Luahan hati rakyat Johor yang ingin diluahkan telahpun terluah!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 13, 2008 online
Aku adalah seorang rakyat yang suka berfikir.
Bila apa yang aku fikirkan itu logik dan inginkan sesuatu solution, maka selalunya aku akan berdiskusi dengan bapak aku. Tidak kiralah sama ada usulan dan idea itu datang daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, aku tetap akan berdiskusi mengenainya. Selalunya waktu yang dipilih adalah ketika dan selepas makan tengah hari (emak aku selalunya akan jadi PEMERHATI.. cehhh!) .
Aku dan bapak aku selalunya berfikir dan bertindak secara rasional. Bukan semua yang datang dari kerajaan dan pembangkang itu betul dan begitulah sebaliknya. Cuma apa yang tidak seronok selepas sesuatu diskusi adalah tindakan yang akan kami lakukan. Most of the time, aku dan bapak aku hanya menyimpan dalam hati sambil berdoa yang salah dapat dibetulkan. Tetapi, apabila hasrat dan juga niat untuk memperbetulkan semua yang salah berada di luar bidang kuasa, maka itu yang akan menjadi satu tekanan. Iya… TEKANAN. Tekanan adalah stress!
Halooo… ingat menteri dan orang besar jer yang dapat stress ker?
Rakyat jugak kadang-kadang cukup stress, serik dan pressure melihat keletah “mangkuk-hayun” orang besar yang tak betul ni. Jangan ingat rakyat senang lenang melihat dan mendengar. Lagi banyak yang rakyat tahu, lagi tertekan hidup mereka. Apalagi bila semua janji dan sumpah yang diucapkan ketika warkah perlantikan di “buruk siku” kan oleh mereka yang sungguh “money oriented”.
Bukanlah niat aku hendak membawa tukul besi untuk mengetuk kepala ahli parlimen/kerajaan yang “mangkuk-hayun” di dalam kabinet itu, tetapi inilah perasaan dan juga hati seorang rakyat yang telah memangkah. Ingat, aku maksudkan orang yang ada di dalam kabinet… so maknanya kerajaan dan pembangkang pun aku hayun… tiada yang terkecuali.
Cuma bila ada di kalangan orang besar yang “BERJAYA” menyuarakan hati sebenar RAKYAT, aku sungguh terkesima. Aku rasakan apa yang aku dan bapak aku diskuskan telah terlaksana dan doa yang selama ini dipanjatkan telah termakbul. Bagi orang Johor ini adalah satu LUAHAN yang patut engkau simpan dan diskuskan lagi secara meluas. Hakikatnya, ini adalah satu PEKUNG yang tidak boleh disimpan lagi. SYABAS !!!!!!!!!!
Bacalah sampai habis….
Pembatalan Jambatan Bengkok.
Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.
Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.
Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;
1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia
2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar
3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro
4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.
Sebenarnya, kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia. Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah.Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak. Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.
Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.
Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.
Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.
Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.
Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.
Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi.
Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.
Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.
Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang. Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.
Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.
Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.
Terima kasih TUN!








hmmm…luahan ketidakpausan hati nih. aku cuma dapat bagitau yang mmg aku tak sangka begitu perjalanan sebenarnya ttg jambatan kat johor. padan pun Tun bising.
TUN bising, aku pun bising. bila aku bising, bermakna rakyat dah mula bising. pepaham sudah ler, tak gitu?
“PANGKAH” jer kalan yang paling terbaik untuk menyelesaikannya… !!!
Memang Causeway tu aku nampak buruk sangat, perlu diganti. Namun aku tak setuju dengan projek ni disebabkan kalau projek ini benar-benar dilaksanakan, yang untung adalah KRONI Tun sendiri. Tak bermakna aku setuju bahawa projek itu dibatalkan dan pampasan berbilion ringgit tu habis terpaksa dibayar. Cuma yang dipertikaikan adalah semasa permulaan cadangan membina jambatan ini, tiada open tender.
menjs entri yang terkiniHukuman murtad di dalam Islam
Aku tak kisah la saper yang handle. Ada kroni ke takde kroni ker.. tapi yang dah berlaku sekarang nie sungguh menyimpang dari yang ko cakapkan. Ini bukan pasal tender, bukan pasal kroni.
“kalau projek ini benar-benar dilaksanakan, yang untung adalah KRONI Tun sendiri.”
Aku tak setuju dengan statement ni. Sebab ko lupa satu perkara yang RAKYAT JOHOR pun untung besar kalau projek ini dilaksanakan (nelayan, driver lorry, beribu lagi pekerja yang dapat pekerjaan di imigration JB). That’s for sure. Aku masih ingat lagi sewaktu pengumuman projek ni dibatalkan, beribu-ribu orang hilang pekerjaan. Apa yang terjadi ialah office adik aku (UEM Land) di Nusajaya pun penuh sebab ramai orang datang nak interview -cari kerja.
Apa jadi pada anak bini diaorang?
Ini pasal kesenangan rakyat dan juga long term environment. Baik diteruskan dari menjadi gajah putih. Aku tau ko belum pernah tengok “gajah putih” yang aku cakapkan ni. Once ko dah tengok, ko akan faham…
Projek Mega kalau dah jadi Gajah Putih hanya boleh dikelaskan sebagai “sampah”. “Sampah” kalau dibuang merata-rata tempat akan membawa “penyakit”.
Penyakit = pengangguran, subsidi terpaksa dikurangkan, projek pembangunan semasa mgkn terpaksa ditangguhkan sementara.
taukeys entri yang terkiniReview OKL Titan dan Blog Earncent.Com
ermmmm… satu explanation yang sungguh logik dan berinformasi.
setuju. selagi ia berkaitan dengan hak rakyat dan melibatkan keuntungan jangka masa panjang.
aku rasa kita sependapat, aku tak kisah parti mana yang memerintah tp individu yang mewakili rakyat itu sendiri yang aku nak lihat.
sebagai rakyat johor. aku sendiri malu projek mega macam ni menjadi ‘gajah putih’. bagaimana agaknya mereka merancang sesuatu tetapi tersadai ditgh jalan!?
p/s : masih ada kah wakil rakyat yg berjiwa rakyat!?
megats entri yang terkiniKeperluan Aku Menulis Blog
aku suka dengan statement ko tu megat:
“masih ada kah wakil rakyat yg berjiwa rakyat!?”
sungguh mendalam maknanya….
“masih ada kah rakyat yg berjiwa rakyat!?”
bersykurla wahai rakyat johor sbb ada AmirulMunafiq Hadhari yg memerintah Msia….
betul tu Niza (puaka kejam), tapi dalam bersyukur, kita juga di suruh untuk mengelakkan pembaziran.
RM1 billion yang telah dibazirkan bukanlah cara terbaik untuk menunjukkan kesyukuran. daripada di cancel projek itu, adalah lebih afdhal duit itu dibuat rumah untuk janda-janda miskin, anak yatim piatu, peniaga dan juga orang fakir.
ko ni aku perli tajam pun tak bleh paham ker?
wakakaka…
aku tau ko main perli tajam.. sebab tu aku punya lebih tajam… tajam menikam….
aku x setuju jambatan tu diberhentikan!!!! alasan yg diberikan rakyat johor x nak jambatan bengkok, boleh terima ke??? berapa ramai yg x nak jambatan bengkok tu, mungkin 10% shj.. pada pendapat aku, kita kalau sudah diberi kuasa utk menjalankan tugas yg sebelum ini telah dijalankan oleh org lain.. kenapa kita tidak sahaja menyambung tugas itu hingga selesai, apa akan jadi bila semua org (yg ada kuasa) tidak mahu menyambung kerja yg sedia ada.. Dah sibuk nk buat yg lain plak, x huru hara malaysia dibuatnyer… idea tun aku sokong 110%, kita kalau nk jadi pemimpin kita kena tegas.. kononnya nk ikut suara rakyat x nk wat jambatan bengkok, yg rakyat mohon selama ni x diberi pulak…
Sebijik macam YB lah cara ko cakap ni. Memang ada gaya seorang tokoh.
rakyat johor merana beb.cnth nya aku,ilang perkerjaan 4 bulan aku jd pngangur,dah la aku ni ibu tunggal.nak sara ank 2 org..la ni monthly payment aku aku banyak yg pending…makne nyeee..utang aku dh melambak2 la…
tambak johor wajar digantikan dengan jambatan baru..