Siapa MENJ?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 15, 2008 onlineSiapa Menj?
Entah.. aku pun tak tau.
Itulah yang aku cakap bila aku mula blogging pada tahun 2005. Lagipun, memula blogging dulu manalah geti nak “berkawan” kan? Maklumlah, budak baru belajar. Tapi, lama kelamaan dunia blogging telah membuatkan aku mula untuk menjaga tepi kain orang. Senang cerita, aku mula menjelajah dari satu blog ke satu blog (bloghoping). Melihat, membaca dan menilai adalah hobi aku pada waktu itu (selain berblogging).
Sebab utama kenapa aku suka buat semua itu ialah pada masa itu, blogging tidak mendatangkan apa-apa kenikmatan dari segi duit. Yang ada hanyalah “sense of blogging”. Seronok, happy, enjoy. Itu yang boleh aku katakan mengenai blogging. Walaupun blogging masih lagi sarapan dan makanan ruji aku sehingga hari ini, tetapi keseronokannya semakin berubah.
Sehinggalah pada tahun 2006 (seingat aku), aku mula mengenali blogger Malaysia. Menj adalah antara blogger yang mempunyai blog yang panas ketika itu. Berorientasikan agama dan juga kepercayaan, Menj telah membuatkan blognya umpama satu delegasi yang tidak pernah diundang. Apa yang terjadi dalam blognya adalah satu wadah. Apa nak jadi, jadilah. Dia mempunyai blognya dan dia bayar untuk itu. Aku? Aku pada waktu itu masih lagi dengan cara aku iaitu melihat, membaca dan menilai.
Tahun 2007, aku mula untuk “memerhati” pergerakan Menj di arena “make money online”. Akibatnya, aku mula membuat 2 jenis blog iaitu “pure blog” dan “make money blog”. Semakin dalam aku gali tentang make money online, semakin banyak lubang business yang ada dan belum diterokai. Itulah yang mematangkan aku dan membuatkan aku lebih “sedar” bahawa internet adalah tempat yang besar lubuk emasnya.
Tahun 2008, Menj mula turun JB.
Walaupun namanya Juferi, tapi aku tetap panggilnya sebagai Menj dan dia tetap panggil aku Weirdoux. Kalau selama ini hanya setakat chatting, tapi aku rasa memang kepala aku boleh layan kepala dia. Takde sebarang masalah dan selalunya apa yang kita bincangkan mesti ada penyelesaiannya. Menj bukanlah orang yang kedekut ilmu dan buat pengetahuan semua, apabila aku berjumpa dengan orang yang sebegini, Selalunya aku tidak akan kedekut untuk berkongsi idea dan future projek aku. Alhamdulillah… segmua online projek aku bersama Menj setakat hari ini selalunya mendatangkan hasil dan keuntungan (termasuklah niche blog network).
Cuma kalau engkau nak tahu, Menj ni memang tinggi orangnya. aku sendiri pun mendongak bila nak bercakap dengan dia. Sebab tu aku akan lebih suka duduk bila hendak berbual ngan dia… cehhh, macam galah! So bersama-sama nantikan projek yang seterusnya dari aku dan Menj!








rakan partner rupanya. ehehehe. tabik spring…
Waduh…kembang bulu hidung aku bila baca ni. Wahahahaha……
semoga harapan korang akan menjadi kenyataan dan bertambah rezeki korang serta dirahmati.
megats entri yang terkiniKeperluan Aku Menulis Blog
owh… ku ingatkan siapa la tadi.. ahaks..
menj.. pelik je name.. nak sebut camne name tu eh..
men-jey..?? manje…??
megat: terima kasih. aku akan announcekan nama projek tu bila dah siap nanti.
sallikin: wakakaka…. ada “Qolqolah” kat situ…
hmmm bagus la.. orang camni mmg bagus buat kawan..