipenuhi. Ermm…. ayat ini mungkin terlalu subjektif tetapi inilah yang berlaku. Perlu diingat bahawa apabila sesebuah blog itu mempunyai traffic yang tinggi, secara tak langsung pemilik blog itu mempunyai semua rencah dan juga resipi untuk pembacanya datang dan datang lagi ke blognya. Jadi mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang topik ini.

Mengapa sesebuah blog itu tidak balance?

1. Tidak diupdate (alasan yang semua orang sudah tahu).
Jika engkau benar-benar ingin merasai “sense of blogging”, updatelah selalu blog. Blog yang tidak di update selalunya menunjukkan kelemahan pemiliknya sendiri. Jika tidak ada masa pun (terlalu busy), bertindaklah secara kreatif seperti apa yang dibuat oleh ZookieMommy di dalam video ini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Siapa MENJ?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 15, 2008 online

Siapa Menj?
Entah.. aku pun tak tau.
Itulah yang aku cakap bila aku mula blogging pada tahun 2005. Lagipun, memula blogging dulu manalah geti nak “berkawan” kan? Maklumlah, budak baru belajar. Tapi, lama kelamaan dunia blogging telah membuatkan aku mula untuk menjaga tepi kain orang. Senang cerita, aku mula menjelajah dari satu blog ke satu blog (bloghoping). Melihat, membaca dan menilai adalah hobi aku pada waktu itu (selain berblogging).

Sebab utama kenapa aku suka buat semua itu ialah pada masa itu, blogging tidak mendatangkan apa-apa kenikmatan dari segi duit. Yang ada hanyalah “sense of blogging”. Seronok, happy, enjoy. Itu yang boleh aku katakan mengenai blogging. Walaupun blogging masih lagi sarapan dan makanan ruji aku sehingga hari ini, tetapi keseronokannya semakin berubah.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Luahan hati rakyat Johor yang ingin diluahkan telahpun terluah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 13, 2008 online

rusuhan.jpg

Aku adalah seorang rakyat yang suka berfikir.
Bila apa yang aku fikirkan itu logik dan inginkan sesuatu solution, maka selalunya aku akan berdiskusi dengan bapak aku. Tidak kiralah sama ada usulan dan idea itu datang daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, aku tetap akan berdiskusi mengenainya. Selalunya waktu yang dipilih adalah ketika dan selepas makan tengah hari (emak aku selalunya akan jadi PEMERHATI.. cehhh!) .

Aku dan bapak aku selalunya berfikir dan bertindak secara rasional. Bukan semua yang datang dari kerajaan dan pembangkang itu betul dan begitulah sebaliknya. Cuma apa yang tidak seronok selepas sesuatu diskusi adalah tindakan yang akan kami lakukan. Most of the time, aku dan bapak aku hanya menyimpan dalam hati sambil berdoa yang salah dapat dibetulkan. Tetapi, apabila hasrat dan juga niat untuk memperbetulkan semua yang salah berada di luar bidang kuasa, maka itu yang akan menjadi satu tekanan. Iya… TEKANAN. Tekanan adalah stress!

Halooo… ingat menteri dan orang besar jer yang dapat stress ker?
Rakyat jugak kadang-kadang cukup stress, serik dan pressure melihat keletah “mangkuk-hayun” orang besar yang tak betul ni. Jangan ingat rakyat senang lenang melihat dan mendengar. Lagi banyak yang rakyat tahu, lagi tertekan hidup mereka. Apalagi bila semua janji dan sumpah yang diucapkan ketika warkah perlantikan di “buruk siku” kan oleh mereka yang sungguh “money oriented”.

Bukanlah niat aku hendak membawa tukul besi untuk mengetuk kepala ahli parlimen/kerajaan yang “mangkuk-hayun” di dalam kabinet itu, tetapi inilah perasaan dan juga hati seorang rakyat yang telah memangkah. Ingat, aku maksudkan orang yang ada di dalam kabinet… so maknanya kerajaan dan pembangkang pun aku hayun… tiada yang terkecuali.

Cuma bila ada di kalangan orang besar yang “BERJAYA” menyuarakan hati sebenar RAKYAT, aku sungguh terkesima. Aku rasakan apa yang aku dan bapak aku diskuskan telah terlaksana dan doa yang selama ini dipanjatkan telah termakbul. Bagi orang Johor ini adalah satu LUAHAN yang patut engkau simpan dan diskuskan lagi secara meluas. Hakikatnya, ini adalah satu PEKUNG yang tidak boleh disimpan lagi. SYABAS !!!!!!!!!!

Bacalah sampai habis….
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pembayaran Subsidi Petrol: bodoh jika engkau tak ambil!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 13, 2008 online

bassekolah.jpg

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Pak Lah dan delegasi negara yang lain, esok adalah hari untuk semua rakyat Malaysia mengambil bonus. Walaupun bonus ini adalah duit kita sendiri, tetapi adalah BODOH jika kita tidak mahu ambil. Senang cerita, kalau engkau tak mahu, engkau boleh forwardkan duit itu kepada aku.

Apa-apa pun, aku dapati ada lagi antara kita yang BLUR tentang pembayaran “gimmick” subsidi petrol (gimmick ker?) ini. Tak kurang ada juga yang masih lagi tidak percaya tentang pembayaran subsidi petrol lesen kenderaan motor ini. Wey kawan…. ini bukan main-main ler !!!

Jadi di sini, aku lampirkan gambarajah (lama betul aku tak sebut perkataan “gambarajah” ni…) dan juga cara-cara untuk ‘claim’ duit kita sendiri:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya