Bagaimana untuk menjana RM40,000+++ dalam masa setahun hanya dengan bermodalkan RM999?

Cerita banyak tak guna, tembak tak kena, apa yang perlu sekarang adalah langkah pertama. Semangat kena ada kerana bantuan kewangan semuanya telah tersedia.
Entri kali ini tiada kena mengena dengan make money online, SEO, blogging mahupun paid post. Ini hanyalah satu entri yang aku ingin kongsikan dengan semua pembaca blog ini. Apa pun yang akan aku tulis dan apa yang engkau akan baca adalah benar, tiada apa-apa yang tidak benar selain benar.
Baiklah, kita semua sedia maklum yang taraf kehidupan seharian semakin tinggi betul?
Apabila harga minyak naik, apa yang kita telah dengar adalah masalah, masalah dan masalah. Seperti yang aku katakan dalam entri harga minyak yang lepas, HARGA MINYAK tidak akan turun. Tiada satu pun negara di dunia ini mengalami situasi yang aneh itu iaitu harga minyaknya turun. Janganlah risau dan pening. Tiada apa yang boleh kita buat melainkan mencari jalan penyelesaian yang lain. Setuju?
So lepas harga minyak naik, banyak giler entri yang dibuat oleh blogger dan para internet marketer di Malaysia ni berkenaan akibat dari kenaikan itu. Selepas itu, masing-masing mula merasakan kehidupan semakin terhimpit dek kerana kos kehidupan semakin tinggi. Sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini, ada pula di antara mereka yang mula launch ebook itulah, launch ebook inilah, kelepak, kelepuk dan macam-macam taktik dan juga teknik. Aku bukan nak mengata, tapi aku pandang dari sudut positif.
Sudut positif?
Iyalah.. sebab at least orang seperti mereka ini mempunyai insiatif untuk menambahkan pendapatan masing-masing (dengan menjual produk masing-masing seperti ebook). Yang mana membeli tu, harap dapatlah benefitnya. Tapi yang menjual dah tentulah kaya sekarang ni ye tak? Jadi inilah point yang aku nak kongsikan.
Pada dasarnya, mereka yang menjalankan perniagaan internet ini tahu untuk menjana wang secara online. Sekali mereka menjana wang, mereka akan terus menjana tanpa henti. Sebaliknya, apa yang akan jadi pada orang yang tidak mempunyai pengetahuan dalam menjana wang dari internet?
Adaka engkau hanya melihat dan membaca tentang kejayaan mereka? Lepas itu, engkau sibuk pulak bertanya pada diri engkau “bilalah aku nak generate income secara online ni? Bestnya kalau dapat buat duit secara online? Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan… namun apa yang berlaku adalah kebosanan dan stress yang engkau sahaja faham.
Jadi apa yang perlu dibuat sekarang?
Seperti yang aku kata, carilah jalan penyelesaian. Kalau engkau kata hendak meningkatkan taraf hidup… online money bukanlah satu-satunya cara yang engkau boleh buat di muka bumi Allah ini. Banyak lagi cara yang ada untuk menambah income. Berilah diri engkau pilihan untuk mencuba sesuatu yang lain (pada waktu yang sama, engkau still boleh teruskan projek online money) dan carilah satu peluang yang engkau rasakan “SMART” untuk diceburi supaya tidak menjejas pekerjaan semasa engkau.
Jadi inilah peluang yang aku ingin kongsikan. Peluang ini aku dapat pada waktu aku menyiapkan laman weblog client aku. Syarikat ini telah menolong ramai bumiputera yang dahulunya SUSAH dan tidak tahu apa lagi yang harus dibuat untuk menyara keluarga mereka. Dan kini, semuanya hanya merasai nikmatnya. Kalau setakat RM3000 - RM5000 sebulan, itu dah jadi perkara biasa. Semua itu boleh dikecapi tidak sampai setahun. Seronok bukan?
Kalau engkau memang berniat dan bertekad untuk merubah taraf kehidupan engkau selama ini, tanyalah diri sendiri. Adakah engkau berada dalam kelompok no 1, 2 atau 3?
1. Orang yang suka menyalahkan takdir (contoh : salahkan orang lain kerana harga minyak naik)
2. Orang yang hanya menunggu dan melihat (berharap sangat duit jatuh ke riba)
3. Orang yang rajin dan bertindak mengikut akal.
Jika engkau berada di kelompok selain dari no 3, aku tidak boleh tolong tetapi jika engkau memang berada di no 3, janganlah ditunggu-tunggu lagi. Perniagaan ini terlalu “SMART” untuk dilakukan. Lintah yang diternak hanya memerlukan pengawasan yang sungguh minimum. Modalpun hanya RM999 sahaja (kursus) dan pada minggu hadapan, RTM akan datang untuk buat liputan bagi segmen Agrotek Malaysia- nya di ladangnya. Nantikan.
Berikut adalah fakta yang engkau harus tahu:
| Jumlah induk (ekor) | 5000 |
| Anggaran 50% induk yang bertelur (ekor) | 2500 |
| Seekor induk bertelur | 15 |
| Jumlah anak yang dihasilkan | 37,500 |
| Jumlah lintah untuk sekilo (ekor) | 200 |
| Jumlah kilo yang diperolehi (kg) | 187.50 |
| Harga bagi sekilo lintah | RM100 |
| Jumlah tuaian pertama (pendapatan) | RM18,750.00 |
** Pulangan pelaburan akan diperolehi selepas tuaian yang kedua (bulan berikutnya RM3000 - RM5000). Hubungi En Rohaizad (cehhh…aku ler tuh) untuk keterangan lanjut - 013-7884548.
(Orang Johor, rebutlah peluang ini!)
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
June 18th, 2008 at 5:49 pm
bisnes lintah tu tgok cam ada potensi…bleh pergi lebih kilometer…skrg ni pun nampak ada sekelompok manusia yg hangat membela cacing tanah utk industri agro…taktau la plak kalo ada yg buat utk makan2….hehehe…
masih tgh hangat ni..apa salahnya mencuba ye tak? cewahh..pandai ckp plak gua ni..hehe…
saudara rohaizad…selalu ker guna minyak lintah? heheheh….
June 18th, 2008 at 6:01 pm
“macam” ada potensi?
bukan macam lagi, “memang” ada potensi sebenarnya. tunggulah tahun depan kot.. aku kuar Honda ********* baru dengan duit lintah nie…. ahaksss
June 18th, 2008 at 8:42 pm
wah bro semakin lebih kencang sekarang. “Ribut Narjis” dah melanda.
Semoga rezeki berpanjangan dan berterusan
taukeys entri yang terkiniEYE TEST….CHINESE STYLE
June 18th, 2008 at 9:36 pm
Lintah banyak banyak tu nanti tak tepu ke pasarannya… macam mana kaedah pemasaran dijalankan tu?
June 18th, 2008 at 9:48 pm
taukey: lintah adalah emas sekarang ini.
Encik Saharman: Satu soalan yang baik. Terdapat 3 industri di dunia ini yang tidak akan mati iaitu 1) Pendidikan 2) Pemakanan 3) Perubatan.
Lintah telah menjadi salah satu elemen penting dalam bidang Perubatan. Manusia akan terus sakit dek penyakit.
Pasaran tepu?
Sebenarnya, pihak syarikat telah membuat semua persediaan. Untuk menjamin pendapatan peserta, pihak syarikat telah mengambil langkah yang terbaik.
Dengan kotrak 5 tahun, syarikat tetap akan membeli lintah peserta dengan harga RM100 sekilo (tidak kiralah jika lintah itu berada pada harga RM50 pada kadar semasa). Dalam masa 5 tahun itu, En Saharman telah pun membuat lebih dari RM400,000 -mungkin lebih dari itu- (lintah akan membiak dan terus membiak!).
Dan itulah pendapatan yang vendor “otai” kita telah kecapi. Cuma kita tidak nampak dan belum “merasa” kerana kita belum berada dalam industri ini.
InsyaAllah…
June 19th, 2008 at 8:21 pm
makin rancak nampak… hahaha..
bukan ke perniagaan lintah ni mmg demand ke skarang..
bisness ni dia cam perniagaan tiga serangkai ke hape aku lupa..
bela cacing.. belut.. lintah..
cacing bagi makan kat belut..
belut bagi makan kat lintah..
lintah bagi makan kat orang.. haha..
lintah bukan ke guna untuk buat barang kosmetik juga pe..??
June 19th, 2008 at 8:46 pm
rancak taklah rancak jugak.. tapi aku dah tak nak buat kesilapan yang aku pernah buat dulu… peluang datang hanya sekali.
June 19th, 2008 at 11:03 pm
[…] sallikin@nikillas: makin rancak nampak… hahaha.. bukan ke perniagaan lintah ni mmg demand ke skarang.. bisness… […]
June 20th, 2008 at 12:25 am
bagusla…time ada peluang kenala pandai rebut…
weih….aku tak sempat lg nak buat apa yg ko suurh tu…tgh cri masa lg….
June 22nd, 2008 at 7:15 pm
takper.. pelan-pelan…
yang penting, kita jangan dok “tunggu dan lihat” tanpa membuat langkah pertama.
July 9th, 2008 at 4:18 am
bro, aku rasa jadual ko ada salah sket.harga bg sekilo lintah spatutnye Rm100 kan, bukannye RM200.btul?
ni utk org johor je ke?
July 9th, 2008 at 4:21 am
wahahahaha….
thanks khai. salah letak plak.
Yup, RM100 untuk sekilo. Aku betulkan sekarang!
July 9th, 2008 at 4:45 am
Opss.. khai,
ini bukan untuk orang johor sahaja, kita jugak akan bergerak ke KL dan Pahang bulan hadapan.
July 15th, 2008 at 10:09 pm
Salam,Terima juga ingin menjadi usahawanTani.
July 15th, 2008 at 10:11 pm
Harap langkah pertama dapat dibuat. Semoga berjaya Rashin
August 8th, 2008 at 7:10 pm
Rohaizad,saya masih conpius dgn pasaran lintah .
Boleh tolong?
1. pengilang memerlukan Modal yg besar utk membeli Lintah dari penternak.
2. penternak akan dapat hasil lumayan.
3.adakah pasaran lintah ini seperti Ternakan Lembu/ayam dll.
August 9th, 2008 at 8:45 pm
En Rashin,
Harap En Rashin boleh hubungi Cik rozlina di talian 012-7002683 untuk keterangan lanjut. pada waktu sekarang (9hb-10hb Ogos, pameran sedang dijalankan di Plaza Angsana Johor Bahru).
August 12th, 2008 at 6:53 pm
Terima Kasih En Rohaizad,
saya Tinggal di Kajang.Istri saya berasal dari JB.
InsyaAllah balik JB nanti saya blh buat appointment.
Sebenarnya saya ada melabur bersama Sykt Kontrak Farming di Kajang.InsyaAllah bulan Jan 2009 dapat hasil Tuaian.Tapi masih ada keraguan di hati ni.
Ni No Tel Saya . 013-3190278.Bolehlah kiranya jika kita blh bertukar-tukar pendapat.
August 12th, 2008 at 7:25 pm
Thanks En Rashin.
Takde masalah. Bisa di atur