Blog akan jadi tak balance jika…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: June 17, 2008 online

balance.jpg

Adalah menjadi satu adat dan juga kemestian bagi seseorang blogger untuk mengemaskinikan blognya sendiri. So untuk malam yang berbahagia ini, aku rasa dah sampai masanya untuk aku berkongsi sedikit tips dan juga keadaan sebenar dunia blogging.

Jadi apa yang menjadikan sesebuah blog itu tidak balance?
Sebenarnya, sesebuah blog itu menjadi tidak balance apabila tuntutan pembacanya tidak dipenuhi. Ermm…. ayat ini mungkin terlalu subjektif tetapi inilah yang berlaku.

Perlu diingat bahawa apabila sesebuah blog itu mempunyai traffic yang tinggi, secara tak langsung pemilik blog itu mempunyai semua rencah dan juga resipi untuk pembacanya datang dan datang lagi ke blognya. Jadi mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang topik ini.

Mengapa sesebuah blog itu tidak balance?

1. Tidak diupdate (alasan yang semua orang sudah tahu).
Jika engkau benar-benar ingin merasai “sense of blogging”, updatelah selalu blog. Blog yang tidak di update selalunya menunjukkan kelemahan pemiliknya sendiri.

Jika tidak ada masa pun (terlalu busy), bertindaklah secara kreatif seperti apa yang dibuat oleh ZookieMommy di dalam video ini:

2. Gagal mengenalpasti “soul” dan juga “feeling” pembaca sendiri (pembaca itu sendiri adalah subjektif!)

Kita tidak akan tahu jenis pembaca yang datang ke blog kita selagi kita tidak mencuba untuk menerima dan mengubah persepsi mereka.

Buatlah satu review mengenai apa-apa kisah (artis ker, technews ker, joke ker, bahasa ker … ) dan buat dengan BEST. Maksudnya, cubalah untuk berkongsi idea mengenai topik yang ada di dalam dunia ini dan lihat di manakah mereka (jatuh) fall in love.

Selepas itu, barulah kita tahu blogger jenis apakah kita ini. Jangan terperanjat bila kita dapat tahu yang kita ini handal dalam dunia hiburan, gadget dan juga politik!

3. Purata jumlah entri bagi setiap satu kategori dengan kategori yang lain terlalu jauh.

Dalam blog ini, kategori yang paling sedikit sekali ialah kategori Bahasa. Jadinya, satu usaha perlu dilakukan untuk perkara ini… hoho

4. Malas menjawab komentar.

Ini lagi malang. Jika kita adalah orang yang malas menjawab komen, baik kita jangan jadi blogger. Buang code untuk comment section dan tukar terus blog kita menjadi single page website.

Tapi jika kita ni memang jenis yang rajin berblogging dan mempunyai penyakit ataupun allergic (alah) untuk menjawab komentar (takleh nak buat apa-apa lagi dah…malas nak login, untuk reply semua komen) just ikutlah tips yang diberikan ini:

a) Buang semua code dibahagian comment form.
b) Create satu logo (No COMMENT blog – only chats are ALLOWED).
c) Letak satu chatbox di bahagian sidebar dan reply semua komen pembaca di situ (at least, kita tak payah login untuk membalas komen mereka!)

5. Selalu sangat menulis secara CLICHE.

Aiseymen, janganlah sesekali meniru cara dan gaya orang lain menulis.
Sudahlah tiru, ada plak yang buat cerita yang lebih kurang sama dengan blogger lain. Apa cerrr?

Akibatnya, pembaca akan hilang rasa syok. Bila pembaca hilang rasa syok, blog tidak akan balance dan secara tidak langsung, kita akan mula bingung dan kita juga mula bertanya pada diri sendiri kenapa jadi begini dan kenapa jadi begitu.

Jadi sekarang siapa yang akan turut menjadi tidak balance? Kita… kan?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 14 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    tips yang bagus untuk aku memperkuatkan kelemahan yang ada pada aku sekarang. hehehe.

    taukeys entri yang terkiniEYE TEST….CHINESE STYLE

  2. rohaizad said:

    cantek…!
    teruskan usaha :)

  3. kesusahan aku nak update blog bukan sebab bz ke ape.. sebab xda network je…
    itu menjadi masalah utama aku.. wah..

    tapi tips² tu banyak membantu aku mencari ilham untuk blog aku.. ahaks..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniUpdate Pukal Extreme..!!

  4. abahfateh said:

    kelassss gitu.. kalau aku dah mula nampak mana satu… strategi aku dah mula mengena…

    masalahnya, ramai silent reader beb! what do you think?

    abahfatehs entri yang terkiniPETRONAS oh PETRONAS

  5. rohaizad said:

    abah fateh: silent reader perlu di ajak dengan memberikan soalan pada setiap akhir entry. cuba yea! :)

  6. topo said:

    hohoho menarek entry ni…

  7. rohaizad said:

    banyak lagi entry “menarik” di masa akan datang yea topo.. singgahler selalu…. :)

  8. menj said:

    Bagus tips ko ni, patutnya buat ebook lepas tu JUAL…hehehe.

  9. megat said:

    semakin lama aku semakin tertarik cara ko mengolah cerita menjadi entri-entri yang berguna.

    yang aku faham pelawat suka entri-entri yang santai dan klu orang kita lebih kpd perihal pengalaman hidup, emosi dan moral (mungkin dr kajian aku).

    ps: aku sedang teroka utk menjadi “usahawan internet”!

    megats entri yang terkiniKaum Hawa Sungguh Istimewa, Hargailah

  10. [...] “terlupa” tentang kepentingan blog-blognya sendiri dan di sinilah bermulanya ketidak-seimbangan blog. Seringkali kes pilih kasih ini dihadapi apabila seorang blogger itu mempunyai blog yang banyak [...]

  11. [...] asal. 2. Blogger itu tidak sedar blognya sedang berubah arah. Bermakna, mungkin blognya sudah mula tidak balance. Ini bahaya. 3. Blogger itu sendiri semakin tidak fokus. Mungkin dahulunya blogger itu berblogging [...]

  12. [...] Bukankah kita harus “balance“kan semua jenis entri di blog sendiri? Artikel untuk seorang [...]

  13. mijie said:

    yg nombor dua tu aku masih mencari lg….

  14. boss said:

    nak balance kan blog yg ramai pembaca setia mmg kadang2 kusut nak postkan entry apa.. bila dah kering idea.. mmg tak terupdate la blog tu.. aku kini dalam situasi ini.. he he..