Harga minyak petrol naik lagi – barulah best!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: June 4, 2008 online
Haaa… best ker?
Kalau engkau kata best, maka baik engkau jangan keluar rumah selepas tengah malam ni sebab silap-silap engkau akan di belasah ramai-ramai. Antara sebab kenapa engkau akan dibelasah ialah kerana ramai yang sedang marah bagai nak rak, ramai yang tengah bengang, ramai yang tengah pening, ramai yang tengah sengal dan ramai yang tengah pendam dalam diam.
Harga petrol naik lagi dan kenaikan kali ini adalah sungguh meriah sekali iaitu RM0.78. Ini bermakna kenaikan dari RM1.92 satu liter kepada RM2.70. Handphone aku dari tadi tak habis-habis bergegar kerana terpaksa menampung mesej pasal kenaikan harga minyak petrol ini. Mula-mula tu ingat joke jer, tapi bila gegaran handphone dah tak terkawal, aku dah tak anggap ini satu joke. So apa yang terjadi ialah aku cool dulu sebab client pun sedang duduk depan mata. Bila aku bagitau hal ni pada client aku kat restoran sebelah Mydin BBU itu, mereka pun sungguh cool walaupun aku tahu mereka juga menyirap dalam diam. Control macho agaknya.
Apa-apa pun, berita mengenai kenaikan petrol ini tidak perlulah engkau amuk’kan sebab kalau engkau nak amuk, tahun depan pun akan naik juga (ye ker?). Kemungkinan tu memang ada sebab MINYAK PETROL MANALAH PERNAH TURUN KAN? Kalau yang turun pun hanyalah jarum meter minyak tu jer.
So kalau engkau nak bising, bisinglah… kalau engkau nak meroyan, meroyanlah… kalau engkau nak bawak parang ke Parlimen, bawaklah (tapi aku pasti engkau akan di tangkap oleh Pak Guard). Yang penting, engkau kena terima kenyataan ini. Aku tak kisah. Terus terang aku boleh terima kenyataan ini. Cuma ada satu hal yang tak boleh terima dan rasa macam nak amuk jer. Apakah ia?
Haaaa…. bersedialah semua kerana masalah ini akan menghantui fikiran, mental dan fizikal engkau. Tak lain dan tak bukan adalah KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN!!!
Telur akan naik harga, minya masak akan naik harga, sabun akan naik harga, gula akan naik harga, susu akan naik harga, biskut akan naik harga, ikan akan naik harga, ayam akan naik harga dan semuanya akan naik harga. Alasannya ialah sebab nak cover cost transportation. Biasalah, lori bergerak pakai minyak, bukannya pakai air liur.
Dan pada waktu engkau sedang baca entri ini (hari Rabu – 4hbJun jam 7.30 maghrib), handphone aku masih lagi bergegar. Cuma maklumatnya berbeza dengan mesej yang sebelumnya. Iya… handphone aku sedang menerima mesej dari member-member aku yang mengatakan stesyen minyak di JB ni sedang SESAK BAGAI NAK RAK.
Amacam, dan bersedia nak pakai NGV?
Tak payahlah nak tunjuk perasaan……….



Gila…betul betul gila. Semua naik, aku harap batang aku pun akan naik….(sorry kasar sikit)
orang cinas entri yang terkiniCrazy…Petrol Up 78cts
orang cina,
kalau kes batang ko naik, itu bukan citer pasal minyak petrol, itu dah citer pasal minyak lintah la weyyy…..
cepat betul ko ni terangsang…..apa kes?
beras naik..minyak naik..semua nak naik..RM 2.70 seliter ooo..alamaknya naik beskal lagi best..semua free..
naik beskal?
naik beskal memang best dan senang. tapi nak mengayuh nya tu yang tak tahan…
itulah kuasa pentadbir yg kita jugak yg lantik..so kena ikuti ler
kitas entri yang terkiniOrang Malaysia Naik Minyak
nak buat lagu mana? dia kapla. kita belom tentu ekor. rajin kayuh la beskal.. malas jalan la kaki.. naik tetap naik.. hidup pak lah dan angkatan. gua respek sama lu.. lepas ni sila naikkan garam, tepung dan gula.. moga moga tak ramai pesakit kencing manis dan darah tinggi.
kalau ko nak tau, gaji attendant pam masih lagi tak naik-naik.. apa kes?
bukan gaji attendant jer, gaji semua orang pun tak naik-naik..huhu
amans entri yang terkiniRapidShare Memperkenalkan Layout Baru
tak patut naik smpi 0.78 sen..byk tu beb
hafifis entri yang terkiniCinta-Pamerkan Ia Pada Si Dia
Aman – kalau gaji tak naik, aku baru ceburi satu lagi “lubang” untuk nak naikkan income bulanan …
Fifi – tulah pasal… motif kenaikan sampai macam tu memang pedih. “tak tercapai akal”..
naik dan naik lagi….NGV tiada kat Bumi Kenyalang. Pakai Basikal la gamaknya turun kerja ni….biar lambat asal selamat…wakakaka.
Hampeh….gaji naik, harga barang naik, Inflasi sifar konon. wakakakakaka.
wah taukey… memang betul tu.
mungkin inilah yang dikatakan “ekor-no-mi-nyak”.
hahaha..pakat2 naikkan minyak dlm diri…
minyak naik dan naik minyak ni sinonim sungguh..hahahha
melayubuntus entri yang terkiniNew Project : Konsep Buku Praktikal Ubuntu dalam bahasa melayu!
wahahaha… aku rasa memang rasional sungguh terminology ko nie….
“minyak naik dan naik minyak memang tak dapat dipisahkan…” andai dipisah…
ekor-no-min-yak….ekekeke….macam pakai kuda jer turun kerja…tapi hidup kat pulau ni kurang kuda la…hehehehe…tak lama lagi naiklah harga makanan kuda pulak dah
taukeys entri yang terkiniBerita Baik + Berita Buruk = ????
ha ha ha.. komen Bob penuh sarkastik positif.. =) read between the lines bebeh..
*aku makin kurang da bawak kete.. even moto pun.. pegi kedai jalan kaki lg best.. bakar lemak yg mencanang banyak ni.. =)*
Mohd Ismails entri yang terkiniSebab Kenapa Kau Perlu Hargai Kegagalan
mail, bob cakap tentang gaya hidup zaman leftenan adnan tuh… ahakssss
bob: lu kayuh, gua duduk kat belakang… best siot!
salam. rohaizad. lame tak datang.hehe. memang tak leh tahan ler harga ni naik. semalam tgk hujah kat tv 9. peh. tak leh tahan hujah dato’ tu lawan prof agus. kiteorang yang dengar ni pon tergelak je pasal harga minyak neh. ape lah. soalan tak di jawabnye tapi jauh melencong. ni ka sifat orang atas ?
nus entri yang terkiniUsah Harapkan Sangat Keistimewaan Melayu !
thanks sebab datang balik…
.
betul gak, kadang-kadang dia bukan menjawab soalan, tapi dia sibuk menimbulkan “persoalan”… cehhhh…
dah takde jawapan, gitulah jadinya…
Minyak naik, confirm semua orang akan naik angin.
menjs entri yang terkiniMari menumbuk PM
[...] adalah masalah, masalah dan masalah. Seperti yang aku katakan dalam entri harga minyak yang lepas, HARGA MINYAK tidak akan turun. Tiada satu pun negara di dunia ini mengalami situasi yang aneh itu iaitu harga [...]
Diulas pada June 18th, 2008 at 2:35 ammasa time naik minyak hari tu..mmg terasa betull.. ho ho aku antara org yg bersesak isi full tank hari tu.. ki ki ..